Monday, December 31, 2012

muna pegi pengilan!

hari ni hari terakhir bagi tahun 2012...rasanya macam baru minggu lepas aku buat azam untuk tahun 2012..ececeh..azam lah sangat, belum tercapai pun..tapi aku dapat hadiah paling best, yang tanpa dirancang..it's muna ;) Alhamdulillah ..

semalam ada majlis kenduri kawin lagi (pengilan), aku suka pegi kenduri kawin..hehe..last time pegi muna tak ikut sebab dia still so kecik! ade ceritanya kat entri ma, muna nak ikut!

so semalam konfiden je aku bawak muna..kakak2 ipar pun ada, so ape nak risau kan? tiba kat khemah tempat orang makan tu, hari pun mula panas..aku rasa macam bukan panas pagi lagi dah, macam tengah hari je..berpeluh2 aku..tapi pakai payung la. aku mula risau..muna maintain lagi masa tu..tengok2 orang..besar mata dia..

tiba-tiba time aku pegi kat mak pengantin untuk bagi sampul surat yang berisi duit tu, muna dah start menangis! sebab masa tu orang lalu lalang, keluar masuk..maybe dia tak selesa dengan keadaan orang yang ramai dan hari yang panas! maybe gak dia nampak orang ramai tu macam alien dan predator...haha

so aku buat pit stop kat rumah nenek pengantin tu..fuhh fuhh masa ni memang aku dah bermandikan peluh..pastu bila muna dah tenang skit aku try bawak keluar lagi, tapi dia takmau jugak. waa! camne ni?

nasib baik jiran sebelah rumah pengantin, (saudara mara family papamuna jugak) panggil aku bawak muna pegi rumah dia..haa..lega sikit aku...muna pon kat dalam rumah tu ok je dia. tak nangis pun..ye la rumah tu ada baby boy yang tua 25 hari dari muna..suke le tu...ahaha..muna dapat angpau lagi... \(^_^)/

so kitorang bergilir2 lah makan. pendekkan cerita, cubaan muna pegi pengilan turned disaster! haha.sorry lah, takde gamba, tepon aku hilang...papamuna punye keje...haruslah dia ganti dengan yang baru~ tapi takpe, klu korang rindu kecomelan muna, jom kita skodeng muna time dia nak mandi, aku bagi nama video ni 'gediks'. tengokla to find out...ngehehee (masa ni muna baru 2 bulan)



"making definite attempts at socialising"?

mama dah awal2 dedahkan muna dengan orang sekeliling..ramai sekaligus pulak tu '(-.-). aku perasan jugak masa pegi checkup 3 bulan tu, masuk2 je klinik muna nangis tengok orang ramai..tapi sekejap je la nangis dia tu.

siannya muna, mama should do it slowly kan?

Friday, December 28, 2012

jawatan kosong (segera)

hello...kami ingin mencari pekerja untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai PA kepada tuan punya blog ni..beliau mestilah seorang yang:


  1. rajin, ringan tulang
  2. boleh jaga baby yang berusia 3 bulan ke atas
  3. mahir dalam kerja-kerja rumah
  4. efisen buat kerja, kalau rajin n mahir je tapi slow, tak guna juga ya.
  5. pandai masak
  6. mempunyai kemahiran menjahit ;P
  7. ada bakat buat sales n marketing


masa bekerja ialah dari pukul 8 pagi hingga 5:30 petang, gaji berdasarkan pengalaman. lebih banyak kemahiran, lebih besar gaji ;)

berminat? anda rasa andalah calon yang paling sesuai? sila hubungi admin melalui email. sebarang pertanyaan di ruang komen tidak akan dilayan. semuanya melalui email sahaja. sesi temuduga akan diadakan pada waktu yang terdekat. boleh start kerja bulan januari tahun 2013.

so ape tunggu lagi?

