Tuesday, May 29, 2012

6th months

is just two days away! wah cepatnya masa berlalu...tak lama lagi nak puasa..time tu maybe dah 7 bulan..last time pregnantkan kembar, aku tak puasa..hehe tak larat kalau tak makan..cakap pasal makan, lately ni aku rasa aku tak pilih makanan yang terbaik lah. i feel so guilty ;(

susu? susu ibu anmum materna yang saiz kecik pun aku tak larat nak habiskan..kotak dia dah kena buang tapi kalau tak silap within 1 month kena habiskan..masa tu baru nak masuk 12minggu aku dah start minum..tapi biasa la, masa mula2 je semangat..pastu slow...pastu tak minum lansung..masih banyak lebih...again, i feel so guilty! tapi aku agak rajin minum air soya. does that count?

image googled

sekarang perut dah obvious dah tapi still kakak ipar aku cakap perut aku tak besar..sama macam perut dia time tak pregnant..tu kata dia la..haha maybe sebab badan aku besar, so tak terbojol sangat kot perut ni..tapi papaluna cakap besar..that day, masa last check up, ada sorang nurse muda ni tekan-tekan perut aku, pastu sampai kat tulang pinggul..dia tekan..tekan..pastu dengan wajah kehairanan dia tanya, "eh apa ni?" aku cakap la, "err...tulang saya.." pastu dia hairan dan cakap "ye ke.." siap panggil kawan dia, then kawan dia cakap "baguslah tu, pinggul besar, senang nak beranak.."

Iliac bone lah yang dimaksudkan tu..tengok gambar bawah ni:

image from www.pregnancy-and-giving-birth.com


aku tak tau la nak gelak ke apa..is my pelvis THAT big??

Sunday, May 20, 2012

pitiful

last night i had a very long conversation with papaluna, despite having to wake up very early in the morning, he kept me accompanied, in fact he's the one who had more to say. we seldom chit chat but when we do, it seems never ending. i can say, we had a quality time understanding each other..more.

before that happened, he brought me to our fav hangout, a simple warong to have our dinner. i simply love to get fresh air at night since i had been in the house almost all day. we met an older couple which are our friends, and the wife asked me about my baby. i was startled at first, thinking was she asking about this baby? oh, i haven't met them for a long time, i guessed she was asking about my previous babies. i was sitting down eating, i doubt that she saw my big belly..well it's not that big by the way. so i said, my babies passed away. and she was pitiful towards me. and then the husband asked about my job. i said that i don't have a job at the moment, and again they were pitiful towards me.

indeed, the questions are pretty annoying but i guess it's just a matter of starting a conversation, and they meant well. i might be doing the same thing subconsciously. i guess we all do.

Saturday, May 19, 2012

mama is drooling

hi  earthlings. hari ni mari kita tengok makanan-makanan yang aku teringin nak makan as for now. skrg dah 22 weeks dan selera makan aku pun semakin menjadi-jadi! rasanya baby suka makan makanan cina, jepun dan korea sekarang ni. ayoyoyo

sebelum ni ade gak aku try buat kaniyaki sedap! kira ok lah. aku sendiri jugak yang makan, kan ;p

masa first trimester dia suka nasi ayam nasi ayam nasi ayam. pastu dia nak western. sekarang nampaknya dah bertukar angin pulak. ok mari kita cuci mata dengan gambar-gambar yang aku cari di google. (again, all the pics below i googled ok, not mine..) zass~


ini nama dia bulgogi japchae. tertengok kat dalam drama city hunter. ada daging yang diperap pastu digoreng dengan mee yang diperbuat dari sweet potato ke apa ntah.


egg tofu. chinese style. masa kecik dulu bapak aku selalu bawak gi makan kat kedai cina. mestilah yang halal punye kan..dia hidang pakai hot plate.sizzling wei.. ni tak risau leh buat sendiri..cuma malas je. hehe. 


