Tuesday, October 30, 2012

something inappropriate

tetiba je kena tag dengan so called friend ni kat fb gambar some product yang dia jual..tak sesuai btul...bukan apa, kat fb pun takde bertegur sapa (hehe, korang pun camtu gak kan), tanpa mukadimah tanpa apa...out of the blue..

dan kalau kita nak beli, dia expect kita to make the first move..at least story la sikit pasal barang tu...tanya khabar ke..tapi kan kenapa kalau orang tag gambar baju ke kasut ke aku tak kisah? ni dia tag gambar slimming product..

patutlah...

hehe.

Sunday, October 28, 2012

rasa itu telah pergi....

saje je letak title ala2 indo song..sebenarnya aku nak cerita pasal rasa sakit setiap kali lepas bersin. sejak aku kena cesarean dulu, bila bersin je mesti rasa sakit. macam otot-otot kat sekitar rahim belah kiri tu tegang ke tersimpul ke aku pun tak tau. tapi sakit sekejap je..heran jugak aku, boleh terpikir kot-kot doktor tertinggal kapas ke gunting ke (over kan) masa operation dulu.. tapi aku ignore je..

sampai masa aku pregnantkan muna, rasa tu still ada. risau tu risau jugak lah. tapi what can i do...i kan penakut. so nak dijadikan cerita, lepas aku bersalin haritu, rasa macam lain dah. rasa macam 'clear' je dalam perut. syukurlah takde ape2 lagi..

lupa pulak aku nak mention kat sini, masa habis pantang haritu, bidan aku ada urut satu badan...memang best lah..tapi aku ni penggeli..masa dia urut perut tu (bersengkak) aku geli tak ingat punye..so dia pun tak berani nak urut sangat, takut aku kejang otot pulak..rugi betul..lepas berurut, aku mandi air daun..aku tanya dengan bidan, daun apa ni, nilah daun sembung..dia cakap daun ni baik untuk buang angin dalam badan..

pic googled

bidan aku ni bukan orang lain pun dengan family papamuna...kitorang pun have one thing in common...sama-sama menjahit. so bila aku takde barang jahit, macam jarum mesin ke minyak ke, boleh la mintak kat dia kalau tak sempat nak pegi kedai..sangat lembut orangnya, suka senyum. teringat pulak pernah terkantoi masa dalam pantang lepas cesaerean dulu..baru seminggu, dah keluar makan kat tempat open air, tanpa ada apa-apa untuk menudung kepala..dan bidan aku ni dengan keluarga dia betul2 depan meja aku dengan papamuna..dia tegur,takut aku meroyan..nasib baik dia tak repot kat mil..u see, baik kan? haha

oh maafkan saye ;p

Saturday, October 27, 2012

Friday, October 26, 2012

muna's first sign of language development

sebelum mula, aku nak wish selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua umat islam (yang paham bahasa melayu la..hehe) di seluruh dunia..hari yang mulia ini marilah kita mengenang kembali tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s mengingatkan aku bahawa sesungguhnya, anak ialah anugerah Allah s.w.t yang paling tidak ternilai, dan sesungguhnya semuanya adalah milikNya yang dipinjamkan kepada kita, manusia. dan aku merasa sangat bertuah kerana terpilih untuk memikul amanah yang besar ni.

indahnya menjadi seorang ibu. 

pagi tadi masa tengah bersms dengan mimi, aku dikejutkan dangan gelak tawa muna..memang ia berlaku sangat sekejap. nasib baik aku alert..hehe..sebelum ni dia pandai senyum2 je tapi hari ni dia gelak..i guess this is the very first sign of her language development. lepas beberapa jam tu, muna semakin aktif mengeluarkan bunyi-bunyian..dan aku sempat merakam.


 part of my online newsletter from babycenter.com


she is 6 weeks old today. keep 'talking' sayang!

Wednesday, October 24, 2012

cloth diaper anyone?

hari isnin lepas aku ada terima parcel dari seorang bestie yang sama-sama belajar kat matrikulasi johor dulu..she was my roomate, we were close back then..i miss the good old days..dia jadi mama tahun 2011 yang lepas, to a cute baby boy, fatih. dia ni peminat tegar cloth diaper, so anak dia memang pakai cd je..alhamdulillah, dah ada online bisnes pun kat fb.

kat belakang ada cartoon ;)
dia encourage aku untuk bercd...sebab it's environmental friendly, dan juga pocket/wallet friendly..hehe..aku rasa macam nak try ber'cd' ni..jimat jugak kan, aku kira-kira diaper muna dalam sebulan almost 200 keping..average dalam sehari 6 kali tukar lampin...itu masa newborn, aku rasa makin besar makin kerap kot. 

tapi aku blum yakin lagi aku rajin ke tak mencucinya nanti..all in all, there's no harm in trying kan?