****okay, entri ni mengarut je k. jangan ambik serius! tuan punya blog dah bengong sebab banyak sangat benda nak buat, tak menang tangan dah..

muna's third month checkup

ok, entri ni agak overdue sikit..tapi takpe, aku nak cerita jugak kisah checkup muna tempoh hari..alang2 dah ada edisi first n second..so ape kata kita teruskan je.. ;p hari ni muna dah genap 3 bulan setengah..

kalau ikutkan bz aku ni, sampai tahun depan la blog ni bersarang..cewah..tahun depan tinggal beberapa hari je lagi pun...haha..nanti lah aku buat entri pasal ke-busy-an aku ni..but for now, nak cerita pasal this liittle cutie pie:

muka nerves muna kat klinik ;p


masa kat klinik hari tu, ramai sangat orang...macam biasa la kan, tunggu kena panggil..masa menunggu tu muna sempat tido..mana taknya, boring menunggu lama...aku pun, kalau ada bantal ngan tilam memang tido punya..huahua....so aku layankan je la dia..orang lain aku tengok takde pun bawak bantal, tapi aku bawak je, untuk keselesaan muna..hehe..siap dengan selimut tu..dari first checkup camtu..manje tau.

muna ni kat mana-mana pun dia boleh tido..macam siapa tu ye? ;) alhamdulillah, setakat ni tak susah nak jaga dia..she is one cool baby and i am one lucky mommy~ (amboi3, nak puji baby sendiri je). headband yang dia pakai tu sekejap je dia pakai..pastu simpan dalam beg..pastu sampai ke sudah telanjang je kepala dia...huahua takpe la asalkan muna bahagia...tul tak?




tiba turn muna kena panggil, masa tu dia tengah tido..(bukan dia je tido, papamuna pun tetido2...like father like daughter la ni..) aku dah macam dapat agak, mesti nangis punya dia nanti...ye la, tido kena kacau..

nurse pun suruh timbang...nak taknak aku pun siap2 kan dia untuk ditimbang..dengan kesejukan kat klinik tu, ape lagi, nangis sekuat hati lah dia..sebab dia terkejut..huh..kelakar pun ada..tak dapat dipujuk dah..tapi time injection tak pulak dia nangis..dah habis air mata la tu...haha





suka sangat gambar kat atas ni...apalah agaknya yang dipikirkan muna tu? haha..masa ni dah  on the way balik...lepas kena injection..aku tak bagi dia panadol syrup tu sebab tinggal kat rumah..tak plan pun nak bagi, tengok dulu dia demam ke tak..lepas injection kali ni dia tak demam, takde pape pun perubahan aku tengok..macam biasa je dia. syukurlah ;)


perkembangan muna setakat ni:
  • berat baru je 4.7 kg masa checkup 3 bulan..naik setengah kilo je?
  • panjang bertambah 12cm sejak lahir
  • badan dia dah pejal sikit, senang nak bawak..
  • makin susah nak bagi mandi, suka berdiri dan banyak bergerak...licin tau!
  • suka diduduk, kalau dibaringkan, meraung..haha
  • suka bercakap, 'baby vocab' dah lebih meluas..terkumat kamit je mulut dia..hehe
  • leher dia dah stabil bila didukung
  • dapat memegang sesuatu dengan lebih baik
  • selalu temukan dua belah tangan macam dalam gambar kat atas
  • sangat alert dengan kehadiran mama dia ;))
  • dah pandai mengiring sikit-sikit (sendiri)
  • dah boleh meniarap setempat (dengan bantuan mama)
  • waktu tido yang yang lebih seragam
  • suka orang usik, suka ketawa
  • asyik melengkungkan badan, mintak didukung
  • pergerakan tangan dan kaki yang banyak, macam nak meloncat
  • suka tarik rambut sendiri..pelik betul ini budak
  • suka bukak mata besar-besar bila memerhati orang
  • suka buat buih2 dengan air liur..haha
  • bila tido mesti akan beralih tempat..ke sisi, atau kebawah..misteri tu ;p
  • dah reti menjerit...terkejut mama tau. hehe
  • hmm, ape lagi ek?


dear muna, cepatnya masa berlalu kan? mama harap muna dapat membesar dengan sempurna dan sihat sayang..itu yang mama selalu doakan..my prayers be with u  

Wednesday, December 26, 2012

seronotnya

Best nye lah on9 pakai tepon canggih ni..haha...this is actually my first attempt using a smartphone..tapi bukan aku punye la..boleh tahan gak laju aku menaip ni..kalau nak diikut aku tak suka sangat touchscreen ni tapi mcm best la pulak..

Ok lah..just a short update from me..i'm kinda bz right now ..shall update this blog later, c u..

assalamualaikum..

Thursday, December 20, 2012

sepi

Sepi hati...terjadi lagi
Mungkin sampai mati...aku Sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja..

