Tuesday, March 5, 2013

Cukur Jambul Muna

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Pada 24 febuari yang lepas, berlansungnya majlis cukur jambul dan doa selamat si tecik yang bernama Muna Dalili ni..terus terang, aku tolong tengok je, serahkan pada yang pakar..cewah..

Sebenarnya kalau ikutkan aku ni, umur muna setahun baru aku nak buat kot, maklumlah takde bajet...huhu..lagipun aku n papamuna sangatlah clueless sebab ni kira first time dan tak tau macam mana nak start pun, luckily paknek (my FIL ler) kate nak sponsor..dan kakak2 ipar aku pun masing-masing nak tolong mana-mana yang patut..we're soo lucky.

majlis cukur jambul muna ni simple aje..yang paling basic kitorang buat, mengikut adat dan budaya belah papamuna lah..aqiqah...hurm, kena cari penaja lain la....ok tak kelakar ;p apepun, majlis simple ni sesuailah dengan kitorang ni..kalau nak buat grand2 pun kalau berhutang, susah jugak.. yang penting kita nak keberkatan tu..dan mengeratkan silaturrahim dalam keluarga.. kan..cliche, but true?

surat jemputan fotostat..hehe
kitorang pilih untuk hidangkan kuih instead of nasi cos untuk mengurangkan modal dan lebih senang..seminggu sebelum majlis, dah start dah buat kuih..sekali lagi, aku tolong tengok je...sambil sebelah tangan dukung muna, sambil tangkap gambar..fuh~ susah tu.

proses membuat kuih..

kuih...kuih...sebahagian dari kuih yang ada
250 semuanya..macam banyak pulak


untuk baju, tema ialah putih pink..(ada tema tu, tak boleh blah) baju mama n muna..buat sendiri je..yang papamuna punya baju raya tahun bila ntah..tau tak, sehari sebelum majlis baru aku buat baju muna..3 jam sebelum majlis, aku baru jahit butang baju dia..huhu..so bz la sejak dah keje ni.


haa, kalau bab ni, my pak n mak mertua yang handle..

bunga telur


ni peralatan untuk cukur jambul..simple je..takde bunga-bunga

sebelum orang berzikir, muna mengantuk sangat, dia tertido kat bahu papamuna...kesian nya dia..huhu..takpe, biar dia tido dulu..aku risau gak kalau dia nangis time nak cukur jambul tu..


lepas habis zikir, diorang panggil aku suruh bawak muna ke ruang tamu untuk cukur jambul..tapi muna still tido..aku macam kesian pulak nak kejut dia, dan takut sangat dia meragam sebab dia tak suka suasana riuh dan orang ramai..

tapi nak buat camne, takkan semua orang nak tunggu dia bangun kan, so aku pun slowly kejut dia dan dukung dia perlahan-lahan..syukur, muna tak nangis tengok orang ramai tiba-tiba

"ape diorang tengah buat ni? muna tengah bermimpi ke ni..tak pernah pun tengok orang-orang ni"





sebenarnya masa tengah gunting rambut muna tu, muna asyik nak menyambar gunting je..haha kelakar pun ada..yelah, muna kan dah besar..alert je mata dia tengok gunting tu.



masa tengah majlis tu aku tak perasan pun, sapa yang datang, yang aku tau, penuh rumah..malu ler nak tengok sana sini..haha..bila selesai tu, ramai orang dah balik, baru lah dapat bersosial sikit tanpa malu-malu ;p






muna pun nak bersosial gak..sampai terliur-liur je..kejap berdiri, kejap duduk..haha

muna in action

Thanks muna, sebab bagi kerjasama, majlis berjalan dengan lancar..alhamdulillah..


sayaaang dia ;'*



1 comment:

  1. simple pe nye cenggitu..meriah sakan aku tengok..simple agi ak punye..hehe..btw, aku suka pic yg last tu..nmpk kemancungan idung mama nya..hehe :)

    ReplyDelete

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...