Sunday, September 29, 2013

[NEW LOOK] shades of black

from light pink to black, my blog dapat makeover...bukan sekadar layout je tapi tajuk blog pun dah tukar daripada "zombie <3 kentang" jadi "monolog seorang mak"..aku pun taktau mana datang idea tu.. just that aku perasan yang aku ni suka bermonolog. haha.


lama jugak aku bertahan dengan design light pink tu..from december 2012 to september 2013. lama tuh. hehe..

yang ni pulak sampai bila belum tau lagi...

p/s: lama dah mamamuna tak buat makeover kat diri sendiri..teringin!

Thursday, September 26, 2013

muna n the scooter

hi korangs..best kot blogwalking...meriah la sikit aku punya dunia maya ni..baru terkial2 nak follow geng gojes..terasa kerdil diri ini tatkala melihat blog2 supermom yang memang gojes2 belaka..hihi

tengok2 folder gambar sendiri, aku pun dah pening2 lalat dah ni...beribu2 lemon gambar dalam laptop ni, am not kidding k...dah try nak upload kat google drive, depa pun takmau...terlebih had sudah..nak beli external drive macam sayang duit pulak..tapi risau aku kalau2 gambar2 ni semua hilang...oh tidakk....

alaa..bukan gambar apepun, aku memang suka snap2 gambar, mostly pakai tepon je pun since kamera aku dah rosak. huhu..

anyways..aku nak share aktiviti kitorang kalau weekends, kalau tak melencong kemana2...kitorang akan gather2 (family mertua) sebab semua rumah dekat2..kira merapatkan silaturrahim...4 buah rumah berderet, first rumah PIL, pastu ketiga-tiga tu umah kakak2 papamuna..bilalah agaknya turn kitorang pulak ada rumah sendiri? hmm..

kalau anak2 buah dah berkumpul..boleh migrain ko tau. hahaha...gile lah penangan budak2 ni...tapi kadang2 best gak diorang ni, boleh diharap. aku slalu je suruh diorang macam2..tapi kena bagi upah la...kalau tak, lambat cerita..all in all, it's a win-win situation..huhu

taraaa~ scooter yang dah menunggu kehadiran muna


alamak kaki tak sampai nak tekan minyak

lalala...nasib baik ada orang tukang bawak scooter...meet kakak pika, adik bongsu abang kamal

ok, muna nak pegi mana lagi?

part yang paling best ialah, muna ni cucu yang paling kecik. kira the latest one..kalau tunggu adik papamuna kawin, maybe lambat lagi...kalau kakak2 muna pun macam lambat lagi jerr...menurut firasat aku la...hihi..tapi kalau nak ada cicit maybe tak lama lagi. tunggu kamal dan wife dia ada anak. omg..kalau kamal sepatutnya panggil aku 'cik is' then anak dia panggil aku apa ek??? hahaa...


sebagai cucu paling kecik dan tomei, barang2 kazen2 dia banyak yang dapat kat dia..contohnya, scooter ni...biras aku cakap 'is. kalau muna nak main scooter ni, ambik la bawak balik rumah, abang atiq dah taknak main sangat benda ni'...

muna jom. hehe

Tuesday, September 24, 2013

muna is one! happy birthday sayang ;)

assalamualaikum...sedar tak sedar muna mama ni dah setahun~ 

ponnnn ponnn!!!perhatian semua, iolss dah setahun okeyh
seronok sangat ada anak kan. hidup memang banyak berubah. kadang2 aku mengeluh jugak sebab sejak muna mengambil tempat dalam hidup aku dan papamuna, susah aku nak cari masa untuk diri sendiri. even untuk buat entry, amatlah payah. sebab bila aku betul2 ada masa, it's either aku akan ngantuk atau memang takde mood untuk menulis. sememangnya, aku kaki tido..haha

tapi...tapi bila tengok muka muna...mata si cantik yang merenung tepat ke dalam anak mata aku, aku tau dah yang aku sekarang bukan kena jaga diri sendiri je..wake up is, wake up. 

