Tuesday, September 13, 2016

tak mampu kata apa-apa

aku cuti seminggu.. jumaat lepas balik samarahan sampai jumaat ni, hari malaysia.


banyak jugak program sepanjang cuti ni. isnin raya haji, rabu birthday Muna. makan timeee. 

Monday, September 5, 2016

Dinner di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman

Diet, diet jugak. Dinner tetap pergi. hehe. Nasib baik aku diet Atkins, dia tak kira kalori, boleh makan puas-puas tapi kena pilih makanan yang no carbs la. Ada jugak carbs sebenarnya kat kuah-kuah, sos-sos semua tu. Tapi takpe, aku rasa masih terkawal. Aku RASA la..haha





Jumaat malam 26 Ogos lepas sebenarnya. aku baru terhegeh-hegeh nak post. Macam dah selalu je dinner kat hotel ni sampai aku rasa aku boleh hafal lah dia punya menu. Mula2 dimsum n the gang, pastu sup, nasi, ayam, ikan, sayur campur, daging dan lastly buah. Boleh tahan jugak sedap.

bila dah boring disuruh pose. hehe
ni baru betul pose...hihi..

with cikgu suhana..jiran sebelah rumah merangkap driver . haha

muna with cikgu jay..muna malu-malu..haha kiut la anak dara mama ni
progress diet? dah turun 10 kg  ;) 
semoga aku istiqomah la dengan diet atkins yang aku buat sekarang. teringin nak kurus. hehe..

Monday, August 29, 2016

Adam Mirza 1y 1m 1w

Jarang aku cerita pasal anak lelaki aku yang sorang ni. Adam Mirza.. Semalam bawak dia dan kakaknya berjalan2 di pasar.

mula2 aku cakap kat a.d, camne ni larat ke nak dukung dia. jauh gak nak jalan ni. dahla panas. pastu a.d cakap takpe la dia larat nak dukung Adam.

singgah kat satu gerai jual air ni, kebetulan orang kampung a.d yang punya. jiran selang serumah je. dia cakap pakaikan je la kasut, suruh dia berjalan.

.
.
.

krikk..krikk
.
.
.
.
.









Aku ngan a.d dua2 blur. nape laaa tak terfikir nak suruh Adam berjalan je? LOL. mesti dia lagi suka. hehe. setel masalah lenguh tangan dukung dia.

Adam 11.5kg..makan tak memilih..suka menjerit, tak dapat nak peluk dia lama2 ( geramnyaa). Adam pandai jalan awal ramadhan lepas. umur dia 10 bulan lebih. kakaknya 1y2m baru dapat kaki. kira awal lah Adam berjalan. Alhamdulillah 👏

baby memang cepat besar kan? tak terasa masa berlalu. sekarang aku ada 2 toddlers. Muna & Adam~ indahnya kalau ada baby lagi. ehhhh?? haha

saling mengerti itu indah



just sharing..ada benarnya kan?

Sunday, August 28, 2016

I sew : Kurung Moden Mini for Nadia

Orang cantik pakai apa pun cantik...betul tak? sebelum raya haritu nadia poslaju kain kat aku (KL to Srwk) , sekali tengok, wow kaler..ceria. heheh. aku pun tanya la, ni nak jahit fesyen apa? dia cakap 'pepandai la, ko kan slalu design baju muna'

Lama jugak aku berfikir...cane ni..akhirnya aku rasa nak buat desgin simple je, Kurung Moden Mini .. kain jenis 7 panel ..sesuai dengan nadia ni..seorang yang simple..kecik je orang nya.





Lepas raya haritu, aku asyik tanya 'bila ko nak pakai baju tu yaa?'..hahah..risau pulak kalau tak cantik..ada lagi satu jubah aku jahit jugak tapi tak tau kat mana gambarnya. fon aku penuh dengan gambar T_T

cakap pasal gambar, hasben nadia ni seorang part time photographer. so no wonder la gambar ni cun sangat, aku suka. untung ada tukang ambik gambar. 

tq bff for supporting my passion~

till i write again..Assalamualaikum :) 

Thursday, August 25, 2016

officially an atkiner

Psstt.. i'm on a diet. malunyaa nak ngaku. tapi xde hal la. at least ada usaha nak mengubah diri menjadi lebih baik kann? Sebelum puasa hari tu dah start diet atkins ni, ada la turun dalam 5kg. pastu raya, TERstop kejap. tak sampai hati tak makan sedap! (haha macam mana nak kuruss).

