Thursday, February 28, 2013

muna's new look


Before :




After:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ala tomei tomei...

walaupun nampak maskulin sikit, tapi maintain cute..hahah



Pasrah je la muna sayang...mama suka, muna nampak makin bulat ;p

Wednesday, February 27, 2013

muna's fifth month checkup

hello bloggie...mama is back~ it's been a long while huh? hehe..sebenarnya aku baru je skodeng blog mama yaya jap tadi..pastu eh eh, dah up lah entri checkup 5 month yaya..dah dua kali aku terlambat ;p

so here goes...

hi korang..ni muna saje je test ambik gambar bertiga..ehehe

kali ni aku sengaja pegi lambat sikit..sebab pegi awal pun, mesti sampai tengah hari punya..so aku rilek-rilek packing barang...oh, jangan lupa benda paling penting tau, setakat ni belum lupa lagi everytime checkup mesti bawak...apa tuu??

bantal busyuk lah...wajib ada bila nak keluar..haha
hari tu aku pakaikan muna 'purple hoodie peplum', haa, macam susah je nak sebut kan....kesinambungan entri teaser: little hoodie ...kalau nak tau camne boleh terjadinya baju tu, tunggu aku buat entri lain yea..

boleh pening lalat tengok baju kitorang kan...hihi

let's jom tengok perkembangan muna setakat entri ni ditulis..(dekat 5 bulan setengah):

  • berat naik 700g, jadi 5.9 kg, masa checkup kira-kira 2 minggu yang lepas
  • suka terkangkang sambil kedua-dua tangan pegang hujung kaki..lol
  • bila meniarap, punggung dah pandai terangkat, muka terbenam
  • bila tengah menyusu, kalau tak sedap (tawar dan tak panas) dia akan main-main, kalau baby lain hisap puting botol susu, tapi muna tiup ;\
  • dah start duduk dalam walker, memang suka sangat dia
  • dah start prepare untuk solid food..tapi aku buat cair sangat texture dia..nanti cerita lagi k 
  • bila aku pegang tangan dia, dia dah pandai toleh ke arah aku ;)
  • masa didukung bila dia tarik rambut belah kanan, aku letak kat bahu kiri, tangan kiri pulak tarik rambut, so curious eh..
  • tido ada bunyi-bunyi, risau mama tau
  • mama paling suka muna angkat dua-dua tangan, mintak di dukung, dengan eye-contact dan muka manja tu ;p
  • dah pandai mengada, 'hek hek' pastu senyum pastu 'hek hek' sambil berkerut dahi lagi...haha
  • mata putih muna pernah berdarah sebab dia suka 'meramas2' area mata dia, syukur, dah hilang kesan darah tu
  • suka gigit dan tarik paci serentak dan berulang-ulang..macam orang gigit daging yang liat tu...isk..
  • dulu suka mengetap bibir, diikuti meniup sampai bersembur air liur, pastu buat bunyi macam hantu ju-on tu..."aa..a.aa.aaa"...sekarang dah kurang sikit..
  • suka menggaru-garu permukaan, start masa 4 bulan, first sekali dia garu2 peha mama..sampai sekarang, especially cushion yang ada bentuk dan warna menarik, dia macam nak 'ambik' dan pegang..
  • kalau berak selang sehari atau dua hari dengan kuantiti yang banyaaakk..hehe
  • dah berani sikit mandi air sejuk
  • suka tengok cerita bob.oiboy..
  • takut dengan bunyi bising, kalau kazen2 main bising2 mesti muna nangis dan cari mama..alololo

hurm, rasanya tu je lah yang aku dapat ingat..penat gak brainstorm ni..nanti la update lagi k,

ha terkangkang macam ni lah muna selalu buat..haha


maybe ni version 'blowing a raspberry' muna

mengetap bibir.
from babycenter lagi:

"Have you noticed how your baby turns to you when you speak? Those expressions of attentiveness are really gratifying after the many hard hours of baby care you've logged. A relationship that seemed rather one-sided for so long is beginning to blossom into something truly interactive. Don't be surprised if, more and more often, you feel like dropping everything just to get down on the floor and have fun with your baby. "

yes, attentiveness yang macam ni:



i may not be surprised if i drop everything just to hug and kiss and play with muna immediately when i got back from work..because that's what i did all this while..aww, my dearest, my 'aca pucu-pucu' 

(っ◕‿◕)っ ♥

Monday, February 25, 2013

Wednesday, February 20, 2013

four letter word


we've been married for 4 years today, alhamdulillah ;)
nothing special, no cake this time..
just remembering the date
and exchange i-love-you's

thanks for being my other half, papamuna ;)

Monday, February 18, 2013

muna's fourth month checkup

hi...daisypath kata, hari ni muna mama ni dah 4 bulan 3 minggu dan satu hari umur dia..syukur alhamdulillah..dah lama nak buat entri ni, tapi mood nak menulis tu tak datang2..sekarang ni mama rasa lapang sikit so apa kata kita tengok perkembangan muna..

Edited : entri ni dah berhabuk kat draft tunggu di publish je ;) muna dah 5 bulan 4 hari lah kot hari ni..dah pegi checkup 5 bulan pun..pape pun, mari kita settlekan perkara yang tertunggak dulu ye! haha

sory, eksaited lebih tak kena inject ;p
macam biasa pergi klinik, tapi kali ni tak kena injection..bagus jugak la kan..aku ingat cepat pergi, cepat jugak balik..tapi still, lama jugak tunggu. aku perasan, ni kali kedua muna nangis masa mula-mula masuk klinik..kalau tempat orang ramai dan agak bising, memang dia camtu..alololo manjanye..haha

perkembangan muna setakat ni:

emm...betul ke apa mama tulis ni...muna check kejap eh...

