Tuesday, October 28, 2014

Reflection

Assalamualaikum..

Saje nak share something. Macam best je.




"what you see in the world around you is a reflection of who you really are"

So i encountered some people yang always have negative thoughts in their wandering minds.

Cane nak happy kalau fikir negative..buruk sangka? Taknak happy ke? Kalau taknak happy untuk orang lain, at least be happy for yourself..

Aku memang percaya yang happiness is a state of mind. Oklah cakap banyak pun tak guna. Rambut sama hitam. Tapi hati lain lain. Terima je la kan. Senang cerita diam lebih bagus~

Sunday, October 19, 2014

Potty train part 2

Assalamualaikum..

Hari ni hari ke 24 aku start train muna untuk tidak pakai diaper di siang hari. Tajuk memang potty train, tapi aku tak beli pon 'potty' untuk 'train' muna.

Yang tak tau ape tu potty..ni dia:





Perkembangan selama lebih tiga minggu ni agak memberansangkan, sebab walaupun dia pakai diapers sebab dah waktu tidur dia still mencangkung n mintak kebenaran untuk buang air kecil..

Ada satu hari tu dia demam..dia tetap nak berak kat jamban. Jamban kampung biasalah, jenis cangkung je, memang aku kene pegang la ketiak dia sampai selesai dia buang air besar. Huhuu.

Tapi....tetap ada waktunya dia tak sempat bagitau aku dia dah kencing baru bagitau. So aku kena selalu pantau. Maksudnya tanya, "muna nak kemeh sik?"



Yang kat mulut tu tatau la bila nak buang. Haihs.

Friday, October 17, 2014

Picky eater

Assalamualaikum..

(Publish entry yang lama duk kat draft)

Muna ni jenis yang lambat tumbuh gigi..umur 11 bulan baru nak tumbuh gigi dua batang kat bawah. Hihi.

Lepas tu gigi dia tumbuh la secara ber peringkat..aku dah tak ingat sangat mana dulu tapi yang pasti mesti dua batang sekaligus. Cuma geraham dia pegi tumbuh 4 batang serentak..huhu..masa tu ragam muna pon memang boleh tahan la..

Now at almost 2y1m, gigi depan dah penuh, senang dia nak makan. Bestnyer.. Tp perangai picky eater tu tetap ade la.






Suka tengok dia kunyah2 makanan. Hehe. Dahla penggeli. Sikit je salah, termakan cebisan kertas halus pun dah nak termuntah macam ape je bunyinya.



Ngade kan. Macam dah besar je.





Mula2 pakai sudu..tapi macam susah sangat je.





Hurmm nak makan aper ye...





Popcorn pon sedapp..




Choki choki anyone?




Ok dah kenyang. Nak gi mane pasni mama?




Adoii, makan pon bawak teddy bear.




Macam mak datin je gayanya. Haha..


Kenapalah mak kau ni tak picky eater yer. Dapat la slim sikit. Hewhew. Kbyee

Thursday, October 16, 2014

Banyak cakap

Assalamualaikum..

Update pasal muna. Budak kecik yang makin petah bercakap. Semalam dia 2y1m1d.

Situasi 1:

Aku tengah berborak dengan bapak mertua..dia cakap kakak ipar aku takde kat rumah..aku gitau la oh, dia bawak atiq pergi hospital.

Then muna tanya

"kenapa abang atiq pegi hospital mak?"
"sebab abang atiq tak sihat"
" kenapa abang atiq tak sihat? Dia demam ke?"

Situasi 2

Aku ngan dia baru lepas mandi. Ye, kitorang mandi sesama kadang2. Aku ambik baju. Then dia cakap:

"mak kenapa ambik baju ni? Tak cantik. Nanti orang mengata pulak (anok)"

Situasi 3

Aku ngan muna tengah tengok tv. Ade sorang dato' ni main ipad. Aku bagitau muna, ha tu muna ipad. Nanti mama belikan muna ye. (cadang nak beli sebab dia selalu kacau aku pegang fon. Memang aku tak dapat nak pegang fon lansung)

Then muna cakap:

"taknak lah besa macamtu. Nak yang kecik je"

Hmmm. Kakak ipar aku cakap, muna ni umur baru 2 tahun, tapi cakap dah macam org tua. Hihihihi.

Syukur alhamdulillah untuk ini. Aku doakan muna membesar dengan sihat dan jadi anak yamg solehah dah bijak pandai. Aminnnn.

Monday, October 6, 2014

Muna's 2nd birthday

Assalamualaikum...

Kesinambungan entri [TEASER] muna's birthday dress.

