Saturday, June 30, 2012

[SEW] jubah moden maternity

Semalam aku dah post jubah yang mimi tempah kat aku. Dah sampai pun kat tangan dia hari ni..gila cepat.syabas pos malaysia. puas hati dapat siapkan jubah untuk bestie yang sama-sama tengah pregnant. dan lebih menyeronokkan ialah dia appreciate dan suka dengan jubah tu~ best je rasa…jubah tu sebenarnya inspired from jubah rana aswad. cantik-cantik jubah dia aku tengok kat fb..very the muslimah yet macam comfy and trendy je..berbekalkan gambar dalam skrin computer dengan ukuran badan yang mimi sendiri sukat dan bagi kat aku, aku pun mulakan journey menyiapkan jubah tu..



Wednesday, June 20, 2012

"surirumah berijazah"


selesai sesi memasak untuk makan tengah hari tadi aku pun terus on tv, dan seperti biasa waktu-waktu camni ada rancangan wanita hari ini..tertarik dengan topik perbincangan "surirumah berijazah", aku pun duduk depan tv sambil mengunyah kuaci, goyang kaki, hehe.

ramai jugak orang yang aku kenal memegang status ni, tak terkecuali aku..tapi aku rasa ada sebab-sebab yang berbeza kenapa diorang end up jadi surirumah despite dah spend time, money and energy untuk mendapatkan segulung ijazah. Yang ada phd pun ada yang duduk rumah. Tapi jangan salah sangka, dia kerja kat rumah, buat research, etc. ada surirumah berijazah yang suami tak bagi kerja, ada yang memang tengah mencari kerja/menganggur (aku le tu, hehe) dan ada jugak yang takde pilihan sebab ada anak kecil yang takde siapa yang boleh diharapkan untuk menjaga ataupun skeptikal dengan bibik dan nurseri.


Sunday, June 17, 2012

[Dulu vs Sekarang] love and hate

lately ni aku memang jarang sangat bukak fb..xtau nape..aku lebih suka blogwalking..tadi terbaca satu artikel pasal kisah cinta sorang blogger ni..aku memang suka baca blog dia sebab dia sempoi, family dia pun sempoi. lagi satu anak-anak dia comel..dan yang lagi best penulisan dia menghiburkan..i bet she's someone fun to be with.

bila baca artikel love-hate-love dia ni, tereflect pulak aku pada hubungan aku dengan papaluna pulak..kitorang baru 3 tahun lebih sebagai suami isteri, tapi kenal hampir 6 tahun..sekarang ni aku tak tau nape aku rasa aku treat dia lebih baik dari dulu..memang aku dulu lain sangat..dia selalu cakap aku degil..hehe..hal gaduh-gaduh tu takyah cakap la, cuma dulu stail lain, sekarang ni dah kawin, lain pulak caranya..haha bila teringat balik, memang kelakar dan memalukan ;p

aku rasa semua berkait rapat dengan our level of maturity..sekarang ni, sebelum aku nak marah-marah pun aku mesti pikir banyak kali, put myself in his shoes, pastu try to understand his intentions..etc..tapi one thing pasal kitorang, asal aku merajuk je, last2 kena pujuk dia pulak..eh, siapa yang merajuk sebenarnya..aku pulak tak suka nak gaduh lama2..as long as punca gaduh tu hal remeh je, mintak maaf sudah, settle, dan dapat tido dengan tenang..dan thankfully, papaluna sangat pemaaf ;')

Thursday, June 14, 2012

desperate housewife

term housewife tu memang sesuai sangat dengan aku buat masa ni..dah agak lama rasanya tak lepak-lepak berdua dengan papaluna kat warung malam-malam sambil tengok bola..ehehe tengok bola lah sangat..padahal datang-datang je eh sapa lawan sapa ni? 'lama' tu tak sampai sebulan pun..tapi ya ampun, rasanya macam bertahun tak keluar rumah..tapi takpelah, semua ni untuk kebaikan aku jugak..sekarang dah 6 bulan lebih..walaupun kaki ni gatal nak berjalan tapi tak boleh nak layan sangat..aku kena banyak rehat. thankfully, masa aku terisi dengan aktiviti menjahit..