Aku ini... yang bisa mengerti
Walaupun yang lain, mau mengerti
Namun berat beban hidupku
Biarkan saja..Biar saja 
Hanya ku yang tahu..

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam




so beautifully written and sung. 
feelinggg jiwanngg karatt wehhh
biarkan saja, biar saja, hanya ku yang tahu.

Wednesday, December 19, 2012

husband n wife ;)

hubby: abang nak buat nasi goreng lah, sayang nak?
wifey:: nak! buat yang old school punya tau..taknak yang campur benda pelik2..
hubby: ok..sayang makan tempoyak tak? (sengaja tanya, walhal dah tau wifey nya tak makan apa-apa yang ada kaitan dengan durian)
wifey: takkk...abang ni saje je kan, jangan letak tau..
hubby: ok..
(nasi goreng dah siap, dihidang dengan kopi susu ais kegemaran wifey)
wifey: abang jaga anak kita ni kejap, sayang nak makan
hubby: ok...sedap tak?
wifey: hm...abang letak tempoyak eh?
hubby: takdelah..mana ade
wifey: saspek btul ni, mana tempoyak semalam eh (dalam hati) habis tu nape rasa macam tempoyak eh?
hubby: hehe...sudu tu, bekas abng makan tempoyak tadi..pinggan tu pun sama..
wifey: grrr


edited: sumpah tak perasan tajuk entri sama dengan m.aria el.ena punya..keh keh...i luv her blog ;)

Sunday, December 16, 2012

just to feel better

"why do you have to go and make things so complicated?" terdetik pulak lagu tu kat dalam kepala ni. aku tak suka nak meremehkan sesuatu yang simple, kan...macam  "why fix things that are not broken?" tapi...aku kena faham dan mengerti yang bukan semua orang berfikir sama macam aku..mungkin aku nak macam ni, mungkin dia nak macam tu..huhu

so 1) letak ego aku ke tepi. 2) terima seadanya. and 3) move on..sebenarnya tak semudah nak menaip tiga ayat tu.. tapi that's exactly what i have to do....."and i'd do anything to just feel better"....jom layan lagu ni..


haha. asal ada situasi terfikir lagu untuknya.

Friday, December 14, 2012

[SEW] inner tudung

salam hari jumaat semua...hari ni aku nak share aku punya percubaan pertama menjahit tudung yang berawning..tapi aku tak suka pakai yang awning keras tu, so aku buat yang lembut punya, biar dia melekap kat dahiku yang jendul ni...hehe

nak buat ni tak susah pun, sebab aku ikut saiz tudung awning atau tudung instant yang aku suka pakai dan lukis lah pola...just that aku pendekkan sebab kononnya nak pakai kat dalam, selendang kat luar..inner tudung la tu...

jom tengok camne aku buat...tunggu sat, ni bukan tutorial tau..kalau nak tutorial, sila gugel k..berlambak di pasaran..hehe


haha very der simple kan? sekali bila sarung kat kepala aku yang comey ni, sendattt! nape tak dapat masuk neh??? rupanya tudung contoh yang aku ambik ukuran tu kain dia sangat lah stretchy..kain yang aku pakai ni kain jersey je..mungkin aku bajet aku kiut macam ni kot :

papamuna's niece yang aku 'paksa' jadi model aku...haha

sempena hari jumaat yang mulia ni marilah kita mencontohi adik manis kita muna dalili ni...kecik2 lagi dah berhijab..huhu, mak dia bila lagi ye???

.
.
.
.
.
.
.



manis tak? manis tak? heheh susah betul nak suruh dia posing pakai tudung ni..pasni bolehlah mama pakaikan tudung comel2 kat muna..manelah tau nanti mama dia pun ikut berhijab...in shaa Allah...;)


hari ni sweetheart mama n papa ni genap 3 bulan...syukur..Ya Allah s.w.t



Wednesday, December 12, 2012

[TEASER] Surprise from papa ❤

papa got mama a new handbag~ 
not just one but many ;) 
for now let me show just one. 
from ni.ne w.est weh..haha


style sling bag
velvety texture
just the right size
love it! 
thanks papamuna (^_*)

Tuesday, December 11, 2012

[RESIPI] Char Kuey Teow Simple

one of my faveret everr is char kuey teow. tak tau lah kalau spelling tu betul..asalkan korang paham sudah la..makanan ni sedap dimakan panas-panas dan lagi layan kalau cuaca tengah sejuk, especially malam..hehe..

