Thursday, January 31, 2013

working mommy

ahhh...akhirnya gigih jugak aku log in blog kesayangan ni nak bagitau kat korang yang sekarang ni aku dah bekerja. yes! i am now a working mommy.. :')

aku rasa macam bermimpi je. eh betul ke ni? ceritanya camni, hari yang sama aku bawak muna gi checkup 4 bulan haritu (i owe an entry on this!) petang tu, ada sorang member aku ni datang rumah..dia tanya aku nak kerja tak? mula2 aku berat hati sangat nak tinggalkan muna..aku ingatkan aku akan jadi surirumah sampai dia at least dah besar sikit..dia baru 4 bulan lebih la kot. so masa member aku tu tanya, aku macam blur skit, macam ada mixed feelings. dia datang pun tak bagitau dulu sebab aku dah tukar phone number untuk kesekian kalinya. hehe.

tapi bila dah peluang datang macamni, rasa sayang pulak nak tolak. kalau korang perasan, kat entry aku pasal wishlist tu..aku kata 
"sekarang ni mood nak menjahit je..kalaulah aku ada masa nak gi kursus untuk belajar lebih mendalam lagi, kan seronok.."
Alhamdulillah, permintaan aku telah dikabulkan..terima kasih Ya Allah..dalam aku "berkursus" ni, aku juga dibayar. hihi..



gambar kat atas ni propa je...bukan aku yang buat pun..hehe..ni hasil kerja real student kepada bos aku ni..by the way, bos aku ni seorang guru yang mengajar jahitan..



ni lah hasil kerja aku...tapi, aku potong je...yang menjahitnya orang lain..sekarang ni pun terkial2 je aku buat pola baju nih. sbb ni la aku selalu takde masa nak online~



banyak lagi nak kena buat! setiap sorang, ada potongan badan yang berbeza kan...kerja aku la tu untuk melakar pola dan menggunting kain untuk dijahit..apa nama pekerjaan baru aku ni ek? ntahla..tapi apa yang pasti, im enjoying my new 'job'.

aku suka persekitaran kerja yang bebas..tempat kerja pun kat dalam rumah.. bila datang pagi, disuruh minum pagi, dah tengah hari, disuruh makan, dah petang sikit disuruh minum lagi. buat macam rumah sendiri. meaning to say, asalkan kerja siap, then ok. 

ini pun dah lebih dari yang aku mintak..boleh kerja flexible hours (selalunya aku start pukul 9:30 pagi dan balik pukul 4:30 petang), sabtu dan ahad cuti, salary based on berapa banyak aku dapat buat. asal rajin je la.one thing, aku tak tau ar sampai bila khidmat aku ni diperlukan..just go with the flow...as for me, i only have so much to learn ;)

Thursday, January 24, 2013

[ S.I.C ] tips segarkan kulit kepala

hello.....banyaknya nak dibebelkan, tapi masa tak ada. tak seperti selalu, asyik muka ni je update blog kan?

orait. hari ni aku nak share satu lagi tips yang aku sendiri dah tried n tested. berkesan jugak. kalau korang jenis yang cuci rambut tiap-tiap hari sebab kalau tak cuci sehari rasa berminyak je, tips ni memang sesuai. lagi2 yang macam aku ni, bukan je sekali sehari, tapi tiap kali mandi kalau tak cuci rambut rasa macam tak selesa je. tak segar. pulak tu, rambut jenis hutan hujan tropika, stok susah nak kering dengan cepat, sepenuhnya.

tapi yang tak best nya kalau kita kerap sangat cuci rambut dengan syampoo, conditioner, treatment etc3 tu...maknanya kita mendedahkan kulit kepala kita pada bahan kimia lah kan? hurm...dont like, dont like.

so kadang2 tu boleh la cuba alternatif yang lebih semula jadi. tadaaa~

pic googled



caranya:
cuba korang masa mandi tu ambik limau nipis 2-3 biji, belah dua. pastu pada rambut yang basah, korang perah limau tu. pastu gosok2 di seluruh kulit kepala dan korang akan rasa kesegaran yang serta merta! ok excited lebih..jangan lupa bilas bersih2 ye ;P

macam biasa, ini cara simple aku je, actually tips ni ex-jiran aku yang amalkan..ntah2 korang dah bertahun2 pun buat..tak kisah la kan..kalau nak explore lebih banyak pasal limau nipis dan khasiatnya, sila tanya pokcik gugel ye.

Saturday, January 19, 2013

last night

malam tadi pertama kali aku pegi melawat orang kat dalam wad ICU. sebelum pegi tu, rasa macam nerves je..aku ni bukan boleh tengok sangat orang sakit. taktau lah kenapa. sedih kot..masa masuk tu, dibenarkan sekali masuk 2 orang je. ni bukan macam wad biasa...dah nama pun unit rawatan rapi kan..masuk-masuk je mata aku dok melilau ke kenan ke kiri, kedepan..ada yang dalam bilik berdindingkan kaca dengan pesanan 'pelawat tak dibenarkan masuk' seorang perempuan tengah duduk atas katil yang dibengkokkan tu. kaku je dia. tapi dari mata kasar macam takde pape sakit teruk pun..hmm, ada yang dah tua, ada yang muda tak sedar, dalam tidur ke koma, aku tak pasti. ada yang baru saja disorong masuk ke bilik bercermin tu dengan perut yang sarat mengandung.