ini pulak okonomiyaki. pizza jepun. ada macam-macam jenis ikut tekak masing2.. asas ingredient dia tepung, telur dan kobis..combination sos okonomiyaki dgn mayonis memang superb~ 


haa, nilah takoyaki. kenapa sedap sangata..tapi kenalah make sure halal..


ini pulak siew mai..sejenis dim sum..aku pernah gak beli yang frozen punya, papaluna tak minat sangat..aku habiskan semua! 


ini unagi. atau pun belut. yang ni dulu aku selalu beli versi bulat-bulat macam meatball tu..dah bertahun kot tak makan belut..hihi


sizzling yee mee. ada orang buat sedap, ada jugak yang tak sedap..dulu masa sekolah menengah selalu singgah kat food court kat uda ocean  nak makan ni. mesti ada cendawan hitam tu dan ayam..delicious!


wantan mee with chicken..sangat menggiurkan..aku rasa minyak bijan yang buat dia sedap tu, macam nasi ayam gak, kalau takde minyak bijan tak sedap. satu lagi, sambal tu mesti ada.


yong tau foo..yang ni selalu jual kat pasar malam kat kl..aku tak suka yang sup punya. selalu pilih yang ada sos..last time makan dengan papaluna kat tun jugah.dia tak suka! haha tak serasi kot.


masa tengah buat entri ni papaluna call. sempat aku pesan yong tau foo kat tepi jalan kat samariang sinun..tak taulah ada ke tak orang tu jual. 

eh..he's been out all day, rindu la pulak  (",)

Sunday, May 13, 2012

ptd's exam review

semalam pengalaman pertama ambik exam ptd..dah nak dekat 4 tahun grad. baru ambik. rasa cam nak buat review skit..hehe..sebelum exam tu memang tak sabar nak test tahap mana aku ni especially dalam hal isu-isu semasa. my only effort is watching the news on tv becos that's the easiest way. haha. kali ni first time exam bawak 'baby'..macam best je rasa..bila tengah break, cakap-cakap dengan baby..cakap dalam hati la (-.-")

sebelum ni aku tak pegi pun exam ni atas sebab2 yang tertentu. ceh..so how was the papers?

seksyen A : kalau exam ni berat kan markah kat paper am ni, memang tak lulus la..aku rasa tak lah fail, tapi tak cukup excellent la..kalau aku leh bagi markah kat diri sendiri, aku bagi c.


Friday, May 11, 2012

can u meet me halfway?

semalam pegi klinik untuk check up baby..teruja bila dengar baby's heartbeat..pakai doppler tu..first time untuk pregnancy kali ni..hari ni masuk 21 minggu 2 hari..kira halfway la nak sampai 40 minggu..dari check up bulan lepas, berat naik 100g je...sejak minggu 12, naik 900g. tak sampai 1 kg? hehe nurse bagitau, lepas ni berat akan naik dengan cepat..

macamni lah rupa baby 21 minggu..pic from babycenter.com


berita baik, bacaan hb aku naik 13.6. malam sebelum tu dah makan sate daging. nampaknya berkesan. hehe..kalau anemia nurse cakap nanti baby jadi kecik sebab tak cukup nutrient. rest assured baby, mama will do the best for you!('',)

pagi tu pulak saje2 gi register kat dekat dental klinik. kat atas je pun. since aku banyak masa why not kan gi servis gigi ni. dentist tu tiba-tiba cakap "minta maaf ya, saya nak tanya, cik ni pregnant ke" buat saspen je ingatkan ape la nak minta maaf segala. too polite..haha..so aku jawablah "ya" sambil tersenyum ala kambing gitu. haha. dia tanya lagi "ada masalah gigi ke? atau di refer ke sini?" aku pun jawab lah "er..tak saja2 je nak cuci gigi." pastu dia cakap "oh kalau macam tu kena buat appointment lah sebab hari ni orang cabut gigi" bla..bla..bla..so next month baru cuci gigi.sama hari dengan appointment pregnancy. yay! kali terakhir "dicuci" ialah kat sekolah dulu. harap-harap akan lebih rajin jumpa dentist pasni.

