Monday, January 27, 2014

Tutup tv


\


Pagi hari yang semalam, aku dan muna jee kat rumah. Jangan tanya orang lain pi mana. Yang pasti aku enjoy. Haha. Lepas settle semua house chores..aku pun bersantai la sambil tengok tv (which is a rare thing for me to do nowadays). Muna, aku biarkan je dengan dia dengan aktiviti dia. Tapi aku keep an eye lah kat dia.

Tengah aku mengelamun tu..dari satu channel ke channel lain..macam orang yang baru jumpa tv. At the same time, aku perhatikan je si kecik tu yang entah macam2 movement dia buat. Terdetik dalam hati ni..muna ni tengah belajar step tarian ke hape? Bajet mama ambik video dia la tuu.. Hehe..sambil tu macam biasa la mulut dia tak reti diam.

At one point, aku dengar dia cakap "tutup tv".

Amboiii. Baru setahun 4 bulan dah pandai bagi arahan kat mama yea?

Aku pasti kata2 tu terkeluar tanpa muna maksud kan. Sebab dia memang macam tu. Semua benda dia nak sebut. Dia even tau sebut 'remote' (tv remote tuh).. 'boboiboy kuasaaa anginnnn' pon dia reti sebut. Haa..selain 'assalamualaikum' dengan 'bismillahirrahmanirrahim'. Ada la bunyi tu even tak cun sangat sebutan dia..

Tapi..bila dia sebut "tutup tv" tu.. aku macam...macam aku rasa kan...terkena batang hidung. Dushhh~ Ambik sebijik :p

1 comment:

  1. hahhaha..muna nk sruh mama dia layan dia sorang jelah tu..

    ReplyDelete

thanks for your comments (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...