assalamualaikum..
lama tak menulis. semalam anak buah tegur..kenapa mata cik kembang?
hehe. alaa sibuk betul budak ni. kisahnya, pagi tu aku dikejutkan dengan khabar berita yang sedih.. kazen papamuna, baru saja kehilangan cucu pertama dia..dah dua hari meninggal dalam kandungan..
dengar berita pagi tu, terus bincang dengan kakak ipar, kalau diorang pergi ziarah, aku nak ikut sekali. so aku pun ikut, dan sampai je rumah tu, aku dah start nak ada aura2 sedih dah. dahlah aku tak boleh tengok orang menangis. tapi masa tu jenazah baby belum sampai n aku belum nampak orang menangis.
tak lama lepas tu, jenazah sampai. dibungkus dengan kain biru dari hospital. terusss air mata aku mencurah-curah...malu pun ade masa tu. aku tunduk je, sambil usap air mata. pastu tengok nenek kepada jenazah nangis, makin laa aku sebak. tak tau dah mane nak sorok muka.
teringat pulak masa aku pangku luna tsara pulang dari nicu...kalau tak silap masa tu hari jumaat. aku pangku jenazah kedua anakku. air mata tak berhenti mengalir, sebab luna mula menunjukkan perkembangan positif setelah sebulan dia survive dalam nicu..akibat severe prematurity.
dan semalam, aku macam rasa balik apa yang aku rasa lebih 5 tahun yang lepas..sayu...terlalu sayu. sempat aku bacakan yassin untuk jenazah..sesekali aku terhenti sebab sebak tiba2. beberapa kali aku ingatkan diri aku untuk fokus baca surah yassin tu.
masa jenazah dimandikan..aku sempat tengok lebih dekat..betapa sempurna nya bayi yang terbujur kaku tu..betapa sucinya dia..tengok tangan dia..teringat aku kat tangan kecil luna tsara masa dia dimandikan dulu. dan orang yang mandikan mereka ialah orang yang sama..so semua tu sekali lagi buat aku sebak.
aku tak tunggu lama lagi, aku mintak izin untuk pulang sebab risaukan muna pulak. entah siapa dengan dia kat rumah.
mak jenazah masih di hospital..masa menaip ni pun dia belum dapat pulang sebab bp dia jadi tinggi. mungkin dia stress. sedih. aku sangat paham perasaan tu. masa aku baru melahirkan dulu, aku pun masih muda. baru nak masuk 23. muda la kan. tanpa bayi disisi..dahla lepas csect. aku takde perasaan sangat masa tu. sebab semua berlaku tiba2. tapi semuanya dah tertulis kan. kita diberi pinjan sekejap sahaja. in fact, semua yang kita punya hanya pinjaman dari Allah swt. aku bersyukur sebab aku diberi ketabahan untuk melalui semua tu. sedikit sebanyak aku rasa ia mengubah aku..sentiasa bersyukur dan sentiasa beringat. hidup ini sangat singkat.
ibu yang kehilangan cahaya mata memang insan terpilih. dan aku kehilangan dua orang anakku. semoga aku dapat jumpa mereka di akhirat nanti. amin.
sayu...