Sunday, January 12, 2014

15 months old muna

assalamualaikum.

nak cakap pasal muna lagi. sekarang ni mencabar betul nak bahagikan masa. that's why aku jarang update entry yang semenggah sikit..asyik2 entry published thru fon cap ayam aku tu..bila tengok blog kat desktop, macam..eh, kena tsunami dah ke. berterabur semua..ada yang publish 2 kali. huh.

so back to muna. 2 hari lagi dia dah nak masuk 16 bulan. banyak benda yang aku dah ingat2 lupa. tapi takpe, aku tulis apa yang aku ingat je la

lakonan semata-mata
perkembangan muna setakat ni :

  • berat dia bawah 8 kilo...sangat ringan ok untuk toddler sama umur dia. tinggi pun kurang..muna ni petite..ofcos aku risau, tapi as long as dia punya perkembangan lain ok dan follow umur dia, i dont have much to complain. 
  • dah pandai menari..biasanya hentak2 sebelah kaki sambil angguk2 kepala dan pusing2..sambil dengar bunyi muzik apa2
  • gigi depan 6 batang. geraham belah kiri dah nampak, yang lain aku tak tau sebab dia tak kasi tengok ;(
  • btw, dia baru baik demam tumbuh gigi atas 2 batang di sisi gigi arnab tu, serentak dengan geraham..memang mama dengan papa risau sangat..tak tido lena hampir 3 malam. tapi demam 2 hari 1 malam.
  • pandai menyanyi. haha. antaranya  dia ikut lagu kat tv "sayang ku..sayang mu" (rindukanlah by encik mimpi)
  • dulu dia pandai cakap udah (sudah, done)  dan omok (taknak, refuse to)..sekarang...aku notice dia dah kenyang atau taknak makan lagi, dia cakap "udah" SAMBIL tolak pinggan ke depan sikit. dan dia buat 2 kali..omg...baby diva.
  • baru siang tadi aku perasan benda ni. dia bermain kat tepi pintu..dia standby macam nak terperanjatkan orang (tapi takde sape2 pun masa tuh) DAN dia letak jari telunjuk kat bibir macam buat Shushhhh..pastu tetiba dia toleh n cakap "cakkkk!"..sebelum ni dia buat gak tapi takde gaya shushh tu..dan selalunya yang aku perasan, takde orang pun. dia sorang2 je main macam tu. haha..that very moment made my day ;)
  • suka sangat masuk bilik jahit aku dan kaki pijak pedal mesin jahit tu, tangan nak tekan suis on...takpun tarik2 wayar seterika, pegi belakang pintu..atau kutip jarum atas lantai..oh my...memang tak boleh leka walaupun sesaat..dan kena sentiasa tutup pintu bilik tu..
  • sangat suka dipakaikan kasut/selipar dan dibiar berjalan atas jalan raya (depan umah je la..)
  • bila papamuna tanya pasal warna..dia akan sambung macam ni:  me-RAH, hi-JAU, bila kuning dia cakap ku-RAK (kura-kura)..dan belum betul sampai sekarang..hihi
  • kalau orang bagi duit atau dia jumpa duit laju je dia bagi kat aku..haha good girl..
  • suka makan cracker cicah teh-o..bila bagi cracker je dia akan mintak.. "air??" nak cicah jugakk..haha








dan muna banyak respon kepada benda, macam:
  1. "eh berani..." dan tunjuk kat ulat gonggok atas lantai, dengan gaya macam takut tapi tak. 
  2. "tajam" tunjuk kat gunting kecil aku
  3. "air panas" bila nak mandi
  4. "hari hujan" masa tengah hujan
  5. "tumpah" bila dia tumpahkan susu
  6. "mintakkk" sambil hulur telapak tangan kalau nak sesuatu
  7. "bajuuu..bajuu" sambil nangis2 bila aku bukak baju dia untuk mandikan dia (muna sangat tak suka mandi)
  8. "bukak..bukak" bila dia suruh bukak sesuatu..macam bungkusan ke...kadang2 benda yang tak dapat dibukak pun dia suruh bukak..kalau tak bukak, dia merengek
  9. kalau sebut "cantikkk anak mak" mesti dia buat muka tersengih sambil tersipu-sipu malu


ok...dah blank dan mengantuk...


ok, fineee.

byeee (>__<)

1 comment:

  1. hahaha comel sgt tutup kepala cmtu...byk dah perkembangan muna kn

    ReplyDelete

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...