Wednesday, January 29, 2014

1st Giveaway Ctmah Rahim

assalamualaikum...haiiiii 

pantang tengok ada giveaway, mesti aku nak join kan?huhu...GA kali ni dianjurkan oleh gojes mommy (yang nak dapat adik baby!) Ctmah Rahim.

senang je nak sertai GA ni kalau ada gambar aksi comel-mintak-cubit-kat-pipi macam ni:

agak2 korang apa yang adik alisha tengah buat ni eh?  haha...geramnya tengok muka dia (>.<)

kalau bertuah dapat la salah satu daripada hadiah kat bawah ni...semua ada kat ctmahcorner..macam comel je...macam nak jeee (memang nak ponn) ;P



GA ni bermula dari 23 Jan 2014 dan tamat pada 17 Feb 2014 (genap Alisha 1y 6m)


okeh! jom tengok muna, the curious one. 
masa ni 11 bulan, belum pandai jalan..

dalam perjalanan nak pergi beraya rumah kawan mama. alolo behave nya anak mak.
eh kejap. 


ini yang sebenarnya berlaku, habis kaki mama (skirt purple) pun kene pijak  :

tengok dari kiri ke kanan: tak.reti.duduk.diam

macam-macam ye aksi anak dalam kereta...
sebab ni aku prefer duduk kat belakang
kalau kat depan...semua benda dia nak capai
papa nak drive dia pon sibuk nak drive..haha.

good luck korangs~

Tuesday, January 28, 2014

[TEASER] for little yaya :)


Satu butang besar gedabak dan dua reben handmade. 
Ada pin pulak tu. 
Apa projek mamamuna kali ni eh?

Khas untuk little yaya. 
Aunty is harap yaya suka lah ye.

Stay tuned (^_^)

Monday, January 27, 2014

Tutup tv


\


Pagi hari yang semalam, aku dan muna jee kat rumah. Jangan tanya orang lain pi mana. Yang pasti aku enjoy. Haha. Lepas settle semua house chores..aku pun bersantai la sambil tengok tv (which is a rare thing for me to do nowadays). Muna, aku biarkan je dengan dia dengan aktiviti dia. Tapi aku keep an eye lah kat dia.

Tengah aku mengelamun tu..dari satu channel ke channel lain..macam orang yang baru jumpa tv. At the same time, aku perhatikan je si kecik tu yang entah macam2 movement dia buat. Terdetik dalam hati ni..muna ni tengah belajar step tarian ke hape? Bajet mama ambik video dia la tuu.. Hehe..sambil tu macam biasa la mulut dia tak reti diam.

At one point, aku dengar dia cakap "tutup tv".

Amboiii. Baru setahun 4 bulan dah pandai bagi arahan kat mama yea?

Aku pasti kata2 tu terkeluar tanpa muna maksud kan. Sebab dia memang macam tu. Semua benda dia nak sebut. Dia even tau sebut 'remote' (tv remote tuh).. 'boboiboy kuasaaa anginnnn' pon dia reti sebut. Haa..selain 'assalamualaikum' dengan 'bismillahirrahmanirrahim'. Ada la bunyi tu even tak cun sangat sebutan dia..

Tapi..bila dia sebut "tutup tv" tu.. aku macam...macam aku rasa kan...terkena batang hidung. Dushhh~ Ambik sebijik :p

Wednesday, January 22, 2014

Dua..tigaaa..lompat!



Hai korang. It's newsletter time! Haha..tak habis lagi kan aku nak update pasal muna..lalala~

Aku copy balik in case gambo tak clear : 

"Where, oh where, has your baby gone? You have a full-fledged toddler now. Walking and running still top the agenda, but take note of how complex your child's movements have become. When she crosses a room, she'll squat to pick up an interesting toy or stop to stack some blocks. She may even push a stool or chair over to the kitchen counter so she can climb up for a better look – all the more reason to make sure your house is as childproofed."

muna oh muna. sekarang ni dia suka tau tutup tv. tv tu kat atas tv cabinet je.. so dapat la dia capai. dahla time aku tengah layan citer ariana rose..haishh memang aku tak dapat tengok full pun satu2 episod tu. lantak kau lah ariana. haha. tu boleh tahan lagi.. tapi dia suka kan suruh aku menjerit melatah tengok gelagat dia. sekarang dah tau numbers..sikit2 je la. kalau ada kusyen keras tu yang paknek dia guna untuk ajar budak mengaji, dia mesti diri atas tu pastu cakap "duaaa...igaaa!" pastu dia lompat turun. aduii..takut aku kalau dia tersembab. huhu.. 

muna pun dah mula squat, tapi belum ketara sangat. tapi dia suka mencangkung. haha comel je. kalau dia marah aku tolak dia sampai terduduk. hehe.. 

terasa cepat sangat muna membesar..syukur sangat aku dikurniakan kesempatan untuk tengok dia membesar, setiap perkembangan dia. walaupun aku sebenarnya 'berperang' dengan masa....cewah! ok sambung kerja nong..