sebelum birthday, aku memang tak plan apa2 untuk muna. despite angan2 aku yang macam2 tu..."nanti kalau muna setahun aku nak buat macam ni...buat macam tu.." siap ada entry "blow the candles and make a wish" lagi tu...ye aku memang kuat berangan...

sampailah ke hari ulang tahun kelahiran muna, 14 september yang lepas, aku still blur. "eh takkan laaa tak celebrate hari jadi anak...at least ada la gambar untuk kenang-kenangan"...aku pun cakap kat papamuna, "bang, jom kita beli kek muna, pastu kita bawak la dia round2 kejap, hari ni kan hari dia" as usual, papamuna tak banyak membantah. 

birthday girl pakai gaun yang mama buat ;)

so simple tapi aku puas hati..hehe
nama pun birthday girl kan, tak sah la kalau tak potong kek...hihi...tapi kan ada satu benda aku terkilan...hukhuk...orang lain sambut birthday anak, ada jugak yang jemput my FIL untuk baca doa...tapiiii untuk cucu kesayangan ni, kitorang boleh LUPA baca doa..huhu...dah nyanyi lagu happy birthday, terus tiup lilin dan potong kek..very the western style...mentang2 menu pun western...xsuka2!

hi cik adik...belum lagi laa
eh nape ada orang nyanyi2 kat sana tu??
oo..diorang nyanyi untuk muna rupanya...hurm..okey, sekarang boleh potong
ok ker kek ni, jom muna test dulu...erm...not bad lahh
oopsiee...sedap la mama..jangan letak gambar ni kat blog tau...huhuh

last minute punya plan, so result nya pun kategori last minute jugak la ye...tapi aku tak kesah...sebab aku tak suka nak pening2 kepala memikirkan yang tak ada...lebih baik aku fokus dengan apa yang ada...hehe..

birthday girl, jauh menung nampak? huhu
ala sayang mama ni, senyum la sikit....
aaa...ok lah tu...senyum kena paksa ke ni? hehehe
muna bukan ape mama, muna tek berani la tengok bola2 ni...besar sangat..takut tenggelam...huhuh
haa yang ni muna suka...
eh, mana hon dia mama?
back to this car...yang ni best ma, ada hon hon...hehe
mama...mama.....where are youuu
lalala~mama jangan pegi jauh2 tau..kita main bola baling nak?
wow...best lah motor ni mama, nak satu? amboii

*****************

nak dijadikan cerita, masa keluar bawak muna jalan2 tu, sempat aku selesaikan semua yang berikut.. ecewah:


  • order cake american chocolate (aku tak feveret kek lain), 
  • beli wrapping paper polka dot 
  • belon warna warni 
  • tali putih tu 
  • print alphabets 'happy 1st birthday muna' (semua untuk aku buat backdrop tak semenggah yang kakak ipar aku gelar 'pelamin' muna...hahaha..ribbon tu lebih ribbon masa kamal nikah haritu..pastu aku duk gulung2 ribbon tu guna skill yang aku blaja masa sekolah rendah dulu. pehh..)
  • sempat gak aku beli yang headband bintang2 tu tak sampai rm2 aku beli..seringgit berapa ntah, suka sangat tengok muna pakai sebab matching dengan baju..
  • beli barang2 makanan..

tapi satu benda lagi yang aku agak terkilan. pengajaran untuk lain kali, jangan sesekali beli belon sepeket aje...beli la 10 paket ke...sebab dalam satu paket tu 3 ketui je yang dapat diselamatkan..yang lain bocor...hampeh tul...huagrrh..