Okay sekarang aku nak start balik. slowly but surely. ramai yang dah buat diet ni kan. tapi aku baruuu nak mencuba. aku share salah satu menu untuk fasa pertama okay. sedap sangat! dan yang paling penting, senang nak masak.


daging cincang dan telur mata (banjir)

watermark yang asal ada je. haha
aku selalu tengok kat fb.. menu diet atkins..aku tengah dalam fasa 1 ni. diet ni tak sama dengan diet kalori tau. so mohon jangan kecam. btw daging tu terbuat banyak, so tak habis pun. simpan dalam peti ais nanti makan lagi :P


aku ambik resepi kat sini

gambar ni credit to owner fb : Nabila Zaidi. banyak menu best!
tu kisah dinner malam tadi. aku taip entry ni dengan penuh bersusah payah sebab line internet tak stabil. gigih nak update. hehe kbai.


Tuesday, August 23, 2016

Borak Kosong

Lama sangat tak bukak blog ni sampai aku tak ingat dah design dia, layout dia macam mana. Bukan tak nak update selalu tapi aku asyik berfikir je, rasa macam nak private kan aje. tapi nanti siapa nak baca? haha. aku menulis pon bukan sebab nak ramai orang baca. entahlahh susah nak put into words apa yang aku nak.

Tak nak la share banyak sangat kisah peribadi. hehe macam la ada orang nak tau. tapi just tak selesa la kot sebab zaman sekarang ni..paham-paham je la. semua di hujung jari..gituu. kalau boleh nak share benda-benda yang boleh bagi manfaat kat orang, and at the same time i dont lose my identity. cewah! Everytime baca blog lain macam ada semangat nak update blog. tapi bila nak upload gambar macam..eh belum watermark la apa..terus tak jadi. 

Busy sangat sekarang. Selain kerja hakiki (office hours), nak handle online biz @coolkids_collection ..menjahit jugak..my passion "byilyamel".. semua la aku nak buat. haha. Tambahan lagi dah jadi mak anak dua ni memang tak menang tangan. orang kata kalau anak dah tiga nanti baru okay. ye ke? 
Tengok laa sampai bila mood rajin ni.

.
.
.

scroll...scroll...entry lama...

.
.
.


ok

kelakar sangat. hahahahaha

takpe. semua tu kenangannn ;)


Friday, April 15, 2016

tutorial shawl elfira loy

assalamualikum

klik this link below n enjoy!

tutorial shawl ala elfira loy

Sebenarnya save untuk rujukan sendiri.

my first attempt tapi macam lain sikit dari cara model dalam video tu buat.



kena selalu praktis ni baru jadi..hehe..biar la orang nak kate muka bulat la tak sesuai la asalkan aku sukaaa

ok bye

Friday, March 18, 2016

Tailor Pun Nak Raya..

assalamualaikum...



gambar hiasan

★★★

Rintihan seorang tukang jahit....

Source: ALICE.COTTON

Hargai insan yang menghiasi diri anda dengan pakaian yang cantik..OH my tailor.. i love u..

Kisah ini adalah perkara yang dilema yang di lalui oleh si tukang jahit..

1. TAK MENANG TANGAN
Ambil tempahan bagai nak rak.. alih2 tak sempat nak kejar due date.. Bukan pasal tamak sangat nak ambil tempahan.. dah kata tutup tempahan pun masih dirayu2 oleh customer minta tolong jahitkan.. Kesian nak tak nak ambil la jugak ..Nak menolak dah asyik kena rayu kan.

2. MESIN MERAGAM
Dan2 last2 minit nkk kejar tempahan customer.. boleh plak mesin jahit merajuk. Mau tak menggelupor kawan cari pomen on d spot. Nak jahit tgn oh mmg tidak lah kan

3.KAIN YANG SUSAH
Bila keadaan genting ni dapat plak kain yg susah2. ditambah plak dengan lining, batu, tampal lace. Masa ni lah terasa azabnye menjahit dan kalau leh nak letak harga tinggi kan . Kain2 jenis ni lah yang buat kita hold dulu.. Last2 baru jahit . Klau tidak leh spoil mood menjahit

4.CUSTOMER BYK SONGEH
Songeh customer la yang paling byk kita kena hadapi.. orang kata dh taknak ambil tempahan, dia paksa2 gak kita jahit. Bila kita kata mmg tak sempat jahit utk raya.. lepas raya baru siap.. Mula2 setuju. Tup2 sehari sebelum raya dah sebok mintak baju.. Ape kes kan .. Pastu bila kita kata baju mmg kita tak jahit.. Dah dia plak bising kate kita ni tak tepati janji. Ada juga pada awlnye nak suruh buat fesyen lain . Bila kita dah potong tibe2 nak fesyen lain plak .

