Saturday, May 19, 2012

mama is drooling

hi  earthlings. hari ni mari kita tengok makanan-makanan yang aku teringin nak makan as for now. skrg dah 22 weeks dan selera makan aku pun semakin menjadi-jadi! rasanya baby suka makan makanan cina, jepun dan korea sekarang ni. ayoyoyo

sebelum ni ade gak aku try buat kaniyaki sedap! kira ok lah. aku sendiri jugak yang makan, kan ;p

masa first trimester dia suka nasi ayam nasi ayam nasi ayam. pastu dia nak western. sekarang nampaknya dah bertukar angin pulak. ok mari kita cuci mata dengan gambar-gambar yang aku cari di google. (again, all the pics below i googled ok, not mine..) zass~


ini nama dia bulgogi japchae. tertengok kat dalam drama city hunter. ada daging yang diperap pastu digoreng dengan mee yang diperbuat dari sweet potato ke apa ntah.


egg tofu. chinese style. masa kecik dulu bapak aku selalu bawak gi makan kat kedai cina. mestilah yang halal punye kan..dia hidang pakai hot plate.sizzling wei.. ni tak risau leh buat sendiri..cuma malas je. hehe. 


ini pulak okonomiyaki. pizza jepun. ada macam-macam jenis ikut tekak masing2.. asas ingredient dia tepung, telur dan kobis..combination sos okonomiyaki dgn mayonis memang superb~ 


haa, nilah takoyaki. kenapa sedap sangata..tapi kenalah make sure halal..


ini pulak siew mai..sejenis dim sum..aku pernah gak beli yang frozen punya, papaluna tak minat sangat..aku habiskan semua! 


ini unagi. atau pun belut. yang ni dulu aku selalu beli versi bulat-bulat macam meatball tu..dah bertahun kot tak makan belut..hihi


sizzling yee mee. ada orang buat sedap, ada jugak yang tak sedap..dulu masa sekolah menengah selalu singgah kat food court kat uda ocean  nak makan ni. mesti ada cendawan hitam tu dan ayam..delicious!


wantan mee with chicken..sangat menggiurkan..aku rasa minyak bijan yang buat dia sedap tu, macam nasi ayam gak, kalau takde minyak bijan tak sedap. satu lagi, sambal tu mesti ada.


yong tau foo..yang ni selalu jual kat pasar malam kat kl..aku tak suka yang sup punya. selalu pilih yang ada sos..last time makan dengan papaluna kat tun jugah.dia tak suka! haha tak serasi kot.


masa tengah buat entri ni papaluna call. sempat aku pesan yong tau foo kat tepi jalan kat samariang sinun..tak taulah ada ke tak orang tu jual. 

eh..he's been out all day, rindu la pulak  (",)

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...