Wednesday, November 27, 2013

3rd GA pearl by Moon


(klik gambar untuk ke entry giveaway Moon)

assalamualaikum..
aku kembali dengan entry giveaway (GA)...hehe..
macam best je GA kali ni. pasal pearls. aku suka kot pearls. 
dan untuk sertai GA ni, kita hanya perlu describe antara warna putih, peach dan hitam 
yang mana paling menggambarkan diri kita. 
sebelum tu....
jangan lupa tau like page jari bulan shop kat FB..iols dah..hehe
mudah kan???
jomlah join sekali..mana tau korang antara yang bertuah..

***********************

.: Bismillahirrahmanirrahim :.

my colour is  PEACH ~

eh bukan hitam ke? 
sebenarnya, hitam tu antara banyak2 kaler feveret aku, 
tapi aku rasa peach lebih sesuai untuk menggambarkan diri aku
pada aku, peach ni...kaler dia lembut. lebih2 lagi kalau pastel peach..pehh cantik nyer~
makeup pun aku suka warna peach, especially blusher
compact powder aku pun nama dia peach glow..(silky girl jek)
bertukar2 compact powder tapi still peach glow jugak yang betul2 blend dengan kulit aku ni
walaupun aku tak berapa nak putih...hehe
tapi aku suka sangat..serasi...

gambar tahun 2010. ambik gambar sebab nak tunjuk hasil mekap dalam kereta yang bergerak..hehe..abaikan pipi iteww


nak kata aku ni lembut, tak jugak...
ok lansung tak.
tapi boleh kata aku sukakan sesuatu yang bersifat lembut..taknak kasar2..
eh aku bukan cakap pasal permukaan lembut atau kasar..
tapi lebih kepada deria rasa aku yang mengada2 ni..haha
contohnya aku tak suka kalau orang marah2 aku..alololo anje tau
kalau nak marah aku, kena lembut2..dengan berhemah gituu
jangan meninggikan suara..aku tak suka...
tengok betapa "lembut" nya aku...hahaha
*tak boleh blah*

lagi satu, aku tak suka pening2 kan kepala...dwell dalam masalah hidup ni
bak kata orang putih, life's a peach!
bukanlah aku ni optimistik sangat..
tapi aku tak berapa suka dengan negative vibe...
walaupun hidup aku agak kucar kacir, aku tak suka nak merungut
dan tak suka nak dengar rungutan yang berpanjangan..huhu
so kalau sape2 suka moody dan suka merungut...tolong main jauh2 sikit boleh..
wahhhhh jujur sangat dah ni.

aku sukakan sesuatu yang simple,
walaupun kadang2 aku agak complicated
oklah..
sebelum aku bawak korang melencong lebih jauh
cukuplah tu..sambung bebel lain kali.
jom cuci mata jap

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

pic googled
cute baby pakai dress kaler peach, dengan pearls sebagai pelengkap gaya...homaiiii...

good luck korang yang join
yang belum tu..masih sempat lagi kalau nak join tau, sampai 30 november ni..
aku enjoy pulak buat entry ni

thanks 4 reading (",)

Monday, November 25, 2013

[D.I.Y] mengasah gunting fabrik

hai korang. tetiba aku up entry diy pulak..aku rasa benda ni penting, that's why aku nak share dengan korang semua...hehe. 

gunting fabrik yang aku guna sekarang, aku rasa aku beli masa tahun 2010. sampailah sekarang, cuma ada satu. boss aku beli gunting harga rm200. sesuailah dengan keperluan dia kan. huhu..untuk aku yang small scale ni aku guna yang rm9 jek. tapi alhamdulillah, dah banyak sangat berjasa.

sekitar minggu lepas, gunting aku buat hal, dah jadi tumpul pulak...pastu tetiba aku teringat kat satu tips ni..dia kata asah je gunting tu kat botol kaca...uiks..macam tak meyakinkan je.. tapi takpe, aku simpan je dalam kotak ingatan aku ni..hehe.

pic googled

sampailah hari ni, terus rasa nak mintak tolong papamuna asahkan guna botol kicap..walaupun rasa macam bodoh je..tapi ia berhasil! rasa macam guna gunting baru..kira boleh kata tried and tested la...hehe.selain botol kaca, dari pembacaan aku, boleh jugak guna jarum, screwdriver ke..kertas pasir (kerat2 dia) dan lain2 antara yang simple caranya. boleh gugel sendiri eh.

kalau tak dah ke tong sampah la gunting tu, beli baru habis cerita. nasib baik ada tips berguna ni. jimat duit den  ;)

Saturday, November 23, 2013

mommycha 1st giveaway

assalamualaikum.
nak jugakkk join GA mommycha
sebelum ni asyik terlepas je GA mommies yang lain..
bz kemain..haha..
cut the story short, jom click ramai2..ewah 


inilah penganjur GA ni. meet mommycha, ber 'sweet moment' dengan mikhail yang comey

 .: bismillahirrahmanirrahim :.