esok nak exam ptd for the first time. dah bersedia ke belum eh? tapi kalau diorang tanya soalan pasal city hunter konfem lulus punya sebab aku gigih habiskan sampai episod 20. huhu semakin aku pikir pasal exam, semakin gatal tangan pegi bukak cerita city hunter (T_T)

Tuesday, May 8, 2012

snacking

Hello earthlings..we meet again......today is world snacking day..haha..suka hati kau je ek...apa itu snack? wiki cakap snack ataupun  'makanan ringan' ialah:
"Makanan ringan atau kudapan (Inggris: snack) adalah istilah bagi makanan yang bukan merupakan menu utama (makan pagi, makan siang atau makan malam). Makanan yang dianggap makanan ringan adalah: sesuatu yang dimaksudkan untuk menghilangkan rasalapar seseorang sementara waktu, memberi sedikit pasokan tenaga ke tubuh, atau sesuatu yang dimakan untuk dinikmati rasanya"

aku rasa tak salah kot kalau sekali sekala kita indulge dengan snack. kena la pandai selang selikan dengan buah-buahan ke, sayur-sayuran ke..kalau strict sangat diet tu, boring la.. sebenarnya nak cakap sekarang ni mood nak snaaaacking aje...gambar-gambar ni semua ialah antara yang aku suka makan lately ni..(bukan dalam satu hari ok).ikut selera baby lah ni..hehe

ni inti untuk sandwich telur sebenarnya, dah siap terus makan, tak sempat bergambar

murtabak maggi! yum, sedap dan instant. serving suggestion, picit sos and mayonis kat atas murtabak ni..pastu makan pakai knife n fork..kelas kau maria.

waffle..aku ni pelik sikit, kalau makan waffle dengan butter sahaja. tak pandai makan dengan  benda lain..tapi yang a&w punya campur icecream tu sedap!

mashed potato instant, come to mamaaaa

tiramisu flavour. terbaikkk

eh ini snack ke main course? haha saiz kanak2 punya, snack lah kot..haha

keropok ikan...faveret everr! kat sini mahal gak, kena pandai pilih..kalau tak xde rasa ikan laa

awww...my childhood memory...emping blinjo/melinjo!


kek coklat dap dap dap papaluna buat..he's a great cook! (to me lar..)

suka makan anggur plus it's good for baby

more..for detox..hehe
makan pakai sudu baru style..papaluna ajar ;p
ok dah. ingat ye kawan-kawan, snacklah berpada-pada, terlebih makan jangan sekali..okies

remember this too:

"one moment on your lips, forever on your hips" 

the choice is yours
(◕‿-)

Monday, May 7, 2012

senarai ibu-ibu hamil

tahun 2012 ni memang ramai yang produktif die punye organ reproduktif..haha..teruja aku sebab ramai gile member sebaya yang hamil..ok ade jugak yang tak sebaya..cannot wait to see their babies..!

so here goes..mesti letak nama samaran..nanti tak privacy pulak fb diorang..

mimi, eka, hana, siti, jen, rozzy, kinah, darling, farehan, itri, suria, awin, arina, shikin, eton, angela

termasuk aku, 17 orang..! ramai kan?

Saturday, May 5, 2012

ptd's exam..what to expect?

finally, surat panggilan untuk exam dari spa sampai..sebelum ni dah 3 kali miss exam ni. kali pertama, dapat surat, 2 minggu lepas hantar permohonan dan blum grad pun. masa tu dah beli tiket pegi tanah borneo pulak. yang 2 kali lepas tu, surat tak sampai..tak tau lah surat tu terbang pergi mana, tengok-tengok status pendaftaran tidak menghadiri perperiksaan.



what to expect ah? exam kpli pun 2 kali tak lepas..kalau nak ikutkan nak sangat jadi ptd ni. tapi perjalanan dia macam amatlah sukar. mungkin paper lain aku ok lagi, tapi pasal pengetahuan am tu macam tak lepas je? haha.

kalau ada rezeki, tak ke mana...tapi kalau bukan rezeki, contohnya, nasi dalam mulut pun leh terkeluar balik..(from cerita midah kuih bangkit)

so, nak prepare sikit la. good luck to myself!

