Wednesday, June 20, 2012

"surirumah berijazah"


selesai sesi memasak untuk makan tengah hari tadi aku pun terus on tv, dan seperti biasa waktu-waktu camni ada rancangan wanita hari ini..tertarik dengan topik perbincangan "surirumah berijazah", aku pun duduk depan tv sambil mengunyah kuaci, goyang kaki, hehe.

ramai jugak orang yang aku kenal memegang status ni, tak terkecuali aku..tapi aku rasa ada sebab-sebab yang berbeza kenapa diorang end up jadi surirumah despite dah spend time, money and energy untuk mendapatkan segulung ijazah. Yang ada phd pun ada yang duduk rumah. Tapi jangan salah sangka, dia kerja kat rumah, buat research, etc. ada surirumah berijazah yang suami tak bagi kerja, ada yang memang tengah mencari kerja/menganggur (aku le tu, hehe) dan ada jugak yang takde pilihan sebab ada anak kecil yang takde siapa yang boleh diharapkan untuk menjaga ataupun skeptikal dengan bibik dan nurseri.



tak kisahlah apa-apa pun sebab musababnya, the question is why? nape belajar tinggi-tinggi kalau akhirnya duduk di dapur juga? as for me, aku bukan tak nak kerja, dan laki aku pun bukan tak kasi aku kerja..in my case, aku akui agak susah dapat kerja. sebab tak dapat taraf penduduk tetap srwk ni. Kena ada permit baru boleh keje. *ok feeling PATI sesangat* huhu..sebelum ni sempat jugak aku bekerja kontrak gomen dengan join training programs..tapi apa boleh buat, kerja kontrak, macam tu lah..bila kontrak habis dan tak renew, maka back to basic..tanam anggur ;p

tapi kan cuba korang bayangkan, tak semestinya ada ijazah mesti kena pressure cari kerja. Dan tak perlu jugak duduk rumah saje2. as long as u are making money dengan buat kek ke, jual baju ke, provide servis ke, sekarang ni kan zaman semakin canggih, duduk rumah pun boleh buat duit. sometimes, by doing something else (than working 9-5), u earn more. Betul tak? In fact ada couple ni, ada masters lagi tapi last2 buat bisnes and cambest je dapat berkepit laki bini hari2 runnig errands sama2. Teamwork gitu. On the other hand, best tu memang lah best ada kerjaya yang profesional dan berjawatan tinggi. tapi kalau kita jadi our own boss and make lots of money, double bestnya, in fact berganda-ganda bestnya.sebab takyah bekerja bawah supervision orang. Plus ada 24 hours yang kita boleh seimbangkan dengan menjaga anak dan suami (quality time etc). tapi yelah kan, bukan senang nak ke tahap tu. Ok dah. Boleh stop bayangkan/ berangan. 

syukur jugak sebab even sebagai "surirumah berijazah", aku tak duduk saje2..sekarang agak bz menjahit baju raya..makin hari makin banyak tempahan..takut pulak tak terbuat..hehe..ape? now surirumah berijazah cum tailor pulak? tak pernah terfikir aku akan menjahit macam sekarang ni...mula-mula dulu memang tujuan aku nak cari extra income since dah tak kerja dan i better be doing something at home, otherwise  stress kot duduk rumah saje2 lagi2 after my premature baby twins passed away. 

speaking of baby, sekarang ni dah nak masuk 7 months kandungan aku ni..dan ini membuatkan aku lebih nak duduk rumah dan jaga anak yang bakal dilahirkan ni..tapi tak bermakna aku taknak kerja sampai bila-bila...i'll always keep my options open..kerja aku cari..bisnes pun, kalau ada peluang aku akan grab..rezeki tu ada kat mana-mana..kenalah usaha cari..lebih senang kalau aku take one step at a time..kepala pun tak pening..btw, exam ptd hari tu aku gagal..no surprise there ;p

Must. Work. Harder. Smarter B-)

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...