Ya Allah, apa agaknya yang dilalui mereka ni semua ye? sakit, itu pasti. tapi aku tertanya2 pulak apa yang diorang ni fikirkan..bagi aku 1 hari tu macam setahun je kalau ada dalam tu..siang berganti malam, ubat dah jadi makanan pulak.

actually aku pernah pegi ICU. tapi untuk baby punya masa my luna-luna di intubated. dalam sebulan tu , berulang alik samarahan-kuching. it is called NICU..neonatal intensive care unit. susah lah nak digambarkan dengan kata-kata. biarlah jadi kenangan abadi je. yang indah, yang pahit.

ape yang boleh aku kata ialah...... hidup ni sangat penuh dengan kejutan..bila-bila masa Allah s.w.t boleh tarik nikmat hidup dari kita.


p/s: aku harap aku akan sentiasa beringat benda ni..in sha Allah. dan aku doakan orang yang aku lawat tu akan cepat sembuh. malam ni ahli keluarga dia ada buat solat hajat. 

Tuesday, January 15, 2013

counting my blessings

kadang-kadang kita happy, kadang-kadang kita sedih. kadang-kadang gaduh, kadang-kadang sayang. tapi harini aku rasa aku happy dan aku sayang (uwekk)..hehe




papamuna masak ayam masak merah dengan nasi goreng sardin, faveret aku tuh..one more thing, tak payah masak tengah hari~

p/s: sekejap manok sekejap ayam, tak same ke bang? ;p

bila muna geram

2 hari sebelum ni ada makcik ni pegi rumah..dia jual kain..ala, kain getah tu..aku nak beli yang warna hitam punya..bukan pe, kain getah ni, sangat praktikal, boleh pakai dengan baju papepun...oklah, cukup cerita pasal kain..sebenarnya aku nak cite pasal muna lah..hehe

masa makcik tu pegi rumah, dia tanya, berapa bulan dah anak aku ni..aku pun jawab la sehari lagi dia dah 4 bulan..dia pun tanya lagi, apa yang muna dah pandai buat? err, aku pun kate la..belum pandai pape lagi...haha tu cara orang malas nak jawab..malas nak panjangkan perbualan..nanti kena compare lak dengan cucu2 dia..

masa muna sebulan lebih aku suka sangat dakap muna camni:


yang ni pulak aku saje2 je cuba niarapkan dia, tapi tak pastilah masa ni umur dia berapa, tapi kepala dia masa ni belum dapat tegak lagi..


masa ni pulak, dia dah suka menyenget, masa ni 2 bulan lebih camtu la:


masa ni pulak dah masuk 3 bulan, kepala dia dah dapat tegak sendiri! aku suka letak dia kat dada pastu dia berusaha nak tegakkan kepala dia, bila dia tengok muka aku, kadang2 dia senyum, so sweet ;)





masa ni dah tiga bulan lebih, dah suka dah dia meniarap, tapi aku la yang letak dia kat posisi camni, dia baru pandai menyenget je :


haa, yang ni pulak fresh from the oven...aku mbik tadi..tapi mood dia tak bagus ar...merengek je..tapi mama tetap sayang dia...hehehe (dia panas hati sebab aku tiarapkan dia)


pagi tadi muna buat surprise kat aku, dia macam biasala bangun sangat awal, (nak kejut aku solat subuh la tu kot..baik anak mama..heheh.) maybe dia bengang tengok aku tidooo je..so dia sengetkan badan dia ke aku..pastu aku tengok je..sekali tu dia tertiarap! 

pastu aku terus bangun dan tepuk2 tangan kat dia...makin suka dia, so dia buat lagi..kan babycenter kata kena puji pencapaian baby kita...haha..sebelum ni aku dok pikir2, bila la anak aku ni nak meniarap sendiri...at last, berjaya jugak dia..tapi kena buat dia geram dulu la.. hihi

oklah, tu je nak cerita, dah 4 bulan sehari dah anak aku ni...nanti aku wat entri dia checkup k..

Tuesday, January 8, 2013

[RESEPI] Sambal Kentang Ikan Bilis

dah dua hari berulang menu yang sama..to be honest, hari hari aku mengadap lauk ni pun takpe..wahaha..kentang tu sendiri dalam hidup aku ni ada pengertian yang sangat penting tau..pendek kata aku dan kentang memang serasi. Lolz.

tapi yang tak bestnya takde orang yang berkongsi pengertian tersebut dengan aku..sobs..not even papamuna...even kalau dia makan, kemungkinan besar dia nak ambik hati aku je...hoi hoi hoi penting sangat ke rasa hati aku ni..hehe..

kalau dah indon, tu indon juga la ye ;) originally, aku gilakan sambal kentang balado..tapi takde je tomato kat rumah time nak masak so aku buat sambal biasa je la..nanti ar aku buat sambal balado pulak..