Thursday, May 3, 2012

dinner for two

or...dinner for three, perhaps? malam tadi tiba-tiba je papaluna ajak pegi dine in kat pizza hut...dah lama jugak tak makan pizza so aku on je la..kalau beli pun take away je..stuffed crust please. hehe

sebenarnya masak sendiri lebih puas dan menjimatkan. tapi apa yang aku suka bila makan kat luar ni, rasa macam dating lagi! haha kalau makan kat rumah tu tak lah rasa macam dating..kalau makan kat luar, kena  ambik masa nak mandi, wangi-wangi, kemas-kemas dan jalan pimpin tangan. wa~


kalau makan dengan orang pandai masak ni, lain sikit. ikuti perbualan kami di bawah:

"banyak sangat coriander ni."
"apa menatang coriander tu?" 
"coriander leaf, daun ketumbar..ha, tu yang hijau-hijau tu.."
"oh..." 

"banyak sangat roux la chicken chop ni. tak pandai dia buat. dahlah masin"
"ye ke, bukan pakai tepung jagung ke ni"
"roux, sebab rasa dia dan texture dia"

uh. ok.

tengah hari tadi lepas berhempas pulas masak lunch..(selalu dia cakap "banyak betul masak lauk" huhu bukan apa, taste tak sama..kena buat untuk selera dua-dualah..hehe ) papaluna bawak balik ni:


oh ikan keli! satu lagi makanan yang aku mengidam dah tercapai...pelik jugak, baru je aku tersebut-sebut pasal ikan keli ni kat fb, tiba-tiba dapat..fyi kat sini agak rare ok..ikan keli ada je tapi kedai yang jual ikan keli kena cari la..rezeki..alhamdulillah..and i like my hubby's instinct!

Wednesday, May 2, 2012

[RESIPI] kaniyaki from scratch!

my first attempt..memang sedap
syukurnya, dapat jugak makan makanan jepun yang aku duk mengidam ni. dulu selalu gak makan takoyaki kat MV.. kat jusco..tako tu refer tu sotong..yang aku buat ni letak crabmeat je,hence the name pun kene tukar la kaniyaki..sedapnye..papaluna pun sapu habis..tak sangka ;P

second attempt...nak lagi!

cara buat kaniyaki versi aku:

untuk adunan tepung: 
agak-agak je la ek, 1 cawan tepung gandum, 300ml air, telur sebiji, baking powder sikit, serbuk pati ikan bilis/ ayam..kacau dengan penuh perasaan..haha

untuk inti: 
aku letak crabmeat, kobis dan bawang goreng...suka hati korang nak letak apa..

untuk sos warna hitam tu, sos takoyaki, memang susah nak cari kat ceruk sini..thank god jumpa resipi sos kat sini so buat sendiri ye: 
1 cawan sos worchestershire, 1 cawan sos tomato, halia dan bawang putih yang diparut halus untuk aroma dan 1/4 cawan gula..sos kaniyaki siap!

cara membuatnya:
aku pakai acuan kuih cara je, simple. sapu minyak sikit kat acuan tu and tuang tepung 3/4 dalam acuan..masukkan bahan inti dan tambah lagi tepung, jangan risau masa ni memang nampak serabut..lepas tu ambik toothpick dan cuba bulat2kan kaniyaki korang..kalau tak tau cari video kat youtube ye. hehe. dah siap kaniyaki korang leh la serve dengan sos homemade tadi dengan mayonis..aku tambah daun sup yang dicincang halus sebab aku suka..dan untuk menambah warna..

macam ni lah acuan yang aku pakai, kalau korang ada acuan bulat2 baguslah..kalau ada acuan takoyaki, lagi bagus..eh, pinjam boleh? haha..

acuan kuih cara: pic googled


so apa lagi, makan laa~

pic googled

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...