Monday, April 29, 2013

testing



testing post ini dibuat sebab saje-saje gatai nak atur alignment dalam blogger bila di post daripada mobile...saya mahu ia center ....ok? so right now we can see the result...puas hati ke?

edited: ala..still alignment berterabur la...ecece..ni dah edit baru center..hurm, kat atas ni qr image untuk wechat aku, klu rasa nak add silakan~..

Saturday, April 27, 2013

Cheeky face






Kira2 dalam 3 hari lepas aku notice muna macam dah pandai bergurau lah..

Mula2 aku biarkan dia duduk (sebab nak suruh dia 'behave' skit, kalo tak memang merayap je since dia belum merangkak) dan pastu aku bagi dia kertas. Trick aku untuk buat dia 'occupied'..haha. Sambil2 tu aku tengok dia, dia pun tengok aku.

Dia pun bila dapat kertas tu dok belek2 depan belakang 3 kali pastu dia senyum dengan mata2 pun senyum sekali..camni (^_^). Pastu dia ulang lagi..aku pun pikir, eh2 dah pandai bergurau pulak dia.

Last night masa tengah ramai2 kat ruang tamu rumah. Dia dok buat benda sama. Pastu my mil, dan sil kata eh dah pandi gurau dengan orang lah..haha geram tengok dia. Tapi bila masa dia diam, memang dikunci mulut tu. Huhu

Hello..cheeky face!

Friday, April 26, 2013

[RESIPI] gulai lemak pisang muda


Salam jumaat..apa menu korang lunch hari ni? Yang ni sebenarnya lauk dah lama aku buat, just nak share kat sini sebab dia sedap tau. Hehe..dulu tak suka tapi entah macam mana tekak aku boleh terlayan pulak. Haha

Bahan2: pisang muda, santan, cili giling, bawang merah, serbuk kunyit, asam keping (sikit je), garam, gula dan perasa. Masukkan semua bahan dalam santan dengan api perlahan. Bawang pun hiris2 je..

Korang leh la tambah2 sikit, udang ke, ikan masin ke, daging ke..rencah dia pun sama leh tambah belacan ke, serai ke. Ape2 lah yang korang nak..aku suka dia simple camni je..ikut selera masing2 la kan..Makan panas2 dengan nasi dan sambal udang. Sedapnya..(^_^)

Monday, April 22, 2013

Hasil tangkapan hari ini ;)


Bukan aku yang mengail la tapi..haha bapa mertuaku yang punya..aku tumpang makan je ar..(^___^)

Sunday, April 21, 2013

[SEW] beading baju kurung kanak-kanak




Hari selasa yang lepas ada customer aku ni request untuk jahitkan manik untuk baju anak dia..nak pakai hari jumaat..

Aku ambik masa 2 hari sbb jahit waktu mlm smbil tengok tv. Hehe..beads yang besar tu customer yang sediakan..yang kecik2 warna hijau tu aku memandai tambah..tak reti nak design sangat, hentam je la, asalkan smua beads lekat kat baju dengan susunan yang elok dipandang.haha

Monday, April 15, 2013

mencurah-curah

salam...jam menunjukkan pukul 10.35 malam..sepatutnya aku kat bilik jahit, ataupun kat atas katil, dibuai mimpi..tapi hari ni tak, aku rasa macam nak blogwalking..

sampai la kat satu blog ni...pemilik blog pun seorang ibu..dia pun pernah kehilangan babynya...aku tertarik sangat nak baca kisah babynya walaupun dah lama berlalu..

tanpa disedari, dah mencurah-curah air mata aku berguguran..i cannot help it! sangat sedih ok. hari-hari getir tu..aku dah laluinya..dan bukan seorang, tapi dua orang pada satu masa..kat nicu...intubated...masa tahlil pun buat dua kali dalam masa dua bulan.. dan aku masih dalam pantang masa tu.. aku rasa hanya seorang ibu yang pernah kehilangan anaknya yang akan faham kesedihan yang macam tu..huhu..bukan tak redha..cuma bila teringat balik tu rasa rindu...rasa sayu..mama harap luna-luna tenang disisi-Nya..

hari ni tadi, anak buah papamuna accidentally menyebabkan kecederaan pada muna..kepala muna ada garisan yang agak panjang dan merah macam berdarah, tapi takdelah mengalir.. tapi macam tercalar..syukur muna nangis kejap je, mungkin pedih kot..tapi bila aku tanya niece papamuna tu apa sebenarnya yang terjadi, dia macam takut nak bagitau hal sebenar..mungkin je...sebab dia nangis, sebab takut.