pelamin tak semenggah  :P
feel tuu makan..feveret everr katanyaa
dari segi makanan pulak, aku tau dah, memang takde masa nak prepare makanan sangat, ingatkan nak buat mee..tapi sape nak masak? aku bz kot buat pelamin muna...kehkeh...papamuna pulak bz setup 'warung' dia untuk orang lepak2 tengok bola. so aku pun suggest beli makanan frozen je. antara menu yang ada ialah popcorn chicken, french fries, coleslaw, nuggets, keropok cheese, air milo ais dan kek.. nasiblah...aku tak jemput ramai pun...huhu

jemput makan ye apa yang ada...haha
***btw, birthday muna tahun ni best, sebab jatuh pada hari sabtu...hari isnin cuti umum bersempena hari malaysia...masa malam birthday tu, orang lain bz tengok bola, pastu jiran depan rumah buat concert sebab esoknya tu majlis perkahwinan anak diorang...so, memang meriah. tapi aku pening2 jugak sebab kerja menjahit menimbun...

Apapun, Alhamdulillah aku sangat happy sebab muna enjoy birthday nye..(i hope so)..dan aku pun enjoy walaupun disambut dalam keadaan yang last minute dan banyak sangat kekurangan...

masuk je pukul 12:00 aku up status ni kat FB:

"Happy Birthday to the One & Only Muna Dalili. from Mama Is & Papa Alok"

sayanggg muna anak mama.
::hugs & kisses::

(っ◕‿◕)っ      (◕‿◕✿)



Monday, September 23, 2013

[SEW] simple leggings for baby / toddler

hello everibodi...today aku nak share dengan korang macam mana aku buat legging untuk my little muna. sangat menjimatkan. hanya guna t-shirt2 lama yang aku jarang pakai atau tak pernah dan takkan pakai..hehe

aku tak reti nak bagi tutorial yang sangat terperinci. lagipun aku malas nak snap gambar banyak sebab nak cepat siapkan legging tu..haha..sat gi aku bagi link kat korang tutorial yang aku follow yek, anang irau..hehe


so simple kan? aku guna t-shirt sebab aku nak muna selesa pakai. nak cuba guna lycra atau yang sewaktu dengannya. yang dapat stretch ofcos. so far aku baru buat 2 jek. nak tambah koleksi, tapi masa begitu terhad. padahal kalau dah pegang gunting tu tak sampai 10 minit pun dah jadi aku rasa..







so cute kan :) btw macam2 lagi yang kita boleh buat...contoh nya tambah ruffles, buat dia bertutup macam socks tu ntah apa nama dia...apa2 la yang korang suka...

image from: www. makeit-loveit.com
ala tomei-tomei kan? untuk tutorialnya klik sini

image from: www.seekatesew.com
image from: www.daveandjoi.blogspot.com

image from: www.pinterest.com

image from: www.smallfriendly.com

image from: www.makeit-loveit.com

image from: www.feathersflights.com

haa..banyak kan contoh2 yang boleh bagi korang inspirasi...baby atau toddler lelaki pun cute sangat pakai legging.

selamat mencuba!


Friday, September 20, 2013

The List Maker



Ini adalah attempt untuk kerap update ye..hehe..kata entry birthday coming soon..tapi bayang pun tak nampak lagi..tipu ar kau ni..eh aku kata soon kan, bukan coming next..hahaha. Anyways aku terjumpa ni kat facebook. Senyum je aku membaca nye. I'm such a big procrastinator. Ya, saya sedar diri..hampir semua ciri-ciri tu aku ada. Tu yang malam tadi instead of buat entry pakai lappie, termelencong pegi you.tube pulak..hihi. Satu benda yang aku perasan aku ni kan, sebelum nak buat sesuatu mesti nak carik mood dulu (kononnya lah..padahal suka procrastinate je lebih)..pastu suka buat list. Ala malunya nak citer..haha.. Siap bahagi 4 bahagian. Urgent & important, not urgent but important, urgent but not important dan lastly not urgent & not important..duk pikir2 kerja yang belum settle..pastu jot down atas kertas..lipat2..selit kat dalam kotak pensel. Haha. Organizer ada 3 bijik kat umah. yang aku simpan dari zaman roxy masa sekolah dulu.. Mula2 je semangat nak tulih dalam tu. Last2 bila dah termiss 2-3 hari atau minggu, terus simpan dalam laci. Ha, duk diam2..Haih, dah macam wanita berkerjaya profesional je. Berorganizer bagai.. I is tired buat list-list..kerjanya belum jugak mula..acaner nak habis? Hurmm..I think it's time to change..tunggu aku ada masa nanti lah (pun intended). haha


