Monday, October 22, 2012

my 39 days

malam ni malam terakhir aku berpantang selepas kelahiran Muna Dailili..kenapa 39 ek? bukan 44 hari ke? aku ikut adat belah papamuna, ada 45 hari atau 39 hari, tapi never 44 hari..ambik nombor ganjil..entahlah kenapa..

aku berpantang ikut cara kampung..sebab mungkin terpengaruh dengan kakak2 ipar, (diorang cakap kalau telan pil, lambat serap..etc..) dan mungkin juga ubat modern agak mahal..aku tak survey pun tapi i heard it would cost u around rm400? with all the preparation for barang-barang baby dan raya, bajet pun lari..hehe so aku order je ubat-ubatan kampung dengan seorang orang tua kat kampung ni (masa 7months pregnant), dan tak mahal pun, cuma rm200. ok sesiapa yang wonder cara berpantang orang melayu sarawak, inilah dia versi simple:



Jamu-jamuan:
hirup pegaga, hirup rempah, air periuk/air masak 


dalam botol 2 biji tu berisi serbuk untuk hirup rempah (botol bertudung merah) dengan hirup pegaga (botol bertudung biru)..basically dia macam serbuk kopi sebab kaler nya hampir hitam, tapi rasanya lebih pahit dan ganas berbanding kopi..cara mengambilnya, bancuh 2 sudu dalam air panas, kacau dan minum! untuk mengelakkan muntah, sila tutup hidung dan minum one-go..haha amalkan pada waktu awal pagi dan malam.

yang 3 bungkusan kain putih tu ialah herba-herba untuk air periuk. cara mengambilnya, rebus satu bungkusan tu sehingga warna air bertukar jadi hitam..lepastu minumlah dengan kasih sayang. haha. yang ini aku ambik waktu tengah hari.

penjagaan badan:
kasir badan, kasir muka, bertapal (berbengkung) dengan kapur dan limau nipis

kasir muka

kasir badan
kasir beras ni macam bedak sejuk jugak, just campur air sikit pastu sapu kat muka (untuk kasir muka) dan badan (untuk kasir badan)..simple kan? tapi rimas aku bila dah kering, serbuk2 putih akan jatuh ke muka muna bila aku pegang dia..pastu bila tido habis baju, bantal dengan cadar jadi putih..huh~

alternatif kasir beras ni ialah kasir minyak rempah..sama jugak macam kasir beras, kena sapu seluruh badan dan muka..aku dah cuba untuk previous confinement dan aku tak tahan. sebabnya ialah minyak. minyak+my body=bad idea.

takde ke alternatif lain lagi? huhu nak kena sepak tak ;p

untuk berbengkung pulak, aku guna kapur dan perahan limau nipis..pastu balut lah bahagian perut dengan bengkung barut..bila rasa malas nak buat bancuhan kapur dan limau nipis tu aku just sapu minyak angin cap kapak dan pakai bengkung macam biasa.. gambar takde..just use your imagination ok.

hmm ape lagi ek. ada lagi satu container tu berisi rempah2 macam jintan dengan ape ntah yang digoreng tak berminyak, untuk dikunyah..yang ni memang bersarang la sebab aku tak reti lah nak kunyah macam tu je..

untuk mandi, bidan kampung ada bagi mandi hari ke 3, 7 dan 39. berurut pulak masa hari ke 3 dan ke 39 lepas mandi. dalam banyak2 aku rasa berurut paling penting.

di hujung-hujung confinement ni, kenapa jamu aku masih banyak?? haha, ada jugak aku ngelat kadang2 tak minum jamu ni..kadang2 tu lupa jugak...tapi jangan khuatir ye kawan-kawan sebab balance hirup ni boleh di buat ma'jun..campur serbuk ni dengan madu dan jadikan dia berbiji-biji..dan telan..senang kan? aku pun belum tau macammana sebab belum try.

pahit sangat ok.

yang lain-lain amalan berpantang aku tak buat..ramai orang kata, kalau tak berpantang betul2 nanti meroyan lah, sakit-sakit badan lah, 'sekarang kau tak rasa, nanti dah tua baru kau rasa'lah etc..pregnancy yang lepas pun aku berpantang lagi simple dari yang ni. 

aku ni jenis yang kalau demam pun taknak telan panadol unless terpaksa..tak suka ambik ubat apatah lagi yang pahit. just nak semua natural je..kalau nak ikutkan my inlaws suruh sapu minyak gamat kat luka epi, tu pun aku tak buat. tapi cepat je sembuh. Alhamdulillah..

memang aku ni jenis yang tak suka strict rules..tapi tau jugaklah the do's and dont's.

then again, kenapa 39 hari, bukan 45 hari? my inlaws cakap takpe kot sebab ini confinement ke-2. well, my pleasure, the simpler the better ~

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...