yang aku makan ni versi penang mari punya...tak tau pulak ada berapa versi..tapi aku suka char kuey teow 'basah' like this:

macam kenal je?

laju je makan ;p

asal beli je abis sepinggan..yang ni pun dah mintak kuey teow lebih dah ni. memang layan lah..tetiba suatu hari tu, teringin pulak nak masak sendiri. yakin boleh ke?

ok jom tengok resipi yang aku olah sendiri hasil pencarian di internet dan campur tangan my sifu papamuna...aku bagi nama char kuey teow simple, sebab ia memang simple giler, tak payah nak buat sos khas char kuey teow, tapi rasa pun lebih kurang sedap ;)


Bahan-bahan (untuk sepinggan sahaja)
  • kuey teow
  • 1 sudu fish sauce
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu petis udang
  • 2-3 sudu cili kering dah diblend
  • ayam/udang/kerang/sotong/semua sekali
  • daun kuchai (hiris dalam 2 inci)
  • taugeh
  • 2-3 sudu minyak masak
  • satu senduk air rebusan (ayam/udang)
  • 2 ulas bawang putih ditutuk
  • 1-2 biji telur
  • cili jeruk sebagai hiasan dan penambah selera


cara memasak:

  1. panaskan minyak, masukkan bawang putih, tumis sampai naik bau.
  2. masukkan cili kering yang diblend..ikut tahap kepedasan yang disukai. kacau rata
  3. masukkan 1 sudu : fish sauce, kicao cair, sos tiram dan petis udang. kacau rata
  4. besarkan api..boleh lah buat bunyi kung kang kung kang macam dalam tv tu..haha
  5. masukkan air rebusan..masa ni api boleh naik..best! 
  6. masukkan kuey teow, kalau ada jenis yang nipis sedikit..kuey teow biasa pun ok...
  7. masukkan taugeh dan daun kuchai
  8. kacau rata, api biar besar
  9. pecahkan dan masukkan telur
  10. kacau rata biarkan mendidh dalam 5 saat.
  11. hidang bersama cili jeruk


it's done and ready to be eaten!


my simple char kuey teow

kat semua gambar di atas tak nampak pun kelibat udang? nampaknya ada udang di sebalik kuey teow..tee hee ;)

kalau nak best lagi pakai la udang saiz besar sket

barulah berselera kan? (pic googled)


Monday, December 10, 2012

anak mama dan tangannya

sebelum korang baca, let me give u a friendly reminder, entri ni panjang dan banyak gambar! kalau tengah mengantuk kat opis tu takyah baca! haha

mama bila nak mandikan muna ni...asyik buat entri baru je???


oo pandai dia sorok tangan dia yeh

dalam seminggu ni aku perasan muna suka sangat masukkan tangan dalam mulut...tapi bila aku belek2 lagi folder gambar dia, rupanya memang dia suka buat camtu...dari dulu lagi..baby memang camtu kot...cuma, sekarang ni memang kerap sangat lah dia nak kunyah tangan dia tu..

1


2


3

4


5



gambar 1 hingga 5 tu dari newborn sampai yang terkini..semua orang kata, maybe muna nak makan kot...tapi aku tak nak lah bagi dia makan awal sangat...empat hari lagi baru masuk 3 bulan...lagipun aku tak rasa dia lapar..sebab baru lepas feeding pun dia still kunyah tangan dia..

so aku pun cuba buat kesimpulan sendiri...aku bagitau papamuna, maybe dia dah kenal tangan dia kot...sebab kalau dikaji kronologi muna dan tangan dia ni, semua bermula dengan kepit sebelah tangan, diikuti dengan merenung tangan, pastu kepit dua-dua belah tangan (memang susah nak masukkan baju nih), dan last-last kunyah tangan...

aku try google dan jumpa penjelasan ni..tak sangka, apa yang aku pikir tu sama dengan apa yang 'expert' kata...haha

printscreen from parents.com
kalau pasal nak tumbuh gigi tu, aku rasa macam awal lagi je..tapi aku ada perasan kat gusi muna ada putih-putih, kat bahagian gigi geraham tu...tapi kakak ipar aku kata tu bekas susu..yelah kan..takkan gigi kot..aku try ambik gambar, tapi ni jadinya:

meronta-ronta dia

lagi satu habit dia ni, dia suka mengunyah kosong..maksudnya dalam mulut dia takde pape pun..tapi nampak macam tengah mengunyah sesuatu..peliklah muna ni..ke semua baby camtu? even tengah tido pun sama jugak..haha..scroll down for more gelagat muna dan tangannya:











tak kira malam atau siang..