Ada jugak jenis customer yang dah htr baju awl 3 bulan untuk raya. Masa tu bdn sihat. Bila dah ambil baju .. badan dia dh susut. Tak pasal2 nk kena alter. Lepas tu karang .. bila dh raya nak suruh alter semula bagi baju tu besar. Jadi kena la xplen awl2 term n condition kalau nak alter berulang2 kali.

5.CUSTOMER TAK FAHAM BAHASA
Pernah berlaku pada saya..saya kata tempahan tutup dah sebab nak cuti raya.. pekerja pun dah sy luluskan cuti awl . customer cakap " Suruh la dorang cancel cuti" . wah sonang nye cakap. Pastu dia ckp " alah awk bawak la mesin jahit tu sekali balik kg, boleh jahit kan ..?" siapkan baju dia. Mulalah dalam hati kata" wahwah wah ko ingat ko sorang je nak beraya..??" . Ada juga yang hantar last2 minit. pastu ckp" takpelah tak dpt seblum raya. Dapat siap masa Hari Raya kedua pun ok" . Abih kita ni tak reti nak pi beraya rumah sedare ke. Kompom sakit hati bila jumpa customer mcm ni yang pentingkan diri. Sape suruh htr last minit.

6.BAJU TAK BAYAR
Kita ni penat la bersengkang mata nak siapkan baju customer ni awal2.. Pakat seronok la kan bila dorang nak dtg ambil baju. Mana taknya dapat gak rezeki. Tup2 bila dtg katenye ambil dulu la. Nati cukup bulan baru bayar dengan muka tak bersalah. Kalau jenis hati mcm bunga tak terkata ape lah dibuatnya. Silap Hari bulan smpai berbulan2 pun tak bayar. Kalau sepasang dua .. leh sabar lagi. Ni kalau dah sampai 10 pasang.

7.BAJU SALAH POTONG
Nilah yang paling merisaukan dan boleh buat tukang jahit ni cuak sorang2 hahaha. Menggelabah kannn.. Apa nak jawab dengan customer nak2 plak harga kain tu ribu riban. Atau pun kain tu beli kat vietnam ke.. bandung ke.. korea ke.. . Nak menjawab dengan customer dah satu hal.. Jadi sebelum potong kain tu. Cek dulu cukup tak meter kain. KAdang2 beli kain pasang dh siap potong nama je 4 meter. Tapi bila bukak tak sampai pun .

8.TAWAR MENAWAR
Dah bagi harga murah.. tawar plak lagi.. bagi bagi je harga tinggi siap2 utk ditawar menawar. Nak plak bila harga barang2 dah naik.. Nak la jugak naikkan harga. Memangla harga benang baru 80sen.. takkan nak naik smpai berhengget kan.. tapi org tak nampak kos lain yang kita gunakan.. minyak nak pi tmpat kerja, parking nak bayar masa beli brg jahit. elektrik dan sebagainya.

9.LAST MINIT
Ni dh jadi lumrah kehidupan tukang jahit.. Kalau tak last minit bukan tukang jahit .. Tapi kesian jugak pada yang customer yang htr awal.. kita janji leh siap awl.. Lain kali bgtau customer yang tempoh masa kita ni lama. kalau customer sanggup tunggu.. Alhamdulillah. Ada yang dah samapi depan pintu kedai pun terhegeh2 nak menjahit. Apepun jangan bg harapan tinggi kepada customer.. Kesian dorang.

10. FAMILI TERABAI
Nak mengejar siapkan tempahan.. orang sekeliling pun kita dah tak peduli. Kadang2 makan pun beli je kat kedai. Nak masak2 karang ilangplak mood menjahit di kala waktu hujung2 ni. Suami kat sebelah pun tak dapat nk bg layanan istimewa . Maklum lah dari selepas Subuh hingga ke sebelum Subuh esok dok merempit depan mesin. Nasibla cik abag sape suruh kawen dengan tukang jahit. Ada masa baju famili sendiri mmg tak dpt disiapkan gara2 menyiapkan baju customer. Dlm kepala yang penting tempahan dapat siap dulu.

Kelakar jugak tengok gelagat tukang jahit ni bila waktu nak raya.. lagi dekat nak abih Ramadhan lagi berdebar2. Jam tu taktau la berapa kali tengok. Hari2 menghitung hari . hehehe.. Inilah life sebagai tukang jahit yang kerjayanya mmg seorang tukang jahit.

