Tuesday, December 11, 2012

[RESIPI] Char Kuey Teow Simple

one of my faveret everr is char kuey teow. tak tau lah kalau spelling tu betul..asalkan korang paham sudah la..makanan ni sedap dimakan panas-panas dan lagi layan kalau cuaca tengah sejuk, especially malam..hehe..

yang aku makan ni versi penang mari punya...tak tau pulak ada berapa versi..tapi aku suka char kuey teow 'basah' like this:

macam kenal je?

laju je makan ;p

asal beli je abis sepinggan..yang ni pun dah mintak kuey teow lebih dah ni. memang layan lah..tetiba suatu hari tu, teringin pulak nak masak sendiri. yakin boleh ke?

ok jom tengok resipi yang aku olah sendiri hasil pencarian di internet dan campur tangan my sifu papamuna...aku bagi nama char kuey teow simple, sebab ia memang simple giler, tak payah nak buat sos khas char kuey teow, tapi rasa pun lebih kurang sedap ;)


Bahan-bahan (untuk sepinggan sahaja)
  • kuey teow
  • 1 sudu fish sauce
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu petis udang
  • 2-3 sudu cili kering dah diblend
  • ayam/udang/kerang/sotong/semua sekali
  • daun kuchai (hiris dalam 2 inci)
  • taugeh
  • 2-3 sudu minyak masak
  • satu senduk air rebusan (ayam/udang)
  • 2 ulas bawang putih ditutuk
  • 1-2 biji telur
  • cili jeruk sebagai hiasan dan penambah selera


cara memasak:

  1. panaskan minyak, masukkan bawang putih, tumis sampai naik bau.
  2. masukkan cili kering yang diblend..ikut tahap kepedasan yang disukai. kacau rata
  3. masukkan 1 sudu : fish sauce, kicao cair, sos tiram dan petis udang. kacau rata
  4. besarkan api..boleh lah buat bunyi kung kang kung kang macam dalam tv tu..haha
  5. masukkan air rebusan..masa ni api boleh naik..best! 
  6. masukkan kuey teow, kalau ada jenis yang nipis sedikit..kuey teow biasa pun ok...
  7. masukkan taugeh dan daun kuchai
  8. kacau rata, api biar besar
  9. pecahkan dan masukkan telur
  10. kacau rata biarkan mendidh dalam 5 saat.
  11. hidang bersama cili jeruk


it's done and ready to be eaten!


my simple char kuey teow

kat semua gambar di atas tak nampak pun kelibat udang? nampaknya ada udang di sebalik kuey teow..tee hee ;)

kalau nak best lagi pakai la udang saiz besar sket

barulah berselera kan? (pic googled)


2 comments:

  1. rajin nye ko masak..tp char kuey tiaw mmg best..tbe2 teringat plak char kuey tiaw kat warong 2000..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar yang kat atas tu la yang kat warong 2000 punye..aku slalu mintak extra...haha..rajin ke kalau ikut mood ni..hehe

      Delete

thanks for your comments (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...