Tuesday, October 23, 2012

Monday, October 22, 2012

my 39 days

malam ni malam terakhir aku berpantang selepas kelahiran Muna Dailili..kenapa 39 ek? bukan 44 hari ke? aku ikut adat belah papamuna, ada 45 hari atau 39 hari, tapi never 44 hari..ambik nombor ganjil..entahlah kenapa..

aku berpantang ikut cara kampung..sebab mungkin terpengaruh dengan kakak2 ipar, (diorang cakap kalau telan pil, lambat serap..etc..) dan mungkin juga ubat modern agak mahal..aku tak survey pun tapi i heard it would cost u around rm400? with all the preparation for barang-barang baby dan raya, bajet pun lari..hehe so aku order je ubat-ubatan kampung dengan seorang orang tua kat kampung ni (masa 7months pregnant), dan tak mahal pun, cuma rm200. ok sesiapa yang wonder cara berpantang orang melayu sarawak, inilah dia versi simple:

Sunday, October 21, 2012

Saat Muna Melihat Dunia~

sambungan entri kejadian sebelum ke labor room

perjalanan ke labor room pun bermula...masa disorong atas wheelchair untuk pegi LR kat tingkat bawah, ramainyaaa orang..all eyes on me..haha macam mana lah agaknya muka aku masatu..tengah tahan sakit tu..sampai kat labor room, aku tengok dan dengar bunyi samaada baby nangis atau maknya yang nangis...ada jugak aku dengar orang meraung nama 'hafiz..hafiz'...haha


Saturday, October 20, 2012

kejadian sebelum ke labor room

sambungan entri not another c-sect pliz! [part2]


13 september 2012

10:00 am 
masa kat ward maternity, banyak kali jugak buat CTG untuk check jantung baby..rata-rata nurse dan doktor  cakap jantung baby 'cantik' referring to graph CTG tu..alhamdulillah..sesekali aku pegi toilet, sebab nak buang air kecil..sesekali jugak papamuna datang menjenguk dan hantar makanan..dan air selusuh yang bidan aku kirim...aku pernah dengar yang nurse kat klinik kesihatan cakap jangan ambik selusuh sebab nanti jadi sakit..tapi aku tengok macam air putih biasa so aku pun berselawat dan terus minum..haus..hehe.


Friday, October 19, 2012

[S.I.C] awet muda dengan daun sirih

masa tengah menulis ni, aku masih dalam pantang sebenarnya. hari ni hari ke 36. baru hari ni nak share. maklumlah, ai is bz dengan muna ;P..masa baru-baru dalam pantang hari tu mak mertua ada pesan, pagi-pagi bangun tido ambik 3-4 helai daun sirih (suka hati la nak banyak mana), ramas-ramas dalam air dan air tu buat untuk cuci muka..haa, tak payah pakai cleanser mahal2..sesungguhnya air sirih yang semula jadi dan segar ni lebih berkhasiat..sebab tak ada bahan kimia kan. common sense.

macam ni lah rope daun sirih untuk kawan2 yang xtau..hehe. pic googled.


ada jugak orang rebus daun sirih untuk dapat airnya, ditumbuk dulu sebelum tambah air panas..macam-macamlah caranya. tapi tau-tau jelah aku ni tak berapa nak rajin..hehe. terpulanglah pada si pengamalnya..kalau nak tau banyak lagi info pasal sirih, sila gugel k, jangan malas ;) ok bertemu kita lagi dalam entri lain S.I.C..daaa


Wednesday, October 17, 2012

bath time is fun time!


Pejam celik, dah sebulan 4 hari anak mama ni..dah pandai senyum lebar dah..hehe..tak terasa masa berlalu..dalam tempoh tu, dah 5 kali mama mandikan muna tau. sory ek takde gamba masa mandi..gamba berkemban je ade..haha..best la mandikan muna, mama rasa puas, lepas mandi letak bedak kat muka dia. comelnya (^_^)..rindunyaa muka dia masa umur seminggu..sebelum nak bagi mandi, mesti buat mulut macam ni:



mama ♥ u muna sayang ('',)



Monday, October 15, 2012

Muna's first month checkup



pagi tadi ada checkup kat klinik kesihatan untuk 30 hari berpantang dan untuk injection baby 1 bulan..awal pagi aku dah hantar kad mengandung dengan kad baby kat kaunter. lepas tu nurse panggil suruh check hb kat makmal pulak..bawak sekali kad mengandung tu..nombor pun nurse dah bagi. so after check hb, aku pun pegi la menunggu kat bahagian ibu dan anak tu..tunggu punya tunggu...jam dah menunjukkan pukul 12:00 tengah hari..biar betik diorang ni..aku dah datang awal kot. kenapa orang lain datang kemudian pun dah masuk dulu?

