Saturday, December 1, 2012

anak mama dan susunya

semalam aku jiwa kacau sikit...jiwa kacau-the return..hehe..pastu aku perasan muna taknak menyusu...dia macam tau je mama dia takde mood, dia pun ikut sekali takde mood...amboi3..

dari pagi ke malam nak habiskan botol 4oz pun payah..dia buat semua orang risau..so aku duk pujuk-pujuk dia suruh minum susu, still taknak. memberontak sungguh..asal letak puting botol susu kat mulut dia, dia akan tutup rapat mulut dia yang kecik tu, tolak-menolak, keras-mengeraskan badan takpun dia palingkan muka dia. huh.

ini masa nak menyusu, siap pegang botol lagi.

malam tu, terpaksa panggil orang tua yang pandai handle masalah macamni..tapi sepanjang malam semalam sampai ke pagi tadi, baru sebotol setengah..botol newborn pulak tu..tu pun dia minum dengan mata pejam..ntah sedar ke tidak dia tengah menyusu...dah banyak fm mama buang sebab muna taknak minum.

tapi anak mama ni, dalam taknak menyusu tu, rilek je dia. tak nangis..eh tak lapo ke?? tido pun taknak, sampai dah merah dah mata..ni degil ni ikut perangai siapa agaknya eh? hehe

orang tua-tua kata jangan pegang pipi baby, nanti baby takmau menyusu..betul ke? tapi sebelum kejadian memang ada ramai anak buah papamuna duk pegang2 muna..pegang hidung, tangan, dahi, kaki, perut, pipi, semualah. saboo je la aku.

ataupun adakah muna stress jugak sebab aku stress? aku tengok dia, dia tengok aku. haha..selalunya mama tak pandai nak sorok perasaan mama, tapi untuk kebaikan muna, mama ceriakan jugak diri mama.

alhamdulillah, pagi ni je dah 7 oz muna minum..dan dia ceria seperti biasa.


oh anakku, u made mama so worry morry tau. ;p eh lupa nak cerita..21 november yang lepas muna dah beralih dari susu lactogen langkah satu kepada susu dumex dulac..still murah je..cuma tukar jenama..aku tak aware pulak lactogen from nestle yang diboikot umat islam sebab israel tu...hehe bagus jugak lah dah tukar..




yang ni sudu pencedok untuk susu lactogen..satu mewakili 350g ..dalam gambar 14 tapi sepatutnya 15, sebab sekali tu beli 700g dapat 1 je sudu. dalam 2 bulan beberapa hari muna consume banyak ni..so kalau dikira, 5.25 kilo susu tepung dah muna consume. nak dekat RM 150..hehe see muna, your mommy ni quite calculative orangnya..ceh.




ni lah susu muna yang terbaru. tapi korang nampak tak apa yang aku nampak? papamuna salah beli susu! tak pasal2 muna dah minum 6 oz susu langkah 2, which is dumex dupro. 


 ok, dah tak salah dah..nanti mama kira comsumption muna untuk susu ni pulak ye..haha..

sory muna, bukan mama taknak breastfeed muna. tapi pelbagai halangan dan ranjau berduri kita berdua tempuhi..mungkin untuk adik2 muna nanti mama akan try lagi. tapi untuk arwah kakak luna tsara mama sempat bagi breastmilk kat dia sampai sebulan..syukur alhamdulillah..

2 comments:

  1. aku pun dh tukar susu dr lactogen ke dutchlady..ak rse yaya lg ske dutchlady coz skli mnum mst hbs sebotol..klu lactogen main2 je dia mnum..nk hbs sebotol pn susah..hehe

    ReplyDelete
  2. oh ye ke..pndai yaya pilih susu..hehe...lili ok je dengan lactogen..tapi a.d yang nak tukar..aku suh dia pilih dutchlady or dumex, dia pilih dumex sebab aku pun membesar dgn dumex..hehe

    ReplyDelete

thanks for your comments (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...