Monday, April 15, 2013

mencurah-curah

salam...jam menunjukkan pukul 10.35 malam..sepatutnya aku kat bilik jahit, ataupun kat atas katil, dibuai mimpi..tapi hari ni tak, aku rasa macam nak blogwalking..

sampai la kat satu blog ni...pemilik blog pun seorang ibu..dia pun pernah kehilangan babynya...aku tertarik sangat nak baca kisah babynya walaupun dah lama berlalu..

tanpa disedari, dah mencurah-curah air mata aku berguguran..i cannot help it! sangat sedih ok. hari-hari getir tu..aku dah laluinya..dan bukan seorang, tapi dua orang pada satu masa..kat nicu...intubated...masa tahlil pun buat dua kali dalam masa dua bulan.. dan aku masih dalam pantang masa tu.. aku rasa hanya seorang ibu yang pernah kehilangan anaknya yang akan faham kesedihan yang macam tu..huhu..bukan tak redha..cuma bila teringat balik tu rasa rindu...rasa sayu..mama harap luna-luna tenang disisi-Nya..

hari ni tadi, anak buah papamuna accidentally menyebabkan kecederaan pada muna..kepala muna ada garisan yang agak panjang dan merah macam berdarah, tapi takdelah mengalir.. tapi macam tercalar..syukur muna nangis kejap je, mungkin pedih kot..tapi bila aku tanya niece papamuna tu apa sebenarnya yang terjadi, dia macam takut nak bagitau hal sebenar..mungkin je...sebab dia nangis, sebab takut.

aku kat dapur masa tu tengah buat keje sikit, bila aku dengar bunyi yang agak kuat..dah tak sedap hati dah masa tu..tapi aku cool jelah, dalam hati pikir, benda dah jadi pun kan. nak sedapkan hati je tu.

sayang anak mama. some things are just beyond our control..mama sentiasa doakan muna dilindungi Allah s.w.t. 

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...