muna oh muna~ mama doakan muna akan dikurniakan bakat dengan tangan muna ni..ape-ape je semua pandai, pandai masak, pandai buat kuih, pandai menjahit (ehem), pandai melukis, pandai urut mama nanti, pandai menulis, pandai bertukang, pandai mereka cipta, dan yang sewaktu dengannyalah.

kita mak-mak ni macam2 yang kita inginkan untuk anak kita kan. kadang-kadang tersenyum sendiri memikirkan..in shaa Allah mama akan support muna dalam ape pun yang muna nak buat bila dah besar nanti, as long as tak melanggar syariat agama dan norma masyarakat..hehe

sebab tu even muna kunyah tangan, mama tak stop muna dengan pakaikan mittens atau sumbat paci..mama will let you explore your world~

just dont torture mama lebih2 nanti k? 

Sunday, December 9, 2012

bad momma~!

am i a bad momma? 

because i love it when baby muna cries. (but only when she cries for no reason ;p) haha..it just feels so good because the face expression is just too cute! 



am i the only one who feels this way?

am i a psycho?

haha

Wednesday, December 5, 2012

[SEW] an impromptu skirt with a blouse

herlow~ hari ni aku nak story sikit pasal skirt dengan blouse yang aku jahit dalam masa satu hari tu...that's why aku namakan dia, "an impromptu skirt with a blouse" haha...outfit yang ada nama...kau hada???

ehem. excuse my attitude hari ni yang kurang baik. hehe...guwe capek deh..kelam kabut buat keja rumah pagi tadi sebab nak ikut papamuna keluar. nak cari baby carrier kat giant macam yang my bestie mimi kata..but to no avail..muna tak ikut...mama, papa n abng ijan sekejap je;) end up beli baby spring cot lagi satu untuk letak kat ruang tamu. senanglah mama nak jenguk-jenguk muna masa mama tengah menjahit..

balik2 papamuna beli buah durian, siap makan kat situ..macam orang tak pernah jumpa durian..haha..lepas makan kat situ sambung lagi kat dalam kereta..pastu tak cukup lagi oi...kat rumah sambung lagi..so petang tadi dah mengadu rasa nak demamlah, tak sedap badan lah...adoiyai lakiku..pesta durian sesangat kan..aku? durian? bagi free pun aku taknak..haha

ok maaf entri tersimpang. balik pada topik, dress ni aku buat untuk siti nuratiqah sempena besday dia aritu yang aku pernah cerita kat sini.


pagi tu, aku dah takde masa nak cari hadiah...hasil perbincangan dan consultation dari kakak-kakak ipar, maka terjadilah 2 piece outfit ni untuk budak perempuan comel yang berumur 3 tahun ni...


from this...
to this...
mula-mula nak buat skirt je, tapi rasa tak lengkap pulak..skirt tu jenis ruffled layered skirt..dan blouse tu pulak jenis berkedut dia atas, dan untuk taknak bagi nampak besar sangat aku tambah tali kat tengah dia..feeling somerset bay lah kononnya kan..dengan details bunga-bunga kecil tu..

tips untuk buat baju budak ni mesti kembang2 sikit skirt dan baju dia, barulah selesa untuk dipakai..skirt tu tak cukup flare..takpelah, something new to learn.

to adik iqa, i really hope u like it ;)

Monday, December 3, 2012

muna's look-alike

dah lama aku pendam rahsia ni...haha...sebenarnya, sejak muna dilahirkan..aku tak ingat sangat lah hari keberapa, tapi masa tu baru-baru jugak lah..aku perasan yang muka anak aku ni macam muka tweety bird! haha boleh?

i mean it in a good way, in a cute way, so dont get offended..haha...baru-baru ni, aku berjaya jugak tangkap gambar dia buat tweety birdie face tu.


.
.
.
.
.
.




lolz..sama kan? hehe..kebetulan muna pun pakai baju kaler kuning..makin terserlah lah..teringat pulak kecomelan tweety bird ni kat dalam tv masa kecik2 dulu...


