Thursday, October 16, 2014

Banyak cakap

Assalamualaikum..

Update pasal muna. Budak kecik yang makin petah bercakap. Semalam dia 2y1m1d.

Situasi 1:

Aku tengah berborak dengan bapak mertua..dia cakap kakak ipar aku takde kat rumah..aku gitau la oh, dia bawak atiq pergi hospital.

Then muna tanya

"kenapa abang atiq pegi hospital mak?"
"sebab abang atiq tak sihat"
" kenapa abang atiq tak sihat? Dia demam ke?"

Situasi 2

Aku ngan dia baru lepas mandi. Ye, kitorang mandi sesama kadang2. Aku ambik baju. Then dia cakap:

"mak kenapa ambik baju ni? Tak cantik. Nanti orang mengata pulak (anok)"

Situasi 3

Aku ngan muna tengah tengok tv. Ade sorang dato' ni main ipad. Aku bagitau muna, ha tu muna ipad. Nanti mama belikan muna ye. (cadang nak beli sebab dia selalu kacau aku pegang fon. Memang aku tak dapat nak pegang fon lansung)

Then muna cakap:

"taknak lah besa macamtu. Nak yang kecik je"

Hmmm. Kakak ipar aku cakap, muna ni umur baru 2 tahun, tapi cakap dah macam org tua. Hihihihi.

Syukur alhamdulillah untuk ini. Aku doakan muna membesar dengan sihat dan jadi anak yamg solehah dah bijak pandai. Aminnnn.

1 comment:

  1. best kan layan budak petah ni..syukur lah..aku pun suka layan yaya borak..

    ReplyDelete

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...