Wednesday, December 5, 2012

[SEW] an impromptu skirt with a blouse

herlow~ hari ni aku nak story sikit pasal skirt dengan blouse yang aku jahit dalam masa satu hari tu...that's why aku namakan dia, "an impromptu skirt with a blouse" haha...outfit yang ada nama...kau hada???

ehem. excuse my attitude hari ni yang kurang baik. hehe...guwe capek deh..kelam kabut buat keja rumah pagi tadi sebab nak ikut papamuna keluar. nak cari baby carrier kat giant macam yang my bestie mimi kata..but to no avail..muna tak ikut...mama, papa n abng ijan sekejap je;) end up beli baby spring cot lagi satu untuk letak kat ruang tamu. senanglah mama nak jenguk-jenguk muna masa mama tengah menjahit..

balik2 papamuna beli buah durian, siap makan kat situ..macam orang tak pernah jumpa durian..haha..lepas makan kat situ sambung lagi kat dalam kereta..pastu tak cukup lagi oi...kat rumah sambung lagi..so petang tadi dah mengadu rasa nak demamlah, tak sedap badan lah...adoiyai lakiku..pesta durian sesangat kan..aku? durian? bagi free pun aku taknak..haha

ok maaf entri tersimpang. balik pada topik, dress ni aku buat untuk siti nuratiqah sempena besday dia aritu yang aku pernah cerita kat sini.


pagi tu, aku dah takde masa nak cari hadiah...hasil perbincangan dan consultation dari kakak-kakak ipar, maka terjadilah 2 piece outfit ni untuk budak perempuan comel yang berumur 3 tahun ni...


from this...
to this...
mula-mula nak buat skirt je, tapi rasa tak lengkap pulak..skirt tu jenis ruffled layered skirt..dan blouse tu pulak jenis berkedut dia atas, dan untuk taknak bagi nampak besar sangat aku tambah tali kat tengah dia..feeling somerset bay lah kononnya kan..dengan details bunga-bunga kecil tu..

tips untuk buat baju budak ni mesti kembang2 sikit skirt dan baju dia, barulah selesa untuk dipakai..skirt tu tak cukup flare..takpelah, something new to learn.

to adik iqa, i really hope u like it ;)

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...