pics googled:

perfection

...and more perfection

tambah pulak daging...memang superb

ok lah, sekarang jom tengok resepi aku pulak..Sambal Kentang Ikan Bilis:

bahan-bahan:

  1. kentang (jenis ape2 je, potong ikut suka hati)
  2. ikan bilis
  3. bawang merah/ bawang besar
  4. bawang putih (optional)
  5. asam keping
  6. cili kering yang diblend
  7. garam
  8. gula
  9. perasa (optional)
  10. sos tiram (optional)
  11. minyak masak


cara-cara memasak:

  1. panaskan minyak untuk menggoreng kentang dan ikan bilis, toskan minyak, letak tepi. 
  2. panaskan minyak untuk menumis pula..ada dua cara, boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang di tumbuk atau kalau malas masukkan je bawang besar yang dihiris. tumis hingga naik bau.
  3. pastu masukkan cili blend...tumis seketika. masa ni nak tambah sos tiram pon ok..
  4. masukkan garam, gula dan perasa 
  5. masukkan asam keping
  6. masukkan sedikit air..ingat, sedikit jer
  7. kacau rata supaya semua rasa sebati dan mencengkam jiwa...haha
  8. pastu bila kuah dah agak kering, masukkan ikan bilis dan kentang yang siap digoreng tadi. gaul sebati.
  9. it's ready to be eaten dengan nasi panas!


my version:





aku makan time pregnant dulu...pastu kena cherry berry..sebab siput tu kot..haha..

teringat pulak kat ex-coursemate aku masa kat uni dulu..belinda..susah payah dia pegi hiris2 kentang nipis2 pastu goreng pakai dapur elektrik, letak dalam plastik pastu bagi kat aku masa dia datang 'apartment' aku..im touched ;') 

Monday, January 7, 2013

l.o.v.e

apparently muna loves the webcam a little bit too much ;)

no sayang, mama said do not touch, ok~!

but she loves her mommy moreeee


oh...look at that grin. it spells 

Friday, January 4, 2013

like mother, like daughter?

masa aku tengah mandi tadi, my mil tanya, "eh is sikda air kah?"..aku pun heran kejap, nape dia tanya camtu? pastu aku pikir, oh, maybe dia tanya sebab tak dengar bunyi air. so aku jawab la "air ada, kmk mandik air panas tok, hehe" pastu dia pun jawab, "aih...air panaskah??" dengan nada mengusik.

sebab tu tak dengar bunyi air sebab aku gigih masak air dan prepare awal-awal air panas suam-suam kuku. lebih baik mengada mandi air panas dari tak mandi lansung kan? haha

patutlah selama ni, muna susah betul nak mandi air sejuk. kalau dimandikan dengan air biasa tanpa dicampur air panas memang meraunglah anak aku tu..tahap keluar urat kat leher...haha melampau ;p

kalau ada rumah sendiri, this is a must have:

pic googled

hurm...kalau ada duit lebih, might consider this one lah:

pic googled

haha berangannnn je keje. oh my, aku sangat suka mandi berendam dalam tub..huhu

ok muna, mama dah tanak paksa muna mandi air sejuk, walaupun orang kata mandi air sejuk nanti cepat besar...coz mama knows how it feels like kena curah dengan air sejuk. torture!

tapi takyah manje sangat eh, suam-suam je, takyah nak panas ala mandi hot spring, jacuzzi suma tu ;p

Wednesday, January 2, 2013

wishlist


hello bloggie, dah tahun 2013 rupanya..happy new year! so ape azam tahun ni?

er, malaslah nak share, nanti kalau tak tercapai, orang duk sibuk tanya pulak..hehe ada ke orang nak tanya? hurm, kira carry forward lah azam tahun lepas.

kalau nak difikir2kan, banyak betul benda yang aku nak buat..especially in sewing..hehe..aku nak beli machine baru, yang heavy duty punya, ececeh..dulu masa beli mesin yang aku pakai sekarang, first time pakai cam "wooh lajunye!" haha excited le kan. sekarang rasa cam kura2 dah..bukan sebab mesin tu dah worn out, tapi sebab dah naik skit level dari beginner ke intermediate..tapi aku rasa dah separa advanced gak ni..ahaha

...BUAH HATI...

si kura-kura "r u kidding me"
well worth the investment

hurm, dari segi diri sendiri pulak, aku nak kurus! kekeke..tak abis2..jaga kesihatan..cantik dalaman cantik luaran la camtu..hehe

macam-macam segi lagi sebenarnya aku nak perbaiki, tapi kalau nak ditulis semua, memang tak tido malam la ;)

sekarang ni mood nak menjahit je..kalaulah aku ada masa nak gi kursus untuk belajar lebih mendalam lagi, kan seronok..

...WISHLIST...

seriusly i need this:



nak buat koleksi! :

ada sapa2 nak bagi yang ni tak? :

santeknye!


seriusly, ada tak sape2 nak bagi hadiah mesin-mesin tersebut kat aqquuu ;p (ALL PICS GOOGLED)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...