Thursday, July 19, 2012

at 31 weeks

at 31 weeks..finally i saw the sex of my baby...jeng jeng jeng..tengok la kat bawah..it's XY! is this for real? nanti dah excited beli baju, kalau keluar XX camne? huhu..beli la yang unisex punye kaler..
duhh (-_-!)


anyway, yang belah kiri tu aku rasa dia punya badan dan yang kanan tu dia punya kepala. position baby pun dah ke bawah..so far okay..tapi i wish mesin ultrasound kat klinik tu tak lapuk sangat. i hardly saw anything. ke sebab baby dah besar takkan ko expect to see the whole body..kan? 

Wednesday, July 11, 2012

[S.I.C] kebaikan beristighfar untuk ibu mengandung

pic googled
Satu hari tu, aku lepas solat, tetiba je FIL aku pesan, setiap kali lepas solat amalkan beristighfar untuk kebaikan aku n baby. aku pun tak banyak soal dan terima pesanan dia. beberapa hari lepas tu sorang kawan papaluna ni pesan gak kat aku, waktu-waktu  macam ni, (bulan dah banyak) amalkan beristighfar selalu…dia seorang yang selalu merawat orang yang ada sakit-sakit yang doktor tak boleh nak diagnose. so again, aku tak banyak soal dan terima pesanan tu juga.

bila ada kesempatan, aku pun google lah fadhilat beristighfar ni. kalau diikutkan memang beristighfar tu bagus untuk sesiapa sahaja sebab bila kita beristighfar maka dengan rendah hati kita mohon keampunan Allah s.w.t..apatah lagi untuk ibu mengandung yang bakal bertarung nyawa untuk lahirkan seorang manusia ke muka bumi ni.

pic googled

pic googled

Moga urusanku dipermudahkan, dan sentiasa berada dalam redha Allah s.w.t. sebab sebagai manusia aku sedar aku banyak buat dosa. astaghfirullahalazim...

Satu lagi pesanannya, amalkan makan buah epal merah…kalau dapat setiap hari sebiji..insyaAllah aku akan usahakan..kalau sesuatu tu baik untuk kita tak salah kalau kita amalkan kan?

Monday, July 9, 2012

turun?


start on a positive note, syukur Alhamdulillah, setaakat ni pregnancy aku tak ada masalah..tekanan darah ok, hb ok, gula ok, takde bengkak2.. semua macam biasalah..

tapi yang surprising nya…berat badan aku turun 200g..aku expect berat naik.. memang sikit la turun nya, tapi bukan ke dari tempoh pregnancy 6 bulan ke 7 bulan tu sepatutnya berat naik, since baby is developing lemak..

Tak sabar nyee nak tengok baby, girl or boy? Honestly mama tak kisah, apa yang penting ialah baby sihat walafiat dan sempurna sifatnya..amin…

Nurse ada tanya baby aktif tak? Aku tak berapa tau nak jawab sebab aku pun tak tau baby aktif ke tak? Boleh ke camtu? Sekarang ni dah start kena count baby kicks..so far okay la, risau gak kalau baby tak bergerak aktif..aku pun agak bz menjahit so kadang2 aku tak perasan..huhu apa la mama ni..should be more alert now (o_0)

Sunday, July 1, 2012

[RESEPI] laksa penang

laksa penang..my sil buat dan bagi aku semangkuk besar. my oh my bila dah lama tak makan, sedap nye! gambar di simpan jika rindu..hehe


yang kat bawah ni versi aku pulak




resepi asal dari majalah rasa, tak ingat pulak edisi bila..aku try buat, bagi pedas, banyak ikan dan letak nenas baru power..

cara aku masak kuah laksa penang:

rebus isi ikan, buang tulang dan blend. kat dalam air rebusan tu masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, bahan kisar (cili padi merah, cili kering, bawang besar), belacan dan isi ikan tadi. biar mendidih. lepas tu masukkan gula melaka dan asam jawa, garam to taste.

sory, takde resipi yang proper, tapi kalau dah biasa masak-memasak ni dapat agak lah, banyak mana nak letak bahan-bahan kat atas ni..

yang bahan-bahan hiasan tu ikut citarasa la nak letak apa.. timun, daun pudina, passembor, nenas, hirisan bunga kantan, telur rebus, limau kasturi, cili padi..macam-macam ada..

walah, bak semangkuk, lapar dah ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...