Friday, December 28, 2012

muna's third month checkup

ok, entri ni agak overdue sikit..tapi takpe, aku nak cerita jugak kisah checkup muna tempoh hari..alang2 dah ada edisi first n second..so ape kata kita teruskan je.. ;p hari ni muna dah genap 3 bulan setengah..

kalau ikutkan bz aku ni, sampai tahun depan la blog ni bersarang..cewah..tahun depan tinggal beberapa hari je lagi pun...haha..nanti lah aku buat entri pasal ke-busy-an aku ni..but for now, nak cerita pasal this liittle cutie pie:

muka nerves muna kat klinik ;p


masa kat klinik hari tu, ramai sangat orang...macam biasa la kan, tunggu kena panggil..masa menunggu tu muna sempat tido..mana taknya, boring menunggu lama...aku pun, kalau ada bantal ngan tilam memang tido punya..huahua....so aku layankan je la dia..orang lain aku tengok takde pun bawak bantal, tapi aku bawak je, untuk keselesaan muna..hehe..siap dengan selimut tu..dari first checkup camtu..manje tau.

muna ni kat mana-mana pun dia boleh tido..macam siapa tu ye? ;) alhamdulillah, setakat ni tak susah nak jaga dia..she is one cool baby and i am one lucky mommy~ (amboi3, nak puji baby sendiri je). headband yang dia pakai tu sekejap je dia pakai..pastu simpan dalam beg..pastu sampai ke sudah telanjang je kepala dia...huahua takpe la asalkan muna bahagia...tul tak?




tiba turn muna kena panggil, masa tu dia tengah tido..(bukan dia je tido, papamuna pun tetido2...like father like daughter la ni..) aku dah macam dapat agak, mesti nangis punya dia nanti...ye la, tido kena kacau..

nurse pun suruh timbang...nak taknak aku pun siap2 kan dia untuk ditimbang..dengan kesejukan kat klinik tu, ape lagi, nangis sekuat hati lah dia..sebab dia terkejut..huh..kelakar pun ada..tak dapat dipujuk dah..tapi time injection tak pulak dia nangis..dah habis air mata la tu...haha





suka sangat gambar kat atas ni...apalah agaknya yang dipikirkan muna tu? haha..masa ni dah  on the way balik...lepas kena injection..aku tak bagi dia panadol syrup tu sebab tinggal kat rumah..tak plan pun nak bagi, tengok dulu dia demam ke tak..lepas injection kali ni dia tak demam, takde pape pun perubahan aku tengok..macam biasa je dia. syukurlah ;)


perkembangan muna setakat ni:
  • berat baru je 4.7 kg masa checkup 3 bulan..naik setengah kilo je?
  • panjang bertambah 12cm sejak lahir
  • badan dia dah pejal sikit, senang nak bawak..
  • makin susah nak bagi mandi, suka berdiri dan banyak bergerak...licin tau!
  • suka diduduk, kalau dibaringkan, meraung..haha
  • suka bercakap, 'baby vocab' dah lebih meluas..terkumat kamit je mulut dia..hehe
  • leher dia dah stabil bila didukung
  • dapat memegang sesuatu dengan lebih baik
  • selalu temukan dua belah tangan macam dalam gambar kat atas
  • sangat alert dengan kehadiran mama dia ;))
  • dah pandai mengiring sikit-sikit (sendiri)
  • dah boleh meniarap setempat (dengan bantuan mama)
  • waktu tido yang yang lebih seragam
  • suka orang usik, suka ketawa
  • asyik melengkungkan badan, mintak didukung
  • pergerakan tangan dan kaki yang banyak, macam nak meloncat
  • suka tarik rambut sendiri..pelik betul ini budak
  • suka bukak mata besar-besar bila memerhati orang
  • suka buat buih2 dengan air liur..haha
  • bila tido mesti akan beralih tempat..ke sisi, atau kebawah..misteri tu ;p
  • dah reti menjerit...terkejut mama tau. hehe
  • hmm, ape lagi ek?


dear muna, cepatnya masa berlalu kan? mama harap muna dapat membesar dengan sempurna dan sihat sayang..itu yang mama selalu doakan..my prayers be with u  

2 comments:

  1. siyesly prkembangan dia mmg sama ngan yaya..so aku xprlu update sgt r psl yaya coz ko dh tau..hahaha.. geram lah aku tgk lili ni..:)

    ReplyDelete
  2. ala ko ni update je la kt blog ko...utk kenangan gak...klu malas copy paste je dr sini...hahah

    ReplyDelete

thanks for your comments (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...