Tuesday, November 10, 2015

Tips Membeli Running Shoes

Assalmualaikum

Hai korang.

Hari ni aku excited sikit. mood nak shopping je. aku nak cari kasut untuk aku pulak. Ye lah, asyik beli kasut muna je, maknya nak jugak kasut baru! Teringin nak beli Running Shoe..yes, i really mean Running Shoe for Running! hee


Nak pilih jenis kasut sukan atau running shoes terbaik bukanlah perkara yang mudah lebih-lebih lagi kalau korang merupakan seorang pelari professional. haha. Untuk prestasi larian yang baik, korang memerlukan sepasang kasut larian atau running shoes yang betul-betul sesuai untuk kaki korang tu. 

Jom tengok beberapa tips berguna untuk pembelian the best running shoes;

1. Tapak Kasut

Pertama sekali, korang kena pilih kasut yang mempunyai bahagian tapak kasut yang benar-benar berkualiti dan mempunyai daya cengkaman yang kuat. Tapak kasut yang tidak berkualiti akan menyebabkan ia cepat haus dan membahayakan keselematan korang, okey?

2. Material

Tips kedua, please ambik tahu jenis material yang bersesuaian dengan jenis latihan korang. Dan pastikan kasut tersebut diperbuat daripada material yang berkualiti untuk menjamin jangka hayat kasut yang lebih panjang..gitu.

3. Lebar

Haaa, kenapa lebar kasut penting? Ini adalah untuk mengelakkan daripada kaki korang melecet. Terutama sekali bahagian hadapan kasut yang sempit boleh menyebabkan jari kaki korang melecet teruk. eeek tak nak!

4. Fleksible

Pastikan kasut tersebut cukup fleksible dan tidak terlalu keras untuk dipakai. Ia boleh menyebabkan korang berasa kurang selesa ketika memakainya dan mencederakan kaki korang yang comel tu.

5. Saiz

Sentiasa membeli kasut yang mempunyai saiz bertepatan dengan saiz kaki korang. Jangan pakai kasut bersaiz terlalu kecil atau terlalu besar. Ingat~ ukur saiz kasut di kaki sendiri!



6. Rekaan

Dan yang terakhir, pilih kasut dengan rekaan yang menarik. So, korang boleh pakai kasut tersebut untuk acara kasual yang lain. 2 in 1 tau..



Ok. dah tau kan cara nak pilih Running Shoe terbaik? dah klik ke belum link kat atas tu? we all know that online shopping is the best. Let's go shopping with ease ;)

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...