so, desperate kah?

sekadar gambar hiasan (pic googled)
i dont know whyyyy, lately ni asyik mimpi yang bukan-bukan..sampai terbawa-bawa ke realiti..ntah pape, kadang-kadang rasa malas sangat nak layan otak aku yang rajin bekerja masa ni..

i kept reminding myself:
"tak semua yang kita nak tu bagus untuk kita..dan tak semua yang kita tak suka tu tak bagus untuk diri kita"

sekarang ni tengah berusaha nak siapkan jubah untuk mimi, the pregnant bestie yang due sangat dekat dengan aku..i have to stay focused!

till then, bye :)

assalamualaikum

Friday, June 8, 2012

nama baby

mula-mula just nak check email..pastu klik kat newsletter babycenter yang berbunyi "your pregnancy: 25 weeks"..pastu melencong lak sampai tersurvey nama baby...dah jumpa nama yang aku rasa macam best kalau bagi kat baby perempuan...ADHIRA..lom decide lagi nak ada H ketakde..papaluna pon cam okay je..sebab rhymes ngan nama dia..kalau baby lelaki lom dapat lagi yang berkenan di hati..masa tengah tulis ni, boleh rasa baby tengah buat somersault kat dalam perut ni..dear baby, i hope you're doing ok, it's going to be a month before mama can see u in ultrasound screen..take care!

sekarang ni tengah online pakai broadband yang aku beli semalam..pening kepala aku cari the best modem with the best price..yela, kate nak jimat..kalau tak serasi (cewah macam apa je nak serasi2) aku ingat nak tukar service provider lain..so kena cari yang open sim..tapi kebanyakannya mahal. thankfully, jumpa yang open sim dengan harga rm149. pastu tawar punya tawar dapat la rm 135. tapi ada satu benda aku notice. company yang buat modem broadband untuk maxis ialah sama dengan company yang buat modem broadband open sim ni..iaitu ZTE.



made in china. happy surfing to me!

Thursday, June 7, 2012

what to expect when you are expecting

pinjam title movie jap..hehe nak sangat tengok citer ni..best la poster movie ni..last time tengok j.lo dalam back up plan...pasal being pregnant gak...i sooo wanna watch this movie (─‿‿─)

image from mamitalks.com

rasa macam lama nyaaaa tak update..sebab nya, aku dah berpindah ke rumah parents papaluna...to bad, line wifi kat kampung ada, tapi tak kuat. so terpaksa la aku akur nak beli broadband petang ni..cis, akhirnya, si cheapskate ni kena mengalah juga, sebab, macam takleh survive je being at home all day without the internet.


Tuesday, June 5, 2012

lauk-pauk kampung

semalam kakak ipar aku ada buat makan-makan..takde sempena apa-apa pun, tapi kalau kat bandar ni dah kira macam housewarming party dah ni sebab rumah dia baru siap, dan dia baru je berpindah..just lauk-lauk kampung yang enak-enak untuk dinikmati bersama-sama..haha annoying tak kata berganda yang diguna berulang-ulang kali?

so mari kita tengok apa yang sedap sangat tu...?

Sayur keladi 

ini nasi ye kawan-kawan

sayur keladi up close n personal

masak lemak ikan masin

sambal asam a.k.a kerabu mangga muda kot

sup ayam

sedia untuk dihidang~

tak terliur dah ke? ;p

"housewarming party"
everything was very impromptu..that's what i like the most. and of course lauk-pauk kampung ni memang sedap-sedap..(ulam daun ape ntah + sambal nyiur, petis + timun lupa nak snap gambar) especially sayur keladi..boleh bergaduh kot berebut isi keladi..haha 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...