aku kat dapur masa tu tengah buat keje sikit, bila aku dengar bunyi yang agak kuat..dah tak sedap hati dah masa tu..tapi aku cool jelah, dalam hati pikir, benda dah jadi pun kan. nak sedapkan hati je tu.

sayang anak mama. some things are just beyond our control..mama sentiasa doakan muna dilindungi Allah s.w.t. 

new place to shop

yeah~ KR1M dah sampai ke kota samarahan (^___^). kalau ada apa-apa benda baru yang datang kat sini memang aku la orang yang paling teruja kot..haha..ini baru kejutan budaya..

bukan apa, aku ni dah terbiasa membesar kat 'oouh..kuala lumpur..kotarayaku'... jadi macam dah biasa dengan kemeriahan kedai2..pastu berhijrah pulak kat kawasan luar bandar ni..yang sangatlah best dan chill....tapi (walaupun dah 7 tahun since aku first sampai) still banyak sangat shoplot yang kosong. obviously, aku rindukan deretan kedai mamak. rindukan kemeriahan. 

kat sini bukan tak ada, ada.. tapi vibe dia, environment, suasana..tak sama....

ada lagi tempat-tempat yang baru bukak kat kuching, macam plaza merdeka (ada dorothy perkins ;D) dan metrojaya..kalau tak silap aku lah..sekali imbas je aku tengok masa tu..dah nampak..haha..aku nak sangat pegi! 




kemas, bersih..hopefully kekal camni

not bad lah product dia


sebenarnya ada lagi satu 'pembangunan' yang ku nanti2kan..shopping mall yang agak besar kat kota samarahan..aku rasa progress dia macam dah 60%..tunggu je la..kalau tengok kat signboard macam ada hotel, lagoon, cinema..etc..


(o_0)
sebelah unimas je ni..students nowadays are so spoiled..zaman aku dulu sampai tersesat2 mencari jalan ke kuching untuk sedikit hiburan..lol

Sunday, April 14, 2013

when she calls me mama

hello...hari ni muna genap 7 bulan ;) dah besar anak mama ni...tapi tak besar mana pun, sebab she refused to eat! most of the time la..kadang-kadang je dia makan betul-betul..

almost 7 months, cuteness! 

video kat bawah ni dah lama ambik, kira masa muna 6 bulan 2 minggu camtu...comel nyaaa dia panggil 'mama..mak..mama'...maybe dia confuse jugak kot sebab kadang2 aku bahasakan diri aku mama, kadang2 mak...hehe

sori la dalam video ni kelam kabut sikit sebab sebelah tangan pengang muna, sebelah lagi sibuk cari button record video..pastu muna nak rampas tepon mama pulak (T_T)


. : bundle of joy : .

Friday, April 12, 2013

[SEW] maternity dress





Lama dah tak buat entri menjahit..dress ni aku buat minggu lepas..masa mula2 tu tengok contoh macam susah je (warna biru)..dengan jenis kain yang macam tu..pastu nak concealed zipper kat depan..selalu kat belakang..

So aku try my best je la..hasilnya kira not bad lah kan? Hehe

Teringat pulak aku pregnant dulu takdenya nak buat baju..mix and match je ape yang muat..pastu pakai maxi dress..so comfy~sebab aku fikir tak lama pun pakai kan..

Till then, aku harap customer yang aku tak pernah jumpa ni (sebab she's a friend of my neighbour) puas hati la ye ;)

Thursday, April 11, 2013

Muna's fav stylist



Ini lah jadinya bila papamuna yang pilih pakaian muna..lepas aku mandikan muna dan bersiap2 nak turun kerja, dia siap suruh aku jahitkan bunga merah tu kat topi muna..

Ish..kalau tak diturut karang susah jugak..haha..sabar je ek muna sayang ~kat rumah je pun,hehe

Praktis




Ni ikut tips my faveret blogger..h.anis za.likha..breakfast like king, lunch like prince, dinner like pauper/beggar..

Rojak ayam, roti canai sardin dan kopi ais.

