Ya..masa entri ni dibuat, aku dah kena admit kat ward maternity dah..Currently dah masuk “latent phase of labor”..takleh dah nak balik rumah..now on my bed, relaxing..hehe..laluan pun dah buka 3cm, mild contraction pun dah mula terasa..
Sebelum tu nak cerita sikit kisah sebelum sampai katil ni..
nasib baik aku ikut gerak hati..pagi tadi macam ada tanda nak beranak cos keluar cecair bercampur darah. tapi darah sikit sangat, tak macam dulu. aku confuse sekejap…ketuban belum pecah? sakit pun belum datang? Is this it? aku bagitau la kat MIL, dia pun panggil bidan untuk “merasa perut”. tengah tekan-tekan perut, bidan tu tanya aku, “sakit perut tak?” Aku jawab lah “tak”, sebab memang takde rasa ape-ape pun. dia tanya lagi, “baby banyak gerak tak?” Aku pikir sekejap, dan jawab “macam kurang je..” so dia suggest suruh kitorang kemas-kemas barang dan pegi je sebab baby dah ‘mengeras’..dan dulu aku kan kena ‘potong’, so manalah tau kot2 rasa nak beranak tu lain..
hari ni genap 39 minggu, it’s about time kot baby nak keluar. Weee..nebes i..Cuba teka siapa paling kecoh masa ni? Hahahah kalau dapat teka sila tepuk tangan untuk diri sendiri...hehe.
tak semestinya kena sakit perut baru nak pegi hospital kan? belajar dari kesilapan/pengalaman, orang kata..sampai je kat hospital dalam pukul 8 pagi tadi terus pergi kat kaunter sebelum masuk labour room tu..kena tanya soalan dan check BP..rendah jugak BP aku 97/53. Lepas tu masuk lak examination room. Masa tengah tunggu turn tu banyak jugak la benda aku pikir. tak pasti apa akan jadi.maksud aku, adakah aku boleh beranak secara normal atau c-sect. tapi masa csect tahun 2009 doktor cakap boleh try beranak normal dengan spacing 2 tahun. lagipun ramai je orang yang first kena csect, anak kedua beranak normal…ok je..?
Tapi case aku ni special sikit (pulak dah)---emergency cesaerean at 25 weeks---dahla emergency, 25weeks pulak tu. adalah aku dengar perbualan antara doktor2 masa tengah buat VE dengan CTG kat examination room tu…diorang nampak scar csect aku..dari situ sorang doctor ni tengok history aku kat kad pink tu.dia kata;
“kenapa dulu csect? EMLSC…hmm..Apa masalah kandungan puan dulu?” sambil belek-belek kad pink
“dulu kandungan saya twin, dan tak cukup bulan”
“Puan ada kencing manis? Darah tinggi?”
“tak, takde.”
Sambil bercakap dengan doktor sorang lagi yang nampak junior sikit:
“oh ok, baby berapa minggu? but ini…25 weeks....emergency csect…hm..what’s the babies’ weight? But why were they delivered at 25 weeks? It’s too early..hmm.. we don’t usually do csect at 25 weeks..how old are the twins now? Oh, both of the twin passed away..hmm..ok..”
Pastu dia tanya aku “dulu doctor ada bagi pilihan tak sama ada mesti kena csect atau boleh bersalin normal?”
Aku jawab “doctor dulu ada bagi option tapi both of the twins were in breech position so saya yang pilih untuk csect sebab saya tak nak baby sakit”
“hm..ok..ok..”
Dia cakap lagi dengan doktor junior tadi:
“i don’t think she can perform VBAC..her EMLSC was at 25weeks..too early.. bla bla..uterus..rupture…when pushing the baby..previous scar…tenderness…bla..bla..if anything we still have to send her to the OT for csect..nevermind, u go and get her previous discharge summary bla bla bla..so we can see what the doctor wrote there…and we can take it from there..bla..bla..but right now u just let the patient know about the risks if she insists on VBAC..bla..bla..u do know how to get her past notes right? U can…bla..bla..call..department bla bla..search by date..bla..bla..”
-------- terkesima--------
No comments:
Post a Comment
thanks for your comments (",)