Thursday, September 19, 2013

[husband & wife] cover line

di suatu pagi yang hening...si suami tengah masak mee goreng, si isteri pulak tengah mencuci pakaian. maka berlakulah dialog seperti berikut:

hubby: aku bisa...tuk menjadi apa...yang kau minta...tuk menjadi apa yang kau inginkan (menyanyi lagu selimut hati by dewa19)
wifey: woww...romantiknyeerrss (menyampuk dengan niat mengacau si hubby)
hubby: .......(sambil buat signal mata menunjukkan, bapaknyer a.k.a my FIL ada kat sebelah sana)
wifey: .........(alamak malu ler)
hubby: tapi ku tak bisa menjadi dirinya...haa...yaa..yaa (sambung nyanyi)
wifey : bang, muna still tido ke kat depan tu??? (si wifey nak cover line dah malu dengan FIL nyer)
hubby: ish orang nak nyanyi adalah dia kacau..aah la muna tengah tido, kalau dah bangun, takdelah abang kat dapur ni (dengan nada bengang tapi comel)
wifey: hahahaha memang sayang taknak abang nyanyi punnn
hubby: aku...kan menjadi malam2 mu..(sambung menyanyi)
wifey: huhh.


.....................


tu cerita pagi tadi..ni cerita fresh, berlaku tengah hari tadi:


dan aku masih blur..haha


Tuesday, September 17, 2013

Welcome to toddlerhood

Dah bersarang blog aku ni ek..err...hehe bayangkan ada sawang labah2..nama pun laman sesawang, kena la ikut konsep nama..tul tak? Haha x kelakar.
Sebelum aku mengarut panjang lebar ni nak gitau je, my muna is no longer a baby, dia dah setahun 3 hari... 
Tengok arrow merah kat printscreen tu..temper tantrums...takyah tunggu setahun, muna dah pandai nak tunjuk perasaan..kalau ada yang tak kena memang dia akan meniarap pastu hentak2 tangan n kaki..kalau tak pun dia akan hentak2 kaki sambil bersandar atau nak keluarkan diri dari walker..huhu..yes, dia masih guna walker sbb belum pandai jalan..tapi sekejap2 je. Time makan. Tak lama lagi kot dia nak pandai jalan. Dah laju bertatih. Sabar ye..btw, hari ni checkup setahun. Yang cucuk mmr tu..aku risau ni. Tapi tetap nak cucuk. Harap sangat muna tak kena AEFI. Dah buat test telur, tak allergic. Mana boleh allergic. Mama dia suka makan telur..haha. Entry birthday coming soon. Stay tuned :D

Thursday, September 12, 2013

[SEW] busana pengantin tina

kesinambungan entri teaser: busana pengantin yang lepas...busana pengantin ke? hehe this is more to baju kurung moden untuk akad nikah tina yang dah pun berlansung pada hari kemerdekaan yang lepas..aku tak pergi pun majlis nikah ni, aku pergi wedding diorang je...so aku dapat gambar2 ni dari orang..

aku ada jugak tanya mak kamal, a.k.a kakak ipar aku, ok tak potongan baju menantu dia tu..nerves gak la, kot2 tak ok, (sebab aku mengharapkan boss aku yang gunting since aku still cuti lepas raya..alih2 dia bz pulak berkursus, jadi dia suruh aku yang gunting kain tu..tapi yang jahitnya orang lain, keje aku gunting-menggunting kain aje..hehe.)

seperti yang dijanjikan, jom kita tengok apa jadi dengan kain lace tu....