ramai dah join..gambar diorang menarik belaka lah..
still nak join? haha takper cuba nasib je
belek punya belek...aku pilih gambar ni


ini gambar candid masa majlis doa selamat muna
masa ni umur dia 5 bulan
aku pun tak perasan bila orang ambik gambar ni
aku duk sibuk bercakap dengan muna
macamlah muna paham kannn (^_^)
muna pun buat2 paham je laa..sian kat mama
tengok dahi anak beranak ni putih je lepas sesi tepung tawar
masa ni..macam tak sedar orang ramai di sekeliling
mama n muna dalam dunia sendiri
inilah mama & muna's moment yang sweet 

thanks 4 reading!
kbye ;)

Wednesday, November 20, 2013

my patience tank

phew~ 2 hari yang lepas memang penuh dengan cabaran. memang menguji kesabaran aku yang tak berapa nak ada ni..huhu..

gotta refuel my patience tank...

aku betul2 risau kan muna. dia taknak makan, taknak menyusu, taknak berenggang...yang dia tau nangis jee. muna jarang macam ni..dalam umur dia setahun dua bulan ni..kali ni dia buat aku betul2 risau. masa tengah dukung dia semalam, aku dukung sebelah tangan je masa tu..dia boleh terlentok kebelakang, sebab dah ngantuk sangatt. nasib baik aku cepat..

lepas dah tidokan dia, tak sampai 15 minit aku rasa dia meraung lagi..sampai aku suruh paknek dia panggil orang kampung yang pandai handle benda2 macam ni..aku memang tak pikir yang bukan2. tapi i'll do anything to make her feel better, berhenti menangis. sebab aku tak dapat tido. dan aku letih. lepas menjahit malam pulak tu. bila aku nak tido, muna pulak nangis, sampai ke pagi. semalam muna tido siang pun dia boleh mengigau dan mengamuk..

aku bersyukur sangat benda ni tak jadi masa dia still kecik..aku memang tak tau nak handle macam mana..nasib baik jugak aku masih tinggal dengan orang tua papamuna. orang kata kalau baby/ toddler demam ni, dia nak cari kepandaian. tapi muna dapat kaki tak demam pun. macam dah lama jugak dia tak demam..

aku rasa dia dah pandai luahkan perasaan sikit2. dah pandai sebut benda betul2..sebelum ni dia ikut je..yang paling obvious ialah "omok" iaitu sik mauk atau tak nak..sebelum ni dia dok sebut2 gak tapi sekarang dia dah tau bila nak guna perkataan tu.

satu lagi ialah "nyaman"..bila tengah makan, kalau sedap dia akan cakap "amannn"..dan selain tu dia akan pegang kaki sape2 dan cakap "khakhi"..ada lagi beberapa word lain tapi dia jarang sebut.

OMOK! sikit2 omok..sekali dengan adengan menepis. diva sangat kan. tapi alahai comey je suara kecik tu sebut..selalu aku cubit pipi dia..hehe

adakah itu first word dia?? sebelum ni dia 2 bulan lebih, dia pernah cakap bahasa korea. tengok video kat sini.. pastu masa 6 bulan lebih, dia sebut "mama" <3

Sunday, November 17, 2013

baby diva demam

hi korang..lama gak aku bertapa ek...haha..well nak buat camne kan...aku memang betul2 busy..sampai aku terpaksa tolak beberapa tempahan..tak boleh tamak weh..hehe..itu pun sekarang aku tengah bertungkus lumus siapkan tempahan yang dah lama sangat..ke aku buat keje slow? haha

tambahan pulak, baby diva demam...muna lah sape lagi..huhu..masa besday aku yang lepas 14 nov, merengek je keje dia..paknek dia kata, muna kalau nangis mana nak sikit...sampai nak terkeluar anak tekak, susah pujuk woo. yang aku perasan dia tak suka dipaksa. kalau dia kata taknak, means taknak. contohnya kalau nak suruh tido atau menyusu..kalau paksa, cari nahas laa kau. 

dia start demam semalam, 16 nov..tapi dalam demam2 agak sporting la jugak. bangun pun lewat, bangun2 je mama ajak bergambar..hehe

layan mama berwebcam...dah lama tak buat, kan sayang? hehe

muna cepat tiru perbuatan orang sekarang...semua benda yang kita sebut, dia dok ulang2...apa yang kita buat pun dia tiru..


sempat gak main cak2 dalam demam2..maknya pulak? tengah lipat kain ni haa..thanks for reading- ok got to go!

