Sunday, October 21, 2012

Saat Muna Melihat Dunia~

sambungan entri kejadian sebelum ke labor room

perjalanan ke labor room pun bermula...masa disorong atas wheelchair untuk pegi LR kat tingkat bawah, ramainyaaa orang..all eyes on me..haha macam mana lah agaknya muka aku masatu..tengah tahan sakit tu..sampai kat labor room, aku tengok dan dengar bunyi samaada baby nangis atau maknya yang nangis...ada jugak aku dengar orang meraung nama 'hafiz..hafiz'...haha



12:20 pm
aku dihantar ke bilik nombor 7..sempat terfikir, eh cantik gak tempat ni..tapi bila tengok katil tempat nak bersalin tu, tak jadi nak suka..bertambah nerves ada la. nurse suruh naik atas katil dan tukar baju..masa terbaring tu aku asyik nak angkat kaki (lutut ke atas) dan nurse asyik suruh aku turunkan kaki. tak selesa langsung sebab kaki katil lebih rendah dari kepala..macam mana ni?...nurse pun pasang alat CTG...dalam otak aku pikir CTG lagii?? nurse dapat rasa aku tak selesa so dia suruh mengiring sebelah kiri...tarik nafas, hembus nafas...tu je nasihat yang dapat diorang bagi..seminit lepas tu, doktor datang, buat lagi VE..dia cakap baru 6 cm....ada pulak sorang lagi doktor ni cakap dalam perut aku ada 2 baby, 25 minggu..eh, doktor ni dah kenape...dia baca kad pink lama aku..keadaan jadi kecoh seketika..pastu aku cakap, taklah doktor, satu je baby, hari ni 39 minggu 1 hari..yang twin tu masa tahun 2009..lepas tu ntah macammana, diorang pun faham dah. pening kepala aku.

12:40 pm 
doktor tanya, air ketuban dah pecah? aku jawab belum. then doktor cakap dia akan pecahkan ketuban dan aku tanya sakit tak, dia jawab tak, akan rasa tak selesa sikit je...doktor pun masukkan alat yang panjang dan halus, ketuban pun pecah....memang tak sakit pun..

aku tanya doktor "boleh tak bagi saya medication untuk hilangkan sakit contraction ni?" aku maksudkan epidural la..pastu doktor cakap tak dapat dah ni...sebab dah 6 cm..aduhhhh

1:00 pm
sorang lagi doktor datang dan tekan2 atas pundi kecing aku..dia cakap bladder aku full...tapi dah tak dapat dah nak gi toilet..kena keluarkan pakai tube..sebenarnya aku sengaja tak pegi toilet pagi tu sebab takut baby terkeluar pulak dalam toilet..menyesal pulak tak kosongkan pundi kencing awal2..agak bangang di situ ;p.so sekali lagi aku tanya doktor, sakit tak doktor? doktor cakap sakit sikit je...dia suruh tarik nafas dalam2..tiub pun masuk...bladder pun dah kosong..

risau doktor tengok aku dalam kesakitan sebab diorang takut aku sakit kat scar lama..so aku bagitau diorang kalau ada contraction tu sakit la, kalau tak takde rasa apa2..

1:10 pm
aku teruskan teknik pernafasan macam yang nurse ajar tu, asal sakit datang, tarik nafas dalam2...tapi aku still rasa sakit...nak nangis pun tak guna jugak..doktor buat VE lagi, dan cakap dah 8cm tapi aku kena tunggu lagi at least dua jam untuk bukaan sampai 10 cm...oh...my...God....aku pikir2 takkanlah pukul 3:10 baru aku nak beranak? lama lagi tuuu..

waktu ni aku rasa tak sampai seminit contraction datang dan pergi...tetiba aku rasa nak teran sangat2...aku cakap dengan doktor aku rasa nak teran...tapi doktor tak bagi..nanti koyak banyak katanya..pastu doktor tu dah takde dah kat situ, aku pun panggil nurse yang masuk dan cakap aku dah nak meneran...sambil tu buat bunyi meneran..hehe nurse tu pulak cepat2 get ready, dan suruh aku pegang peha, kangkang besar2 dan teran...eh camne? nurse tanya, ni anak keberapa? aku cakap, ke-2, tapi dulu aku ceaserean, so aku memang tak reti nak teran...pastu dia pun naikkan tempat letak kaki dan pemegang tangan  dan ajar aku untuk tarik pakai tangan dan tolak dengan kaki..pastu aku pun cuba..teran sekuat-kuatnya..belum pun nampak kepala baby...aku pikir lagi, nyesal pulak tak study cara meneran ni...macam mana kalau salah teknik ni, mau nye koyak banyak..

