Sunday, September 27, 2015

Majlis Doa Selamat Adam Mirza

Assalamualaikum...

hai. kemvali bersiaran. hehe. pejam celik pejam celik dah nak habis cuti bersalin aku. 90 hari..sabtu ni aku dah nak kene balik lubok antu..isnin dah kerja. sure kerja menimbun!

ok nak cerita pasal doa selamat Adam. mula2 kitorg nak buat majlis pada 13 hb september.. hari ahad..kira nak celebrate sekali hari jadi kak muna..14 sept.. alih2 bapak mertua cakap, tak boleh pulak buat pada tarikh tu..sebab ada majlis orang kahwin pulak..boleh tu boleh buat..tapi nanti tak seronok la kan. kurang orang datcang sebab nak kena pegi majlis nikah tu lagi.

so kitorang ambik keputusan untuk percepatkan je majlis doa selamat ni..6 hb sept..






tepung tawar..



putih dahi aku..hihi..



masa dia selamat muna dulu kitorang hidang kuih muih..masa adam ni kitorang ada rezeki lebih sikit, hidang nasi..



ramai orang yang datang. tapi aku taktau sangat sebab aku duduk dlm bilik je..teman adam tido...sampai la sesi cukur jambul..



tak sempat ambik gambar semua lauk.. papamuna dengan adik beradik, kazen2 yang masak..tengah malam tu..gambar jeruk kedondong je aku sempat ambik gambar sebab dah prepare awal..hehe..

nasi tomato..nasi putih..daging kari berkerisik, ayam masak merah, sayur umbut dgn air sunquick mango..antara menu haritu..nyumss.



goodie bags ni untuk orang2 berzikir, dan urusetia2 lain yang tolong melancarkan majlis..termasuk yang basuh pinggan..terima kasih banyak2.





antara isi goodie bag tu..sapu tangan...kuih apam polkadot..gula2+jajan, air kotak. last minit punya cerita..ye la majlis diawalkan seminggu dan aku ade masa 2-3 hari je masa tu..alhamdulillah lancar semuanya.

btw..baju kitorang sepatutnya jadi baju raya, tapi blun siap masa tu..aku punya from bellaammara. berebut2 beli sebab tengok sekali terus jatuh cinta..lama dah beli maybe takde lagi kot sekarang.



baju muna pulak, macam biasa la..aku yang buat..tp kali ni kawan aku yang jahit..sebab aku duk lubok antu n tengah sarat..bunga tu aku tambah last minit jugak. ala tak susah pun.



recycle je headband muna masa birthday dia yang ke 2 tahun dulu. hehehe.

syukur alhamdulillah. terima kasih pada yang sudi datang memeriahkan majlis yang tak seberapa ni...maaf atas kekurangan ya!

terutama sekali, in laws aku yang bertungkus lumus men'jadi'kan majlis ni. hanya Allah s.w.t yang dapat membalas jasa kalian. dalam kesederhanaan..aku sangat berpuas hati, aku happy :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...