kakak ipar aku tu kata, "ok..tina cakap cantik, dia puas hati"

seronoknya dengar camtu..alhamdulillah..mission accomplished (^_^)

Wednesday, September 11, 2013

11 months old muna

3 hari je lagi muna punya birthday...tapi hari ni muna still baby yang 11 bulan lebih, rasanya tak lengkap kalau aku tak share perkembangan dia macam yang aku slalu buat, hehe

punya lah susah nak suruh budak ni tido, terpaksa hire pelakon tambahan...hehe


let's go straight to the point je lah:


  • belum pandai jalan, tapi dah bertatih
  • dah tumbuh gigi, yay~ finally, dua batang kat bawah
  • semalam, geli hati aku tengok dia tengah suap diri sendiri dengan air putih, pastu air menitis, dia ambik pakai tangan dan letak balik air tu dalam cup, macamlah air tu seketul2 boleh dipegang camtu..berulang2 dia buat dengan muka bersungguh2..hihi
  • mama tengok muna ni memang kalau nak buat sesuatu tu selagi tak dapat, jangan harap dia nak berhenti buat..jangan stress2 ok sayang..
  • rambut dah panjang skit tapi still nampak pendek sebab dia bergulung2 kat belakang, kat atas lurus..
  • suka belek2 buku..pegang2 pensel, pen...suka aku tengok dia atur part hujung mata pen atau pensel tuju kat atas kertas.. 
  • suka makan coklat. tapi coklat buat perut dia meragam..paknek dia la suka sangat spoil muna dengan coklat..
  • suka show off skill naik turun kusyen keras yang diletak atas lantai
  • kalau ada masalah, rajin mulut dia panggil 'mak'...'mama'...kalau tak asyik sebut papapapa je
  • sebelah kaki dah pandai naik atas kerusi, tapi kalau tinggi sangat tak dapat..haha
  • pandai tekan tepon papanya nak on lagu..sebab senang, tekan button besar 2 kali, kalau tepon touchscreen mama memang fedup la dia sebab tak reti tarik lock kat tepi..hihi
  • dah pandai makan macam2...suka makan kismis..
  • waktu tido makin lambat...pukul 9-10 malam camtu baru nak tido..
  • mata alert betul, kalau mama sorok sesuatu mesti dia nampak, belum sorok lagi laju je mata dia tengok tangan kite...huhu
  • suka menjerit, tapi kalau orang call nak cakap dengan dia, dia diammmm je
  • suka kacau orang mengaji, kalau kita sebut alif, dia sebut ba,  tapi memang dia taknak sebut alif..pernah 2-3 kali je dia sebut..
  • dah faham sikit cakap orang...kalau sebut cicak dia tengok dinding, kalau kata hello, dia letak tepon kat telinga..kalau tanya dia mana 'koloi' dia akan cari bff dia si paci tu..
  • sekarang dalam fasa suka imitate apa orang buat n cakap...mama ke behaveee
ok, setakat ni je la yang aku ingat..



kalau demam tak elok tutup2 sangat camni, yes i know..saje2 untuk tujuan bergambar..heheh

bunny in da house yo~

kamek sik mauk jalan dolok...sik mauk, sik mauk lahh

suka coklat, macam mama dia, nantilah tunggu muna besar skit, baru makan lagi ek.. no more choc for the time being

video muna main 'laptop' dia..ni memang betul2 main, lain2 masa, dia hempas2 je...



eh sebelum tu, ada iklan la pulak korangs...muna kata dia ada nak cakap something la...sempat lagi tu kacau mama blogging...ha, ada apa sayang?

hi pakcik2 makcik2 kawan2...nak tau tak hari sabtu ni hari apaaaa?

hari sabtu ni genap usia muna setahun...yeyeayyy~ muna nak hadiahhhh

uikss...kecik2 dah tau dengan hadiah...hahaha..muna nak apa? nanti mama usahakan...tapi tahun ni takde party tau..kita celebrate private2 aje...untuk kite-kite ajeeee...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...