  • berat naik 500g lagi, jadi 5.2 kg..
  • dah mula kenal orang, dah pandai pilih orang mana boleh pegang dia ;p
  • dah takde masalah kurang menyusu lagi, so far, mudah2an kekal elok, amin..
  • dah pandai meniarap sepenuhnya, susah nak pakaikan diaper dan lain2
  • suka orang kacau, sampai gelak2 angkat tangan..amboi, gedikss nya ;p
  • suka angkat dan pegang kaki
  • suka menunduk, tengok bawah..tengok kaki ke?
  • dah pandai mencapai apa2 je yang dia nampak, semua nak di pegang..haha
  • pagi2 suka pegang muka papa n mama dengan dua2 belah tangan..aww sweet ;)
  • selalu nangis bila mama jaga..bila papa jaga tak pulak dia nangis..
  • rambut makin panjang..bila la mama nak gunting ni...rimas tau~
  • dah bertukar diaper saiz m..
hurm...betul la tu, tapi mama kata muna gediks la...nak majuk la camni ;(

baju yang muna pakai tu sempat aku jahit sehari sebelum pegi checkup..haha, bukan jauh pun klinik tu, saje je aku taknak pakaikan baju dia yang sedia ada...tangan ni gataiii je nak menjahit..yang penting, puas hati tengok muna masa tu..

emm..cantik ke? muna rasa ok la ni

sesi bergambar ibu dan anak...layankan je..
dan last but not least....it's the three of us~

happily ever after...till jannah...amin ;)

Sunday, February 17, 2013

[TEASER] little hoodie



As usual, i made something for my little sweetie..i cant wait to put it on her tomorrow! Stay tuned~

Wednesday, February 13, 2013

Bad momma vol.2



Ouch..sian muna! Muna mama ni suka garu2 muka dia..sampai tahap boleh luka2 ni..tu la, time mama nak potong kuku je mesti muna taknak bagi kerjasama (walaupun dalam tidur)..hehe..tengoklah apa dah jadi..maybe mama terpotong segitiga kot. Sory ye sayang!

Just a short update pada malam yang indah ni..hujan rintis2 dan mama pun dah bergolek atas tilam nak beradu ni..walhal jam baru menunjukkan pukul 9pm.

Nyenyaknya muna tido..gambar tido tu gambar baru je ambik masa tengah buat entri ni.opss..boleh nampak ar peta dunia muna..hehe

Saturday, February 9, 2013

kesungguhanmu

Biarlah ku sentuhmu
Berikanku rasa itu
Pelukmu yang dulu
Pernah buatku

Ku tak bisa paksamu
'tuk tinggal disisiku
Walau kau yang selalu sakiti
Aku dengan perbuatanmu
Namun sudah kau pergilah
Jangan kau sesali

Karena ku sanggup 
walau ku tak mau
Berdiri sendiri tanpamu
Ku mau kau tak usah ragu
Tinggalkan aku
Huuu.. kalau memang harus begitu

Tak yakin ku kan mampu
Hapus rasa sakitku
Ku 'kan selalu perjuangkan cinta kita
Namun apa salahku
Hingga ku tak layak dapatkan kesungguhanmu

Tak perlu kau buatku mengerti
Tersenyumlah karena ku sanggup




Tuesday, February 5, 2013

menu pagi selasa






Menu pagi selasa..

edited:

ni entri cuba try test pakai tepon baru...hihi tapi takde tajuk lak, so nak edit balik ar ni...alang2 dah menulis ni nak cerita sikit ni..pagi tadi aku dan memberku hawa keluar kejap, nak pegi bayar bil..guna motor je..kami masing-masing tak pandai bawak keta..haha bocor rahsia. pastu hujan turun lebat sangat. so kitorang decide nak lepak-lepak sambil tunggu hujan teduh.

tunggu punya tunggu, kitorang pun berhijrah dari satu kedai kopi ke kedai kopi yang lain..yang aku makan tu bihun soto..bunyi je sedap. tapi takde rasa soto langsung..rasa macam bihun, pegedil, isi ayam  dan nasi impit yang direndam dalam air sup yang agak cair..tapi yang member aku makan tu, marvelous! gemuk sate dia. yumm

ending nya, dah tengah hari pun still hujan gak..so kitorang redah je la..jadi aku nak bagitau yang aku keje dengan baju basah. burpp. sekian. ;p

Sunday, February 3, 2013

smartphone for mamamuna?



finally! mama ada phone yang boleh tangkap gambar yang clear sikit...alhamdulillah ;) berbanding yang sebelum ni, benci tau..haha..

hmm, rasanya macam baru je buat entri kat sini pasal using a smartphone..masa tengah menulis tu, pakai samsung abng ipar. touch sini, touch sana, immediately i felt 'smart'..kih kih..

tapi untuk mamamuna, biarlah yang cheap and chic je la eh..lain kali je la aku pakai iphone5 ke, samsung note ke kan...layan je la apa yang mampu:


pic googled



kot-kot pasni dapat mesin jahit industri idamanku sebijik pulak...amin..........................haha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...