Sunday, January 19, 2014

aku, handbag dan kedai mamak

assalamualaikum..kesinambungan entry pasal daiso ni.. nak citer la sikit kejadian yang amat memalukan yang terjadi tempoh hari itteww..huhu..*tutup muka*

alkisahnya, masa aku keluar hari tuh, aku boleh tergatal tangan pulak nak tukar handbag, last2 minit. kitorang pun keluar macam biasa..first kena cari tempat makan. sebab perut dah berkeroncong... kitorang decided nak makan beriyani kat islamic cafe kat kota sentosa. tempat feveret nih.

semua macam biasa masa ni...tenang.





tandoori beriyani for me...


dapat nasi, makan...memang layan, perut tengah lapar. tak yah pikir benda lain. hohoho

ntah macam mana, tetiba aku perasan. ehh? mana beg duit? oh noooo. dalam handbag lagi satu. wallet papamuna pun sama.  dahla masa terperasan tu, dah dekat depan cash register. hadohh..muka aku dah merah2 dah. arghhh..slow2 aku cakap kat papamuna "bang, beg duit tertinggal la. beg duit abang pun sama" diakhiri dengan "macam mana ni"..dia memang bengang la bila aku buat "surprise" camni. haha. ampunnn, bang.

tetiba la kan kedai tu makin ramai orang. cemas..aku dah bayangkan kena basuh pinggan sebab tak dapat bayar..haha! imaginasi...nasib baik tepon tak tinggal. papamuna terus call abang dia yang kebetulan tak jauh dari situ..

mamak kat tempat cashier tu pun hairan masa mula2. tapi eventually dia cool aje. dia kata takpe, pegi la dulu, nanti2 nak bayar, datang balik sini. tapi ofcos la kitorang tak pegi macamtu je..malu beb. beberapa minit kemudian abang ipar aku datang dan dia settlekan bill tu...hikmah di sebalik kejadian ni? dapat makan free..ngeh ngeh..

btw, hari tu macam serba tak kena. aku try pakai tudung style 'hoodie', pastu aku sendiri yang self concious..sepanjang hari tu memang rasa macam 'bad tudung day' je.. 

dah edit pun still nampak...pelik??
tu je nak cerita. tataa~

Saturday, January 18, 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

assalamualaikum :) 

masa untuk berGA lagi...hehehe...ni kali ketiga aku join..
just for fun...tapi mesti ar nak menang..hehe
this time aku nak join giveaway Erin a.k.a Mama Aish..
cakap banyak pun tak guna...sila terjah blog beliau sekarangg :)

*****copy paste starts here*****

Salam,

Are you ready?? Ok, get set go!!


TEMA GIVEAWAY




Daddy and Baby Cool

SYARAT PENYERTAAN

Mode garang is on! keskes


1) Follow blog ..life after "i do"

2) Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway

3) Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.

4) Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)

5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.

6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu

9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini



Boleh gantung di playroom anak :)

Ok, tu je, join ramai-ramai ye, bye!


***** copy paste ends here*****

taknak muka mak yeh? alaaaaaaa.. takpelah..hehe
i present to you dear Erin,
papamuna & muna
"daddy & baby cool"





situasi masa kat klinik kesihatan untuk checkup 8 bulan
cukup mithali tak? hehee



takmo bebel panjang2..
easy peasy punya GA..korang tunggu apa lagi?
sekian, thanks for reading :)

Friday, January 17, 2014

Feeling ambitious


I have dreams. Small dreams. Big dreams. It's only a matter of money and time...kalau panjang umur that is. Kita hanya mampu merancang..

Speaking of merancang, i have lists of things that i want to achieve.. i am actually good at it (making a list) :p

Sigh. Takpe. Janji ada wawasan. Apa2 kita buat mesti kena ada wawasan. Cewah!