Uall yang menghargai tailor, silalah tempah awal... tailor pun nk raya :)

★★★



99.99% apa yang dia cakap tu betul. hahah aku dah alami..sebab tu aku tak bukak tempahan dah sejak mengandungkan Adam. bukan nak tolak rezeki tapi memang kain orang yg ada sekarang ni pun aku bertungkus lumus nak siapkan. apatah lagi kalau ada tempahan untuk raya. satu family tu kadang bukan sepasang je baju nak di tempah.

apa pun, menjahit tu memang dah sebati dengan aku..aku tetap menjahit selagi terdaya..kata omputih, this is my passion.. hikhik. kalau tak jahit baju orang pun jahit baju sendiri lar..

ok till next entry. byee

Thursday, January 21, 2016

duduk goyang kaki je pun boleh buat duit

assalamualaikum...



betul lah kan. duduk, goyang kaki, then dapat duit. hehehe. jangan marah...

aku masih minat dan suka dengan aktiviti ni. memang ada hikmah jugak masa kontrak kerja jadi fasilitator schoolnet dulu tamat. aku ambik inisiatif untuk menjana pendapatan melalui menjahit..slow2 start.

sekarang alhamdulillah..walaupun aku dah pindah duk kat lubok antu ni, masih ramai yang bertanya..aku pulak rasa bersalah nak menolak. tapi kalau tak tolak aku pulak yang tersiksa. sekarang dah kerja tetap..ada baby kecik ngan anak umur 3 tahun lebih. masa agak terhad..huhu..

apa pun kalau yang membaca ni aku pernah jahit baju awak2, terima kasih tau. tanpa anda..siapa lah saya.

cewahh!

Tuesday, January 19, 2016

pesanan kepasa semua ibu bapa...

Assalamualaikum..

nak share sikit apa yang aku dapat melalui whatsapp group. yang baik kita ambik yang buruk kita buang ok? kita yang ada anak..harus baca ni..renung2kan dan selamat beramal.

Pesanan untuk semua ibu bapa... cikgu juga adalah ibu bapa pd seseorang anak... peringatan untuk semua... mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin...

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam Al-Quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tepuk dada, tanya hati.

Friday, January 15, 2016

Setahun

Assalamualaikum..

Hari ni genap setahun aku bekerja as a gov servant. alhamdulillah..walaupun tak kaya mana (haha) tapi so far so good..rezeki tu bukan hanya hadir sebagai wang ringgit sahaja...

Especially part tinggal kat Tabut ni..dalam sekolah. aku sangat suka environment kat sini. pedalaman..tak ada pencemaran..hidup sederhana..dan yang paling penting aku dapat tengok anak2 aku masa waktu bekerja! pernah sekali je miss lunch dengan muna sebab aku ada taklimat kat sri aman..selain tu, i have never missed lunch time dengan si kecik tu. lagi2 kalau aku lewat sikit banyak kerja, dia kata dia tunggu mama..nak makan sama.. huhuu..so touched.

Masa mula-mula dapat tau posting kat sini memang sedih gile..risau..5 jam perjalanan dari rumah mertua. tapi sebenarnya posting kat sini ialah satu rahmat dari Allah swt kat aku n keluarga kecil aku ni..sebab aku dah lama mengidam nak tinggal rumah sendiri..berdikari..Alhamdulillah..betul jugak kan. pada Dia tempat kita meminta. sebak pulak rasa..aku minta dikurniakan anak lelaki, termakbul juga pada masa yang sama..Adam sekarang nak masuk 6 bulan. syukur tak terhingga sebab semuanya dipermudahkan.



Ni pemandangan aku balik rumah yang sekangkang kera je dari opis tu. muna memang minat sangat melukis..aku n apak dia support je ape pun minat dia, insyaallah..

Hidup ini indah~

till next entry 😊

Friday, January 8, 2016

jangan terlalu berkira

Assalamualaikum..

semalam aku pegi sri aman sebab nak pegi asb..nak keluarkan duit je pun. perjalanan ambik masa lebih dua jam.

pastu datang2 dapat ni:



gilee..lama tu nak kene tunggu. nasiblaa aku tau boleh keluarkan kat pos opis. so bergegas la pegi ke pejabat pos n dapat ni:



satu nombor je! lepas tekan nombor terus kena panggil. hehe.

tu je nak cerita sebenarnya..nak ambik mood blogging balik...i know i've been a lazy blogger. hehe

it's important to have plan B. tapi segalanya thanks to Allah swt, urusan aku dipermudahkan...

ni nak pesan sikit,



pesanan untuk diri sendiri juga...mari sama2 memudahkan urusan sesama kita..especially kita yang government servant ni..

okbye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...