pastu nurse kat kaunter pendaftaran tu panggil nama aku, dia tanya kenapa tak hantar kad mengandung tu kat dia..so selama ni, kad baby still kat kaunter pendaftaran..pfftt. due to misscommunication, masa aku dah terbuang..masa nurse tak terbuang la, sebab memang tu keje diorang. kenapa la nurse tak bagitau kena hantar balik kad tu sebab aku fikir nombor pun dah dapat, tinggal nak tunggu kena panggil je.

tak suka ok.

berat muna sekarang 3.7kg, naik almost sekilo since birth..ok la tu muna asalkan jangan turun je k sayang ;)

berat mamamuna pulak? believe it or not..turun la~ sepanjang pregnant berat bertambah cuma 4.6kg..turunnya 7.1kg! so sekarang aku 2.5kg lebih ringan dari sebelum pregnant! tapi kalau nak slim, banyak lagi nak kena turun ni  (◡‿◡✿)



Saturday, October 13, 2012

Batman pun batman lah mama...

lesson of the day: doctors can be wrong too. masa scan 31 weeks kat klinik swasta, doctor cakap baby boy, siap nampak 'telur' 2 biji lagi..pastu scan 37 weeks kat klinik kerajaan doctor cakap baby girl.

"sure ke doctor? saya dah beli baju untuk baby boy la"

"saya memang nampak baby girl ni, tapi jangan pulak awak beli baju girl dulu. kaki baby tutup dia punya tu, so tak jelas. tapi saya rasa memang girl lah"

yang aku heran sampai hari ni...tang mana yang doctor kat klinik swasta tu kata 'telur' 2 biji tuuu??

Friday, October 12, 2012

hari jumaat hari yang indah

aku ni memang jenis suka berfikir benda kecik dan remeh. hehe every little details. sebab tu kadang-kadang papamuna boring je bila aku tanya sampai ke akar umbi..annoyinggg punya bini...haha..tapi bukan tu topik aku hari ni..sebenarnya aku terdiscover satu fakta menarik..atleast menariklah bagi aku..hehe..mamamuna dengan babymuna dua-dua lahir pada haribulan 14, dan hari jumaat..yey! tapi mama lahir malam, muna pulak lahir tengah hari, time orang lelaki tengah menunaikan sembahyang jumaat.


Wednesday, October 10, 2012

I'm down, with double down


Hari ni hari ke 27 dalam tempoh berpantang..dan aku sangat, terlalu, amat teringinkan burger double down kfc ni. haha bahaya je bunyi nya. Sejak tengok iklan pertama kali kat tv..teruk jugak mengidam postpregnancy aku ni ye. LOLZ. why la..why? It's just a harmless, bunless burger anyway..

Nampaknya cintaku tak bertepuk sebelah tangan..i had zinger double down for dinner tadi. puas hati kau? haha. berpantang cara kampung lah sangatt

beauty sleep no more ;p

Jam menunjukkan pukul 2:41 am..baby dalili tengah dibuai mimpi indah (ye ke? hehe) bapak dia pun sama..time macam ni sepatutnya aku tido..tapi apa lah yang aku buat tak tido2 lagi ni? 

Dalili selalu berjaga malam mintak susu, aku pulak selalu online malam2 sebab pagi aku malas nak online..so selalu hari siang aku curi2 masa untuk nap. hehe dalam waktu berpantang macam ni tak banyak benda yang boleh kita buat..nak menjahit pun tak boleh...kalau ikutkan aku, redah je lah, sebab so far rasa luka epi tu dah baik, badan pun rasa ok..tapi jangan la..

kiranya sekarang ni sleeping pattern aku dah berubah, good bye beauty sleep ;')

kadang2 saja je kacau dalili tido, aku angkat dia dan cium-cium pipi dia. tapi dia tido lena..so dia tak sedar kot kena cium ;P sesekali aku dengar dia kentut..eh banyak kali kot..aku pun tersenyum sorang2..

gambar sebelum tido, good nite mama, good nite papa ;)

Saturday, October 6, 2012

baby girl menstruation?

like, biar betik, kan? boleh ke baby datang haid? masa muna berumur 4 hari, aku terjumpa kesan darah kat diaper dia.sikit sangat. tapi cukup untuk buat aku risau.. memang risau sangat masa tu, aku fikir kasar sangat ke aku tukar diaper dia sampai boleh ada darah ni? 

pastu straight away aku google for info, mana tau kot2 ada explanation. dan aku jumpa pun satu website ni, youngparents.com..aku print screen je la ek.


lega rasanya lepas baca ni, after few days 'mini period' tu pun hilang..sampai sekarang. Syukur alhamdulillah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...