Friday, January 15, 2016

Setahun

Assalamualaikum..

Hari ni genap setahun aku bekerja as a gov servant. alhamdulillah..walaupun tak kaya mana (haha) tapi so far so good..rezeki tu bukan hanya hadir sebagai wang ringgit sahaja...

Especially part tinggal kat Tabut ni..dalam sekolah. aku sangat suka environment kat sini. pedalaman..tak ada pencemaran..hidup sederhana..dan yang paling penting aku dapat tengok anak2 aku masa waktu bekerja! pernah sekali je miss lunch dengan muna sebab aku ada taklimat kat sri aman..selain tu, i have never missed lunch time dengan si kecik tu. lagi2 kalau aku lewat sikit banyak kerja, dia kata dia tunggu mama..nak makan sama.. huhuu..so touched.

Masa mula-mula dapat tau posting kat sini memang sedih gile..risau..5 jam perjalanan dari rumah mertua. tapi sebenarnya posting kat sini ialah satu rahmat dari Allah swt kat aku n keluarga kecil aku ni..sebab aku dah lama mengidam nak tinggal rumah sendiri..berdikari..Alhamdulillah..betul jugak kan. pada Dia tempat kita meminta. sebak pulak rasa..aku minta dikurniakan anak lelaki, termakbul juga pada masa yang sama..Adam sekarang nak masuk 6 bulan. syukur tak terhingga sebab semuanya dipermudahkan.



Ni pemandangan aku balik rumah yang sekangkang kera je dari opis tu. muna memang minat sangat melukis..aku n apak dia support je ape pun minat dia, insyaallah..

Hidup ini indah~

till next entry 😊

Friday, January 8, 2016

jangan terlalu berkira

Assalamualaikum..

semalam aku pegi sri aman sebab nak pegi asb..nak keluarkan duit je pun. perjalanan ambik masa lebih dua jam.

pastu datang2 dapat ni:



gilee..lama tu nak kene tunggu. nasiblaa aku tau boleh keluarkan kat pos opis. so bergegas la pegi ke pejabat pos n dapat ni:



satu nombor je! lepas tekan nombor terus kena panggil. hehe.

tu je nak cerita sebenarnya..nak ambik mood blogging balik...i know i've been a lazy blogger. hehe

it's important to have plan B. tapi segalanya thanks to Allah swt, urusan aku dipermudahkan...

ni nak pesan sikit,



pesanan untuk diri sendiri juga...mari sama2 memudahkan urusan sesama kita..especially kita yang government servant ni..

okbye

Thursday, November 26, 2015

muna dalili 3 tahun 2 bulan






assalamualaikum..

sambil menunggu ni, baguslah aku update blog. hehe...macam lama sangat tak share pasal si kakak muna.

sayang muna. aku bersyukur sebab hari2 boleh tengok dan main dengan dia..tengok dia membesar...hari2 ada je akal dia buat aku kagum. anything pasal anak sendiri memang menggembirakan.tak lupa jugak adam mirza..happiness!

sekarang ni aku menunggu khabar bestie aku si mimi ni jugak..dah beranak ke belum?? teruja dengar orang nak beranak..dia belum reply whatsapp pagi tadi. belum read. hopefully semua mudah, lancar dan selamat. amin..

hari ni jugak birthday bestie lagi sorang, naz. pregnant jugak, due mac. i pray for her jugak. semoga dipermudahkan segalanya ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...