ahh, aku takde pilihan, teran je la macam mana pun...so aku teran lah. aku rasa macam dah banyak kali teran..nurse bagi semangat dan cakap "kepala baby dah nampak ni melissa, sikit lagi"..tapi aku still macam rasa nak give up. nurse ajar, kalau contraction datang baru teran..."teran macam kamu nak berak, berhenti untuk ambik nafas je, kaki tu tolak kuat2 tangan tarik pemegang ni"...pastu datang pulak sorang lagi nurse, total 3 orang..semua bagi semangat, nurse cakap "cepat sikit melissa, kepala kamu angkat, tengok bawah ni, anak kamu ni dah nak keluar ni, jangan lama sangat, lemas anak kamu nanti"..aku memang dah takde tenaga dah sebab tak makan..seriously aku rasa lemah sangat tapi aku mesti kuat sebab aku dah tak sabar nak tengok baby..

1:34 pm
push...push..push...lost count dah. push lagi dan lagi...nurse buat episiotomy, dan waaaaa dengar suara tangisan baby...masa ni, takde perkataan lain yang keluar dari mulut aku selain "alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah" berulang-ulang kali..dan aku nampak badan baby berwarna kebiruan, dan ada selaput2 kuning sebelum dicuci, aku tanya nurse, lelaki ke perempuan nurse? nurse cakap takpe, nanti kamu tengok..lepas tu nurse tekan-tekan perut untuk keluarkan plasenta...masa ni lega sangat-sangat sebab contraction dah takde..pastu nurse letak baby kat dada aku...oh..anak mama perempuan...bestnya~ perasaan masa tu susah nak diungkap..aku tengok muka baby dan cakap sayang anak mak..tu je yang aku ingat..

pastu nurse bawak baby pergi, dan nurse yang sambut muna tu pun bagi injection kat peha aku (tak ingat lah untuk apa) dan kat tempat luka untuk proses menjahit...sakit jugak, tapi aku tahan je, sebab sebelum nak beranak lagi sakit..so apalah sangat rasa kulit di jahit tu kan.

dah selesai semua aku pun dah bersedia untuk dihantar ke wad..nurse ambik bp...4 kali nurse ambik..bacaan tetap sama 97/53..aku pun heran, kenapa nurse ni? pastu dia cakap eh rendah nya bp kamu ni..pastu aku jawab la, memang 97 pun masa first aku datang sini...pastu kecoh sekejap tag nama aku n baby hilang..dia tanya ada tak nurse bagi masa kat dalam bilik nombor 7 tu..aku cakap nurse ada suruh check tapi dia tak bagi kat aku..so kena buat baru..sempat aku tanya nurse, eh tak tertukar ke pulak baby aku nanti..nurse cakap taklah, kamu sorang je yang takde tag nama ni..yang lain ada..haha..nurse suruh check kad baby, aku tengok berat baby 2.81kg, hmm, syukur alhamdulillah..

pastu baby pun sampai..aku tengok dari jauh, eh comelnya...anak aku ke ni? masih tak percaya..nurse tiba-tiba cakap, cantik kulit anak kamu kelak..ada tak kamu perasan benda kuning2 kat kulit dia masa dia lahir tadi? haa, bila kena panas nanti...bla bla bla aku tak faham sangat tapi yang aku tau dia cakap kulit muna cantik ;)) masa aku disorong ke lif, ramai orang tengah tunggu kat luar..ramai yang tengok muna dekat2..dan aku dengar rata-rata cakap cute...hehe mamamuna pulak yang perasan..diorang tanya girl or boy? berapa kilo?

soalan tu pun berlarutan sampai la ke wad..aku rasa lega selega leganya, semua dah selamat..tak sangka aku dapat lalui semua ni, walaupun papamuna takde disisi waktu aku lahirkan muna, tapi dorongan dia tetap ada bersama aku..sampai2 je terus dia iqamatkan muna..senyum je papamuna..walaupun, papamuna expect anak lelaki sebab scan 7 bulan doktor cakap lelaki, tapi bila tengok muna dia cakap abang tak kisah, asalkan semuanya selamat..

petang tu dekat ward doktor bagitau kalau tak ada apa-apa masalah, aku boleh balik esok pagi...pastu doktor sempat cakap, "tahniah ya melissa. sebab dapat bersalin normal"

syukur.syukur.syukur  ;)

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...