Sunday, November 10, 2013

regatta samarahan 2013

assalamualaikum....ni nak citer sket pasal regatta..

last time aku pegi masa 2011..masa tu blog aku ntah kemana..aku ntah kemana..so aku belum story lagi pasal regatta ni..masa tuh muna belum ada lagi...nak kate dalam proses pun belum lagi..haha..makanya..walaupun tanah agak basah2 moist ala choc moist cake, gigih jugak aku duk merayap sana sini, nak ambik gambar..hehe..cekidautt : 













ole2 cencaluk~ tahun ni tak ingat pulak nak beli
ni team bapak mertua aku ni..
jauh ni sebenarnya...aku duk zoom2..hehe
regatta atau lumba perahu ni memang bukan asing lagi untuk family papamuna..especially bapak mertua aku. kalau ada regatta, ada lah dia..tapi dia dah tak jadi pendayung tu la...dia jadi orang penting..sebelum nak dekat2 regatta diorang selalu meeting malam2..ada persatuan aku rasa...slalu jugak dengar pasal zaman kegemilangan dia...

one more thing, my fil ni pandai buat perahu.. ada gak orang cari dia suruh buat perahu...berseni jugak tangan paknek muna ni..halus kerja tangan dia..









*********************


ok, itu dulu.............perbezaan dulu dengan sekarang...kamera aku dah arwah dah...dan..semalam aku bawak muna pegi sekali~ tapi paham2 je la kan, bawak budak ni mane dapat nak pegi awal..so kitorang terlepas nak tengok perasmian majlis dan race belah pagi..



pantang tengok orang minum air pakai straw mesti dia nak gak

tak bleh blah betul anak dara aku ni kann... dia sendiri sambar straw tu tau..geram je aku tengok..haha

ni tengah layan keropok leko..baru reti duk diam sikit

baa cakk!

mata dah kuyu...mama n papa curi masa tido dia...huhu

papamuna cuba pujuk muna suh duk dalam stroller

takde maknenya dia nak...tengok kat belakang tu...banyak orang berjual macam2..kereta n perabot pun ada

pasrah je muna duk dalam stroller bila menyusu..mama mmg tak bawak tikar...last minute plan lah..ampunnn


jumpa abang a.p, bff papamuna ni..berniaga air..dia ada kantin kat smk bako 

teringat pulak pasar malam kat kl..kat sini takde pasar malam...pasar minggu jek..tu pun jauh di kuching

ntah apa dibincangkan...

ni jiran kitorang...part time jer nih..bagus eh.. ramai minat berniaga

yang ni pun kawan papamuna punya biz..bini tetiba baik hati nak belikan jersey kat laki..murah jek pon
tahun 2007 ada lah menang tempat ketiga...tahun ni? tak menang...huhu 
lelaju aku update ni..semangat. hehe..cuaca semalam sangat baik...tak panas...tak hujan...ada sikit je bahang2 panas..biasa ar, tengah hari kan. tapi mood muna tak ikut cuaca lah pulak...sian dia..nak tido tapi tak dapat..lepas 2-3 kali race, makan2 minum2 jalan2...kitorang pun balik..sampai rumah pukul 1:30pm...terus aku mandikan muna dan sama2 tido...-the end-

Wednesday, November 6, 2013

bila mak dan anak berpeplum...


eh mama lupa ni waktu tido muna...patutlah taknak senyum ;p

ok..ok..mama get it...kite balik eh?

alololo mata muna yang semakin mengecil...

*muka double chin pun nak tempek banyak2..haha*

kesinambungan entri teaser: test stitching yang lepas...alhamdulillah, legaaa nya rasa. mission accomplished~  aku nebes sangat takut tak sempat nak siapkan baju kak nani dengan 3 anaknya ni...hasben dia, dua pupu dengan papamuna, taknak sedondon..terang sangat katanya..biasa la lelaki kan.

jahit tangan tu...part border lace tu..

pelamin aniq..serba merah..ber spotlight bagai...

sesi tepung tawar

masa ni aniq senyum kat aku...tak sempat nak capture..hehe

family ni kira regular customer jugak la..(2 orang lagi anak perempuan dia aku buatkan jubah..ada kaf panjang kat tangan..tapi tak sempat aku nak ambik gambar ). even aku banyak keje, i just cant say no! err..biasanya dengan siapa2 pun aku tak reti nak tolak..padahal memang nak tolak je..sebab tak suka kerja menimbun...selalunya aku bagi hint 

"entahlah dapat ke tak saya siapkan baju ni..."..
"oh design ni susah sikit nak buat, sebab belum pernah buat.." 

tapi biasanya orang tak paham..tapi takkan laa orang dah datang rumah bawak kain baju, aku nak kata dengan nada selamba 

"sorry lah makcik, saya tak dapat nak jahit baju makcik sekarang ni sebab saya bz ni ha...banyak lagi baju yang belum saya jahit" 

mak aih..skema nye ayat...tapi tu lah..orang tua2 pesan, rezeki jangan ditolak...musuh jangan dicari..option yang tinggal, kena tambah sikit rajin tu, kena lebih sikit effort tu..baru kerja lancar...betul tak..

makin bz pulak bila dah stay kat umah ni..kena betul2 pandai bahagikan masa...




...sebab budak comot ni panjang betul langkah dia...baru pandai jalan, nak terus berlari...mesti anak korang pun macam tu kan..

p/s: hari tu muna terhantuk, nasib baik pernah terbaca tips dr halina ni, cepat kesan merah lebam tu hilang (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...