My princess is now two! Wah cepat giler masa berlalu..rasa macam baru haritu je celebrate birthday yang pertama..huhu



Tahun lepas ada la jugak masak2 n prepare backdrop yang walaupun tu. Hehe. Tahun ni rasa malas la pulak..bz sikit. Tapi tetap nak muna bergambar ngan kek.

Baju yang muna pakai ni, pagi tu jugak aku jahit, masa dia tengah tido. Naseb baik siap! Haha














Bukan main lagi eh..dia suka je semua dress yang aku buat untuk dia..selagi aku mampu jahit sendiri aku akan jahit sendiri je la..lebih puas hati.











Masa ni, dah malam..tunggu papamuna hantar kek..sebab dia ade keje kat luar so tak dapat join. Sobs..aku just panggil kazen2 muna untuk bagi meriah sikit la di mata muna..ade tukang nyanyi n makan kek n snacks sama2.

Dah dua tahun ni best sikit..dia excited sebab ade pegi birthday party kawan2 dia n dah tau nak nyanyi n tiup lilin..macam happy je aku tengok. Hihi




Susah jugak nak ambik gambar dia..duk goyang2 layan lagu birthday..haha





Sorry kualiti gambar memang terok.


P/s: baju dia ada perbezaan kan....dari entry teaser yang lepas? Aku pegi tetas balik lace yg aku jahit kat pinggang tu. Aku pon tatau kenapa. Haha.Headband dia tu ekceli aku beli bunga2 yang guna meter utk beli tu..aku just tambah getah kat belakang. Pon last minit punya idea.

Ok, dah ngantuk. Nanite~ thanks for reading :)



Sw33t dr3@ms....

Saturday, October 4, 2014

[TEASER] muna's birthday dress

Assalamualaikum..

Birthday muna dah lepas pun..hehe. Takde buat party ke ape..tapi dah aku suka wat dress dia, haruslah ada dress untuk birthday kan..hihi

Tu kite cerita nanti. Now nak tunjuk gambar masa fitting dress tu aritu..aritu birthday, aritu jugak mak jahit. Tapi dah lama pikir design dalam kepala. Haha.

Masa ni muna baru bangun dari nap tengah hari..tu yang sampai menguap tu..hihi. Tapi dia layankan aje maknya ni..muah2 syg dier..






















Ok..sekian saje untuk hari ini..nanti aku rajin aku wat entry untuk sesi tiup lilin..haha byee

Friday, October 3, 2014

Redha

Assalamualaikum..
salam jumaat hari penuh barakah.

Ehehe. Saje nak share ni. Dapat dari fb n google.






Apa2 pun, kena belajar jadi manusia yang redha dengan ketentuanNya..

(Peringatan untuk diri sendiri)

Kbye :)

Thursday, October 2, 2014

Potty train part 1

Assalamualaikum..

Hari ni hari keenam aku start potty train muna..muna pun dah dua tahun 14 sept lepas..dan dia pun dah pandai cakap.

Aku pulak full time housewife..dapat pantau sendiri..

Ntah tetiba aku macam terpikir, why not, why not i start now? So bermulalah segalanya 26 sept yang lepas..rugi pulak tak mula awal sikit..ni semua pun berkat tunjuk ajar kakak2 ipar..tu yg rasa semangat sket. Hihii

Untuk permulaan ni, aku train dia waktu pagi sahaja..sbb tengah hari dah tido, mesti la pakai diaper kan. Target aku utk 6 bulan pertama sejak potty training ni, dia dah tak perlu diaper utk siang hari dan pandai bagitau bila nak kencing or poo poo. Doakan kami ya. Thank youu.

Lepas tu baru nak move on ke bahagian malam. I dont know if we will reach the target, but we can try. But the sooner the better, of course. Cewah!

One thing about muna is, aku perasan sejak dia baby2 lagi..senang je nak tau if dia nak berak. Boleh nampak dari muka dia. Dan kelakuan dia. Dia kan suka berceloteh.. So if tetiba senyap n pegi satu corner means nak berak la tu. Aku slalu dapat agak dia nak poopoo even 1 minute before she actually did pooped! Kahkah.

Hari ni, tertulis lagi satu detik bersejarah muna. Dia cakap dia nak kencing tapi aku tau dia maksudkan nak berak. Cecepat aku bawak dia gi toilet. Like berlari anak ok. Pastu jenuh jugak la aku tunggu dia sebab jamban jenis cangkung. Huhu. Aku pegang n support kat ketiak n badan. Pastu bila dia teran n actually keluar najis tu..aku macam wahhhhh. Hahah. Indescribable larr feeling masa tu.

Okeh. Tu cerita progress day 6. Nanti sambung lagi. Nah gambar muna masa baby. Kalau dia teran, mesti muka dia jadi macam tersenyum.




...dan everytime aku tengok mesti aku geli hati dan senyum sama. Bak kata omputih...smile is contagious~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...