Saturday, October 20, 2012

kejadian sebelum ke labor room

sambungan entri not another c-sect pliz! [part2]


13 september 2012

10:00 am 
masa kat ward maternity, banyak kali jugak buat CTG untuk check jantung baby..rata-rata nurse dan doktor  cakap jantung baby 'cantik' referring to graph CTG tu..alhamdulillah..sesekali aku pegi toilet, sebab nak buang air kecil..sesekali jugak papamuna datang menjenguk dan hantar makanan..dan air selusuh yang bidan aku kirim...aku pernah dengar yang nurse kat klinik kesihatan cakap jangan ambik selusuh sebab nanti jadi sakit..tapi aku tengok macam air putih biasa so aku pun berselawat dan terus minum..haus..hehe.



6:00 pm
keje aku tido je...nak simpan tenaga kononnya..bila dalam keadaan berjaga, aku perhatikan sekeliling. ada patient yang dah melahirkan, ada jugak yang tengah tahan sakit..aku pulak belum rasa apa-apa..aku berehat sampai ke malam..malam tu dah ada sikit rasa sakit contraction..tapi still mild..nurse tanya air ketuban dah pecah? aku cakap belum...papamuna datang melawat dan hantar bihun goreng bersama ayam, macam yang aku pesan..

esoknya, 14 september 2012

6:00 am
pagi tu, contraction dah makin kuat...masa ni papamuna kat rumah sebab semalaman dia tak balik dan tidur dalam perahu kepunyaan bapak dia yang terlibat dalam regatta kat waterfront. CTG demi CTG, aku mula rasa tak selesa dan nurse nasihatkan untuk mengiring sebelah kiri....dalam masa yang sama aku berborak-borak dengan amoi sebelah katil..michelle nama dia..dia berpengalaman sebab dah nak masuk tiga dah anaknya...tapi masih muda, kalau tak silap 23tahun.

10:00 a.m
aku rasa start pukul 10 macam tu contraction dah semakin kuat dekat bahagian bawah rahim. belakang tak rasa apa-apa..cuma fokus kat bawah rahim je sakit contraction tu..masa tu tak nampak pun kelibat nurse dan doktor..aku dah tak berapa nak tahan so aku panggil mana-mana nurse yang lalu untuk buat VE sebab aku dah tak sabar nak pegi labor room..tapi nurse cakap baru 4 cm..betul ke ni? takkan dari semalam baru tambah 1 cm? masak lah macamni..aku dah start nak nangis..aku cakap aku nak pegi labor room, tapi nurse cakap labor room penuh..adoi..

10:30 a.m
doktor check dan dia suruh pegi examination room kat ward tu jugak..aku pun pegi dan sekali lagi doktor check dan cakap dah 5 cm..pastu dia masukkan satu cecair ni kat dalam saluran usus besar, katanya untuk buat kita berak..lepas tu je terus rasa nak terberak..dan bila dah selesai membuang dengan banyaknya, aku pegi balik dekat katil aku, katil nombor 10..ala, kena tunggu lagi ke? sambil tu contraction menyapa lagi, kali ni dengan lebih ganas..aku masih belum makan apa-apa kecuali sesuap bubur nasi..sangat susah nak minum air, apatah lagi nak makan..yang aku tau aku nak pegi labor room dan terannn je.

12:00 pm
memang ramai orang nak bersalin hari tu. michelle cakap sabar dulu, biasa dalam pukul 12 doktor akan round2..masa tu rasa lama sangat masa berlalu...aku asyik tengok jam je...aku tak bagitau pun papamuna yang aku tengah mengerang kesakitan..phone pun aku tak tengok lagi dah..rasa macam nak suruh doctor sorong aku pegi OT je, sebab cesaerean, takdelah sakit sangat..apa yang aku rasa masa kena c-sect dulu hanya 20 % daripada apa yang aku rasa sekarang. lepastu doktor pun datang..diorang still bincang tentang keadaan aku, dapat ke tak bersalin normal. diorang tengok kad mengandung lama yang papamuna bawak semalam, nampak macam takde masalah, tapi risk tu tetap ada dan diorang dah remind aku...lepastu doktor pun pergi, tinggal lah aku dalam kesakitan..

12:10 pm
aku cakap dengan michelle, macam mana ni, aku tak tahan dah ni, sambil air mata mula berjujuran..haha..dia tanya dah sakit kuat ke?aku cakap kat michelle aku tengah betul2 sakit ni...bila sakit datang je aku tangan aku berpaut kat kepala katil. dia pun risau tengok aku, dan dengan baik hatinya dia offer urut belakang aku..bagus jugak walaupun tak hilangkan sakit, sekurang-kurangnya rasa ok sikit..pastu aku letak minyak angin banyak2 kat bahagian bawah perut yang sakit sangat tu..peduli ape, aku letak banyak biar rasa hangat. aku lapar tapi tak dapat nak makan..nak duduk tak selesa, nak baring tak selesa, semuanya sakit..aku ingatkan badan aku dah nak terputus dua...nasib baik tak..haha

nurse pesan, bila contraction datang tarik nafas dalam-dalam..tapi itu pun tak membantu. so michelle pun panggil doktor..doktor buat VE dan bukaan dah 6cm, so dia arahkan nurse untuk hantar aku ke LR..

Finally..

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...