Sunday, May 13, 2012

ptd's exam review

semalam pengalaman pertama ambik exam ptd..dah nak dekat 4 tahun grad. baru ambik. rasa cam nak buat review skit..hehe..sebelum exam tu memang tak sabar nak test tahap mana aku ni especially dalam hal isu-isu semasa. my only effort is watching the news on tv becos that's the easiest way. haha. kali ni first time exam bawak 'baby'..macam best je rasa..bila tengah break, cakap-cakap dengan baby..cakap dalam hati la (-.-")

sebelum ni aku tak pegi pun exam ni atas sebab2 yang tertentu. ceh..so how was the papers?

seksyen A : kalau exam ni berat kan markah kat paper am ni, memang tak lulus la..aku rasa tak lah fail, tapi tak cukup excellent la..kalau aku leh bagi markah kat diri sendiri, aku bagi c.




seksyen B: mula-mula  tu aku dah gerun dah tengok soalan2 dia sebab main concern is takut tak cukup masa..maklumlah dah lama tak mengira. so soalan yang pelik2 sangat sampai takleh figure out ni maths ke magic? haha so aku skip, skip, skip..yang belakang2 tu memang boleh jawab..sengaja kot diorang buat camtu..klu spend masa banyak kat depan, tak sempat la nak habiskan. so dah habis jawab still ada masa lagi nak pegi kat soalan kat depan..paling tak suka soalan yang banyak number pastu satu space tu x..apakah x? damn.. tapi ok gak dapat conteng-conteng kat kertas soalan tu. kalau exam kpli tak boleh..sebab akan rotate ngan orang sebelah..first time dulu aku tak tau..first paper aku b.i. pastu eh kena pas kat orang sebelah la pulak..pastu aku buat bodo je..sebab dah conteng2..haha

seksyen C: pemahaman b.m dan b.i. both was easy peasy..senang plus banyak masa.

seksyen D: Part esei b.m ni plak macam terkena writer's block...haha...aku luang banyak masa nak brainstorm, tak datang-datang lak idea. pastu tinggal lagi 5 minit masih terkial-kial nak ulas point terakhir dengan nak buat kesimpulan. memang caca marba la, kalau nak exclude point terus pegi kesimpulan tak dapat gak sebab dah mention point tu masa intro. huh. sabar je la.

seksyen E: the last paper..sempat gi lunch dengan papaluna sebelum paper ni. esei b.i best sangat..aku pun tulis guna ayat simple je, more relaxed..soalan-soalan dia pun sangat simple dan terbuka. kejap je aku tulis point2 penting pastu terus buat intro. grammar tolak tepi..dah lama sangat tinggal kan sekolah. aku tulis esei tu as if aku tengah tulis blog..tapi orang lain macam dua page...aku satu page je, penuh depan belakang. cun2 pulak tu habis kat line terakhir. esei b.m pun satu page je..soalan tu pun cakap takde min or max number of words..belasah je la.hehe..

aku memang suka hati bila buat esei b.i. time spm dulu aku tulis pasal negera yang nak dilawati ialah australia sebab nak tengok concert band yang aku minat masa tu, silverchair..wakaka...nasib dapat 1 sebab aku dah risau dah pas habis exam tu, like, biar betul aku ni?

so, aku rasa dulu tak ambik exam ni pun takpe, sebab memang tak lepas paper am tu.. sekarang ni mesti gak nak banyakkan membaca..mana tau lain kali kena exam lagi..huhu..ape2pun, pengetahuan am memang penting pun bukan untuk cari kerja je..

exam ptd ni tak kena bayar pun mcm kpli kena beli number pin..dpli lagilah haru, dua kali beli number pin rm 20.60 kot, tapi tak kena panggil pun! result akan kuar 16/6 camtu. nak check ke takyah..haha..soalan simple macam sidang ASEAN yang baru-baru ni, kat mana, tuuuu pun aku tak tau (T_T)..kata tengok berita?

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...