P/s: aku memang suka daydream pun. Very ambitious. Haa (^_^)

-Pic from fb-

Sunday, January 12, 2014

15 months old muna

assalamualaikum.

nak cakap pasal muna lagi. sekarang ni mencabar betul nak bahagikan masa. that's why aku jarang update entry yang semenggah sikit..asyik2 entry published thru fon cap ayam aku tu..bila tengok blog kat desktop, macam..eh, kena tsunami dah ke. berterabur semua..ada yang publish 2 kali. huh.

so back to muna. 2 hari lagi dia dah nak masuk 16 bulan. banyak benda yang aku dah ingat2 lupa. tapi takpe, aku tulis apa yang aku ingat je la

lakonan semata-mata
perkembangan muna setakat ni :

  • berat dia bawah 8 kilo...sangat ringan ok untuk toddler sama umur dia. tinggi pun kurang..muna ni petite..ofcos aku risau, tapi as long as dia punya perkembangan lain ok dan follow umur dia, i dont have much to complain. 
  • dah pandai menari..biasanya hentak2 sebelah kaki sambil angguk2 kepala dan pusing2..sambil dengar bunyi muzik apa2
  • gigi depan 6 batang. geraham belah kiri dah nampak, yang lain aku tak tau sebab dia tak kasi tengok ;(
  • btw, dia baru baik demam tumbuh gigi atas 2 batang di sisi gigi arnab tu, serentak dengan geraham..memang mama dengan papa risau sangat..tak tido lena hampir 3 malam. tapi demam 2 hari 1 malam.
  • pandai menyanyi. haha. antaranya  dia ikut lagu kat tv "sayang ku..sayang mu" (rindukanlah by encik mimpi)
  • dulu dia pandai cakap udah (sudah, done)  dan omok (taknak, refuse to)..sekarang...aku notice dia dah kenyang atau taknak makan lagi, dia cakap "udah" SAMBIL tolak pinggan ke depan sikit. dan dia buat 2 kali..omg...baby diva.
  • baru siang tadi aku perasan benda ni. dia bermain kat tepi pintu..dia standby macam nak terperanjatkan orang (tapi takde sape2 pun masa tuh) DAN dia letak jari telunjuk kat bibir macam buat Shushhhh..pastu tetiba dia toleh n cakap "cakkkk!"..sebelum ni dia buat gak tapi takde gaya shushh tu..dan selalunya yang aku perasan, takde orang pun. dia sorang2 je main macam tu. haha..that very moment made my day ;)
  • suka sangat masuk bilik jahit aku dan kaki pijak pedal mesin jahit tu, tangan nak tekan suis on...takpun tarik2 wayar seterika, pegi belakang pintu..atau kutip jarum atas lantai..oh my...memang tak boleh leka walaupun sesaat..dan kena sentiasa tutup pintu bilik tu..
  • sangat suka dipakaikan kasut/selipar dan dibiar berjalan atas jalan raya (depan umah je la..)
  • bila papamuna tanya pasal warna..dia akan sambung macam ni:  me-RAH, hi-JAU, bila kuning dia cakap ku-RAK (kura-kura)..dan belum betul sampai sekarang..hihi
  • kalau orang bagi duit atau dia jumpa duit laju je dia bagi kat aku..haha good girl..
  • suka makan cracker cicah teh-o..bila bagi cracker je dia akan mintak.. "air??" nak cicah jugakk..haha








dan muna banyak respon kepada benda, macam:
  1. "eh berani..." dan tunjuk kat ulat gonggok atas lantai, dengan gaya macam takut tapi tak. 
  2. "tajam" tunjuk kat gunting kecil aku
  3. "air panas" bila nak mandi
  4. "hari hujan" masa tengah hujan
  5. "tumpah" bila dia tumpahkan susu
  6. "mintakkk" sambil hulur telapak tangan kalau nak sesuatu
  7. "bajuuu..bajuu" sambil nangis2 bila aku bukak baju dia untuk mandikan dia (muna sangat tak suka mandi)
  8. "bukak..bukak" bila dia suruh bukak sesuatu..macam bungkusan ke...kadang2 benda yang tak dapat dibukak pun dia suruh bukak..kalau tak bukak, dia merengek
  9. kalau sebut "cantikkk anak mak" mesti dia buat muka tersengih sambil tersipu-sipu malu


ok...dah blank dan mengantuk...


ok, fineee.

byeee (>__<)

Thursday, January 2, 2014

M. Dalili kilau





It's 2014! Agaga.. Actually it's the second day of the year 2014. Hehe

Nothing much to say..

Lama dah nak share gambar ni. Amboii silau mata mak nak..haha

Ada customer request baju bling2 untuk karoke. 
Macam jaket. Siap je aku terus panggil muna. 
Pakaikan jaket tu. Macam sesuai je denim dengan blink2 silver.

Ke..nampak macam pakcik m.daud kilau?

Satuu ringgittt..dua ringgitttt..

Haha..happy 2014 :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...