Ok let's burn the calories..kerja, kerja! Haha

Saturday, April 6, 2013

Merah jambu













Mama muna ni kan, semua nak pink je. Haha. Small effort can make a difference. Cewahh

Siap download apps macam2..macam xpenah jumpa tepon je..hehe

Paling kurang pun, bole la bagi semangat dan feel sikit nak wat entry dengan lebih kerap..in shaa allah (^_^)

Friday, April 5, 2013

Perjalanan jauh beribu batu





Perjalanan yang biasanya ambik masa 10 minit akhirnya jadi 45 minit! haha beribu batu ke?

Haha..alkisahnya semalam, masa papamuna nak hantar aku pegi kerja, tetiba tercetusnya idea nak pakai 'jalan darat' yang ada feri kalau nak pegi tempat keje aku..

Aku pun pikir, why not kan..sekali sekala..tengah2 perjalanan baru terdetik, kot2 air tengah surut ke, tak pasal2 kena return back pulak..tapi takpe, pikir positif je ar..

Thankfully, ada feri beroperasi..aku banyak kali je naik feri ni tapi kali ni je reason nya adalah untuk suka2..wahaha

papamuna ni suka spontan2 tau...hehe..kadang2 sesuatu yg tak dirancang tu, menarik juga ye..hewhew (>_~)

Wednesday, April 3, 2013

[Dulu vs Sekarang] Sengkuang dan petis



Like the old days..teringat daku kat sekolah rendah dulu selalu makan sengkuang yang disapu dengan petis dan ditabur dengan kekacang yg separa hancur. Dah la 20sen jer. Seingat aku la..

Dalam gambar ni, aku buat sendiri, except for the petis..apa tu petis...haa..ada jugak orang tak tau, biasanya yang kita makan dengan rojak buah tu..petis ni aku suruh mak kawan aku yang buatkan..aku sediakan bahan-bahan dia je...antaranya sos cili, kicap, cili kering, gula, gula apong (lebih kurang macam gula melaka la kot), belacan, tepung jagung untuk memekatkan petis..bijan dan kacang tanah (optional)..

Sedap weh. Sengkuang bagus untuk penghadaman sebab ada fibre..kebaikan yang lain tak pulak aku tau..malas nak gugel ;p

Try it!

muna and her stroller

muna baru dapat stroller at 6 months old! haha..mama memang tunggu je, berfikir sepuluh kali perlu ke tak, perlu ke tak...last2 mama rasa kena jugak beli..sebab muna dah senang di bawa berjalan, the whole day pun takpe..

eh, tipu ar, tu mama muna tu...kalau muna half day je ar kan..ape pun, memang best la sebab one thing, mama lama dah tak berjalan2 tanpa memikirkan muna di rumah, another thing, muna tak buat hal...thanks sayang..cuma the only time dia mengamuk tu bila aku ambik biskut m.ilna r.usk tu dari tangan dia sebab habis dah cair sampai terkena baju.. kena pujuk ar, baru ok..hehe

mama yang excited


jangan tanya aku mana biji mata sebelah lagi patung mr bean tu



aku beli stroller yang paling murah yang aku boleh cari on the spot..jumpa kat an.akku, kalau ikutkan hati ni, nak le yang hebat2 sikit, tapi ukur baju kat badan sendiri la kan, kata orang..

for that price, aku puas hati ;')

Tuesday, April 2, 2013

Muna mula merangkak?

tak main lah merangkak mama, muna nak terbanggg~

isk isk berat nyer punggung ;p

Hari ni muna berusia 6 bulan 2 minggu 1hari (masa aku mendraftkan entri ni la..dan masa video dirakam) ..masa tengah usik2 dia tadi aku perasan macam dia dah mula nak merangkak..

Tak tau lah kan, tapi dia dah pandai pusing2 dan capai benda yang diletakkan depan dia.. Selalunya dia gerak taklah jauh sangat..dan tak dapat capai pun..tapi hari ni she went up another level..

Macam comel je kalau dah betul2 merangkak (^_~)


eh eehh, terangkat sudah

mesti terkeluar landasan je

padahal luas tuu ruang mama bagi untuk belajar merangkak..hehe


ha...camtu lah...


hurmm, tak puas la tengok gambar..jom tengok video..sila abaikan background sound tu ye:








nah...sekali upload 3 video...over taw..muna belum merangkak betul pun...tapi laju jugak dia mengesot kalau letak barang depan dia...dia nak capai benda tu ;')


sekarang, mama yang tak senang duduk, risaukan pergerakan muna
tengok tu, muka nakal tu. 

Anak bapak

Muna suka peluk papa masa tido..kalau mama, muna nyorok bawah ketiak..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...