"i tawt i taw a puddy tat"

"i thought i saw a pussy cat"


papamuna dulu sebelum ada anak, beria je kononnya taknak cakap pelat dengan anak. cakap macam biasa je...tapi sekarang ntah sape lebih pelat dari sape ntah...haha..people change kan? 

i guess he just loves his daughter so much.

awwww
(─‿‿─)

[NEW LOOK] light pink

if you notice, my blog has been revamped! the theme colour is light pink. i absolutely love it! hehe syok sendiri..kira new look for the coming new year lorr...it's not final yet, but this is how it looks like right now:
.
.
.
.
.



and i didnt even use any customized template..just the 'Simple Template' from Blogger. not bad for someone who claimed herself as computer dummie eh? haha

ahh, i forgot to capture the 'before' look! but it's all in red and was too simple. 

aku ni cepat boring, tak tau la sampai bila boleh bertahan dengan design ni.till then, have a nice day!

Saturday, December 1, 2012

anak mama dan susunya

semalam aku jiwa kacau sikit...jiwa kacau-the return..hehe..pastu aku perasan muna taknak menyusu...dia macam tau je mama dia takde mood, dia pun ikut sekali takde mood...amboi3..

dari pagi ke malam nak habiskan botol 4oz pun payah..dia buat semua orang risau..so aku duk pujuk-pujuk dia suruh minum susu, still taknak. memberontak sungguh..asal letak puting botol susu kat mulut dia, dia akan tutup rapat mulut dia yang kecik tu, tolak-menolak, keras-mengeraskan badan takpun dia palingkan muka dia. huh.

ini masa nak menyusu, siap pegang botol lagi.

malam tu, terpaksa panggil orang tua yang pandai handle masalah macamni..tapi sepanjang malam semalam sampai ke pagi tadi, baru sebotol setengah..botol newborn pulak tu..tu pun dia minum dengan mata pejam..ntah sedar ke tidak dia tengah menyusu...dah banyak fm mama buang sebab muna taknak minum.

tapi anak mama ni, dalam taknak menyusu tu, rilek je dia. tak nangis..eh tak lapo ke?? tido pun taknak, sampai dah merah dah mata..ni degil ni ikut perangai siapa agaknya eh? hehe

orang tua-tua kata jangan pegang pipi baby, nanti baby takmau menyusu..betul ke? tapi sebelum kejadian memang ada ramai anak buah papamuna duk pegang2 muna..pegang hidung, tangan, dahi, kaki, perut, pipi, semualah. saboo je la aku.

ataupun adakah muna stress jugak sebab aku stress? aku tengok dia, dia tengok aku. haha..selalunya mama tak pandai nak sorok perasaan mama, tapi untuk kebaikan muna, mama ceriakan jugak diri mama.

alhamdulillah, pagi ni je dah 7 oz muna minum..dan dia ceria seperti biasa.


oh anakku, u made mama so worry morry tau. ;p eh lupa nak cerita..21 november yang lepas muna dah beralih dari susu lactogen langkah satu kepada susu dumex dulac..still murah je..cuma tukar jenama..aku tak aware pulak lactogen from nestle yang diboikot umat islam sebab israel tu...hehe bagus jugak lah dah tukar..




yang ni sudu pencedok untuk susu lactogen..satu mewakili 350g ..dalam gambar 14 tapi sepatutnya 15, sebab sekali tu beli 700g dapat 1 je sudu. dalam 2 bulan beberapa hari muna consume banyak ni..so kalau dikira, 5.25 kilo susu tepung dah muna consume. nak dekat RM 150..hehe see muna, your mommy ni quite calculative orangnya..ceh.




ni lah susu muna yang terbaru. tapi korang nampak tak apa yang aku nampak? papamuna salah beli susu! tak pasal2 muna dah minum 6 oz susu langkah 2, which is dumex dupro. 


 ok, dah tak salah dah..nanti mama kira comsumption muna untuk susu ni pulak ye..haha..

sory muna, bukan mama taknak breastfeed muna. tapi pelbagai halangan dan ranjau berduri kita berdua tempuhi..mungkin untuk adik2 muna nanti mama akan try lagi. tapi untuk arwah kakak luna tsara mama sempat bagi breastmilk kat dia sampai sebulan..syukur alhamdulillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...